BAB 35

Drama Completed 668

Warny menjadi tak senang duduk bila dia fikirkan yang dia akan sebilik
dengan Feroz secara rasminya mulai hari ini. bukan saja sebilik tapi
sekatil, memikirkan hal itu menyebabkan Warny takut untuk berganjak dari
ruang tamu.

‘bukan aku ke yang nak semua ni? Nak dia anggap aku ni macam isteri
dia?’ Warny bertanya pada dirinya sendiri dan dia mengeluh berat.

Feroz tahu yang dia buat keputusan tanpa fikirkan soal Warny tapi, dia
tak nak semuanya menjadi lebih lama, mengambil masa untuk mengubah
semuanya dengan perlahan-lahan. Dia sedar dia sayangkan Warny dan dia
tahu Warny sayangkan dia, jadi, dia tak nak kerana masa mereka berdua
terlewat sedikit.

Isha di satu sudut berfikir mengenai orang tuanya, jelas kekok diantara
mereka walaupun Feroz cuba untuk berlagak selamba. Isha tahu yang Warny
rasa kurang selesa, maklumlah Warny muncul dalam keluarga mereka dalam
sekelip mata tanpa diduga, tapi, dia terima Warny seadanya. Warny seorang
yang baik dan mampu menjadi mama yang terbaik padanya.

“Isha dah ngantuk, tidur dulu” Isha meregangkan badannya dan mencium
pipi Feroz dan Warny sebelum berlalu ke biliknya. Senyumannya terukir
bila Warny menjauhkan diri daripada Feroz .

“esok kita kerja, jom” Feroz dengan wajah selamba menarik tangan Warny
yang terletak diatas pahanya, mata Warny membulat sambil memerhatikan
tangan Feroz yang memegang kemas tangannya sehingga dia terpaksa
mengikut apa yang Feroz hendak. Pegangannya kemas tapi, tak menyakitkan
malah menyenangkan.

“maaf kalau awak tak suka dengan keputusan saya, saya boleh tidur atas
sofa” Feroz bersuara setelah melihat Warny yang hanya menekur lantai
sejak mereka berada di dalam bilik yang sama. Kepala Warny terangkat
dengan laju dan dia memandang Feroz yang sudah mengambil bantal.

Warny bergerak laju dan menahan bantal daripada diangkat oleh Feroz .
Warny memandang mata Feroz dan menggelengkan kepalanya, matanya memberi
isyarat agar Feroz tidak berlalu dari situ. Senyuman Feroz kembali dan
dia duduk di birai katil.

“saya boleh tidur sini?” soal Feroz dengan senyuman melebar, dia tak
sangka yang Warny akan menghalangnya tidur di sofa.

Warny anggukkan kepalanya dan cuba ukirkan senyuman yang dia sendiri rasa
agak pelik.

“dengan awak?” soal Feroz lagi, untuk pastikan jawapan Warny untuk tidur
bersama. Pipi Warny memerah serta merta dan dia merendahkan wajah sambil
anggukkan kepalanya. Feroz tersenyum puas dan merapatkan dirinya dengan
Warny .

“thanks” ucap Feroz dan mencium dahi Warny . Warny bertambah segan dan
bangun untuk menutup lampu utama bilik. Kalau ikutkan dia tak nak tapi,
dia tak tahu kenapa dia buat semua tu.

“awak boleh pasang lampu meja tu” ujar Feroz seakan mengerti apa yang
bermain di benak Warny . Warny tersenyum dan laju tangannya memetik suis di
dinding. Feroz tergelak kecil dengan langkah spontan yang diambil oleh
Warny .

Paginya, siapa sangka yang Warny dan Feroz tersedar pada masa yang sama
dan mereka sedang memegang erat tangan masing-masing. Warny cuba leraikan
pegangan mereka tetapi Feroz tak izinkan dan mereka bertatapan lama.

“kita patut bangun” ujar Feroz dan bangun dari katil dengan senyuman.
Sebuah ciuman singgah di dahi Warny sebelum dia turun dari katil dan
langsung ke bilik air. Warny bertambah gembira dan dia menyembunyikan
kepalanya di dalam selimut kerana terlalu segan dengan perbuatan selamba
Feroz .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience