BAB 36

Drama Completed 668

Paginya, buat kali pertama Feroz membantu Warny menyediakan sarapan di
dapur. Warny rasa sedikit tidak selesa tapi dia cuba biasakan diri untung
Feroz seakan mengerti keadaan mereka dan hanya berdiam diri dan senyum.
Isha yang sudah sedia untuk ke sekolah bersandar pada dinding melihat
orang tuanya bekerjasama menyediakan sarapan dengan senyuman mekar.

“morning!” sapa Isha ceria menyedarkan dua orang yang sedang ralit
dengan pekerjaan masing-masing. Feroz berikan senyuman dan mencium dahi
Isha sebelum Isha bergerak untuk memeluk Warny .

“papa, semalam ada surat sampai, Isha lupa nak cakap” Isha menarik
kerusi untuk duduk dan makan roti bakar yang telah tersedia di atas
meja. Feroz ikut sama duduk dan Warny segera tuangkan kopi kedalam cawan
Feroz , Feroz tersenyum sebagai tanda terima kasih kepada Warny .

“surat apa?” soal Feroz dan mula makan sarapannya.

“entah, Isha tak buka sebab hantar atas nama papa, macam penting je”

“ambilkan boleh?” pinta Feroz dengan senyuman dan Isha segera bangun
dari kerusi dan ke ruang tamu untuk mengambil surat itu.

Bila Isha kembali, Warny juga ikut sama makan bersama mereka. Feroz
bukakan sampul surat rasmi itu dan wajah ceria Feroz bertukar tegang.
Isha dan Warny dapat rasakan sesuatu yang tidak kena dengan reaksi Feroz
ketika itu. Feroz segera bangun dari kerusi tanpa sebarang suara dan
segera keluar dari rumah.

“kenapa?” soal Isha pelik dan Warny juga masih lagi dalam keadaan
terkejut dengan tindakan Feroz .

“papa dah pergi, siapa nak hantar Isha pergi sekolah ni?” soal Isha pada
Warny .

“bas?” soal Warny pula.

“dah pergi dah, habislah kalau lewat hari ni, ada perhimpunan rasmi”

“mama tak pandai kereta, naik motor ok?” soal Warny pada Isha dan Isha
tersengih lebar, dah lama dia berhasrat nak menunggang motorsikal tapi
Feroz tak izinkan.

“jom!”

“kalau papa marah?” soal Warny risau.

“kita marah papa balik” Isha tergelak senang dan Warny hanya mampu
menurut sebab hanya itu jalan penyelesaian sekarang ni.

Sebaik tiba di sekolah, Isha bersalam dengan Warny dan Warny terus beredar
dari situ. Sebaik Warny sampai di hotel dia mencari Nora.

“Nora” sapa Warny dan tersenyum sedikit.

“lewat ni, kenapa?”

“hantar Isha pergi sekolah” jawab Warny selamba.

“selama ni kau dengan En. Feroz yang hantar dia kan?”

“ya, hari ni aku hantar dia dengan motor je. Feroz ada urusan sikit”
jawab Warny dan mulakan bekerja. Nora hanya angukkan kepala sebagai tanda
dia mendengar dan faham apa yang dimaksudkan oleh Warny .

Semasa waktu rehat, selalunya Feroz akan makan bersama Warny tetapi hari
ini wajah Feroz langsung tidak kelihatan. Warny mula risau dan dia cuba
untuk menelefon Feroz tapi dia takut dia mengganggu. Mungkin Feroz ada
urusan penting.

“En. Miqael” Warny terepaksa menjerit sedikit untuk memanggil MIqael yang
sudah membuka pintu keretanya untuk pergi. Miqael berpaling dan
tersenyum bila melihat wajah isteri kawannya itu.

“ya Mrs Feroz ” dia sangat suka menyakat Warny dengan gelaran itu dan
selalunya Warny akan blushing tetapi tidak hari ini. Warny tengah risau.

“En. Feroz ada urusan luar ke hari ni?” soal Warny ramah. Miqael
berkerut sedikit, berfikir.

“tak. Dia tak masuk kerja hari ni, saya call pun tak dapat.” Jawapan
Miqael buatkan Warny bertambah risau.

“kalau macam tu, terima kasih” Warny ucapkan pada Miqael dan mula beredar
setelah berikan senyuman ringkasnya. Miqael memerhatikan Warny yang
berlalu dan dia mula fikirkan tentang Feroz .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience