BAB 5

Drama Completed 668

Feroz menyemak fail hotel dan uruskan beberapa perkara sebelum balik ke
rumah. Dia sengaja melengahkan masa kerana dirumahnya kosong dan tak ada
sesiapa. Dia rindukan Isha dan dia terlalu sunyi untuk berada di dalam
rumah itu seorang diri. Bila dia bercerita kepada seseorang semua orang
minta dia cari pengganti dan kahwin lagi. Perkataan kahwin dah lama tak
muncul dalam benak Feroz dan perkahwinan bukanlah perkara yang penting
untuknya kini.

“dah siap! Boleh balik” Feroz berkata kepada dirinya sendiri seakan
gembira kerana dapat balik tapi dia tahu yang dia tak rasa gembira
langsung. Feroz ukir senyum dan bernyanyi kecil sambil berjalan ke
keretanya yang baru sahaja dibaiki. Bila dia tiba diparkir dia terdengar
suara orang menjerit meminta tolong.

“siapa yang ada kat kandang kuda waktu macam ni?” soal Feroz pada
dirinya sendiri dan mula berjalan ke arah kandang yang jelas terkunci
itu. Bila dia tiba dipintu utama dia terdengar suara orang menangis
sambil meminta tolong.

“ada orang ke?” soal Feroz separa menjerit dan dia menunggu beberapa
saat untuk mendengar balasan tetapi sunyi je.

“aku mengantuk kut” Feroz mula berjalan pergi tapi bila dia dengar ada
bunyi benda jatuh dia kembali semula.

“to…tolong…” bila Feroz pasti yang itu adalah suara seorang perempuan
dia cuba untuk membuka pintu itu tapi tak berjaya. Dia berlari ke arah
pejabat dan mengambil kunci kandang dan kembali semula dengan kadar
segera. Pintu dibuka dan dia terkejut bila melihat seorang perempuan
yang basah kuyup berada di dalam bekas minuman kuda.

“cik, cik ok?” soal Feroz kalut dan mendekati perempuan yang kelihatan
sangat mengasihankan. Jaketnya dibuka dan diberikan kepada perempuan
itu. Dia membantu perempuan itu untuk berdiri tetapi akibat badan yang
lemah perempuan itu jatuh dan menimpa Feroz sehingga badan Feroz
ditindih sepenuhnya oleh perempuan itu.

Tanpa diduga dan disangka, entah dari mana datangnya jabatan agama yang
muncul disitu. Feroz kelu dan tak mampu untuk beri apa-apa respon bila
mereka berdua ditangkap dan dibawa ke pejabat agama. Feroz cuba untuk
terangkan hal sebenar tapi tak ada seorang pun yang ingin mendengar
ceritanya.

“anak tak mengenang budi!” satu tamparan kuat singgah di pipi kanan
perempuan itu bila dia diserang oleh seorang wanita yang sudah berumur.
Memerah pipi perempuan malang itu dan bibirnya berdarah sedikit.
Sepasang mata tua lelaki yang mampu memandang sedih tanpa lakukan
apa-apa tindakan. Apa yang jelas mata itu tunjukkan wajah kecewa.

“Icha tak buat abah” ujar perempuan itu sedih dan cuba untuk buatkan
orang tuanya faham.

“kami tak salah mak cik” ujar Feroz cuba untuk membantu Icha tapi
dikelar dengan kasar.

“kau bukan anak kami lagi!” setelah itu pasangan tua itu terus beredar
dan yang tinggal hanya mereka dan Icha yang sedang menangisi nasibnya.

Feroz mampu jelaskan perkara sebenar kepada semua orang dan setelah
siasatan dilakukan dan melihat keadaan Icha yang benar-benar kelihatan
sakit mereka berdua dibebaskan tanpa denda. Feroz tak pasti apa yang
dia perlu cakap sekarang tapi dia turut bersedih melihat Icha.

“saya hantar awak balik” ujar Feroz dan bukakan pintu keretanya untuk
Icha. Pandangan sayu Icha buatkan Feroz serba salah. Icha anggukkan
kepala ringkas dan masuk ke dalam kereta tanpa banyak soal.

Sepanjang perjalanan balik Icha hanya bercakap bila Feroz tanyakan
alamat rumahnya. Sebaik sampai Icha ucapkan terima kasih dan berjalan
masuk ke perkarangan rumah. Feroz buat keputusan untuk beredar dari
situ lagipun mereka berdua dikatakan tidak bersalah.

“macam mana kalau dia kena halau?” soal Feroz pada dirinya sendiri.
Risaukan orang yang dia sendiri tak kenal.

“tapi kami tak salah, tak ada apa kut.” Feroz senangkan hatinya dan
memandu pergi dengan perlahan –lahan. Bila hampir sampai ke satu
simpang, Feroz kerling cermin belakang dan dia terkejut bila melihat
Icha ditolak dengan kasar ke atas jalan raya. Dia segera hentikan kereta
dan berlari keluar untuk menolong Icha.

“kau jangan pijak rumah ni lagi!” beg pakain dibuang tepat atas muka
Icha yang jelas sedang menangisi nasibnya sendiri.

“mak cik, pak cik, kami tak salah. Anak mak cik tak salah” Feroz segera
menjawab bagi pihak Icha yang hanya mampu menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience