BAB 20

Drama Completed 668

Warny tersenyum seorang diri bila teringat saat mereka bertiga bersarapan
bersama pagi tadi. Nora pun jadi pelik bila Warny kelihatan sangat ceria
pagi ini, tak seperti hari-hari yang lain.

“woi! Ingatkan En. Raihan ke?” soal Nora mangusik dengan senyum kambing.

“mana ada!” nafi Warny dan terus sambung kerjanya.

“ya la tu, kan? Kau dah tangkap cintan dengan En. Raihan” usik Nora lagi
dan Warny hanya buat bodoh.

Satu sudut berdiri sekujur tubuh yang kebetulan melewati tempat itu dan
Feroz mengeluh bila mendengar perbualan tak penting pekerjanya.

“tak payah nak usik aku sangat Nora” ujar Warny dengan nada geram tapi
masih lagi tersenyum. Bila mereka sibuk bergurau tanpa melihat ke arah
yang sepatutnya, Warny menyembur pembersih cermin kepada satu kujur tubuh
membuatkan Nora pucat tak berdarah.

“muka saya macam cermin ke?” soalan serius itu buatkan Warny kejung dan
bila dia menoleh untuk melihat empunya suara dia bertambah terkejut.
Dalam hati dia dah mengutuk keras dirinya sendiri.

“terima kasih sebab nak tolong bersihkan saya sama” ayat Feroz yang
buat pertama kalinya kedengaran sarkastik di telinga Warny tapi dia
anggap itu semua sebagai amaran yang Feroz berikan.

“saya…saya…” Warny berpaling ke belakang untuk meminta bantuan segera
dari Nora tapi ternyata Nora dah lesap tak dapat dikesan.

‘kurang asam punya kawan!’ kutuk Warny geram dengan Nora.

“ikut saya” Feroz dengan serius berkata dan mula berjalan. Warny dengan
rasa bengang pada dirinya sendiri terpaksa ikut langkah Feroz . Feroz
masuk ke dalam pejabatnya dan membukakan pintu untuk Warny sama. Warny
masuk dengan wajah risau dan dia dah berjaya mengarang ayat minta maaf
yang paling panjang dan ikhlas dalam otak tapi sebelum dia sempat
membuka mulut Feroz terlebih dahulu bersuara.

“tolong gosokkan kemeja saya” Feroz hulurkan sehelai kemeja kepada
Warny . Tanpa fikir banyak Warny mengambil kemeja itu dan dia segera
berlalu ke bilik gosok hotel. Dia berlari seperti orang dikejar hantu.

Dalam sepuluh minit dia kembali semula dan berdiri di depan Feroz
dengan kemeja yang cantik tergosok. Dada Warny naik turun dengan laju
sebab berlari. Feroz tutup mulutnya dengan belakang tangan untuk
sembunyikan senyum. Feroz buka butang kemejanya yang agak lembap
dengan perlahan dan memandang Warny yang masih lagi berdiri tegak di
depannya.

“Warny ?” soal Feroz sekadar untuk menyedarkan Warny yang masih lagi
tercongok depannya tapi jarinya masih lagi membuka butang bajunya
perlahan-lahan.

Mulut Warny ternganga sedikit dan bila dia fokuskan mata kepada Feroz
dia malu sendiri. Dia dengan kalutnya berpaling ke belakang dan bersedia
untuk keluar dari pejabat yang luas tapi tiba-tiba terasa sempit itu.
mukanya panas menahan malu yang menggunung. Dalam keadaan kalut itu
buatkan Warny melanggar pintu sehingga jatuh terduduk. Kepalanya rasa
seakan terbelah dua.

Feroz segera mendapatkan Warny dan melihat dahi Warny yang sudah
kemerahan yang teramat. Feroz memegang wajah Warny supaya dia dapat
melihat dengan jelas seteruk mana luka Warny . Warny meringis sakit sambil
cuba menyentuh dahinya. Feroz tepis lembut tangan Warny dan meniup luka
Warny dengan perlahan sehingga Warny rasa senang dan sakitnya hilang.

Warny mula berdebar bila melihat posisinya dan Feroz yang begitu rapat
dan butang baju kemeja Feroz terbuka sepenuhnya, menyebabkan baju
berwarna putih Feroz jelas kelihatan dan bauan Feroz dapat dihidu
dengan jelas.

“bangun, saya letak ubat sikit” arah Feroz dan Warny yang seakan baru
sahaja tersedar dari khayalan segera bangun.

“saya boleh letak sendiri” ujar Warny laju dan bersedia untuk pergi tapi
Feroz lebih cekap menarik tangan Warny kuat dan menarik kerusi supaya
Warny duduk.

Warny mengalah dan duduk dengan perasaan yang berdebar teramat sampai dia
rasakan boleh mati dengan degupan jantung selaju ini. Feroz ambilkan
first aid kit dan duduk di meja dengan menghadap Warny . Ubat disapu
dengan lembut dan ditiup untuk mengurangkan rasa sakit. Warny tanpa sedar
meremas kemeja Feroz untuk menahan rasa sakitnya.

“dah” Feroz pandang Warny dan melihat tangan kecil di kemejanya. Warny
cepat-cepat larikan tangannya dan bangun dari kerusi dengan kalut.

Feroz turut sama berdiri dan menyambung mengganti kemeja. Warny
bertambah malu dan berjalan ke pintu sekali lagi kali ini lebih
berhati-hati. Well, siapa yang nak pisang berbuah dua kali, kan? Belum
sempat Warny buka pintu, pintu dah terbuka luas dan seorang lelaki masuk.

“woah! What happened?” soal Miqael bila melihat kawannya yang sedang
membutang kemeja dan seorang perempuan kalut nak keluar.

“kau memang tak tahu nak ketuk pintu kan?” soal Feroz sedikit geram
dengan kawannya itu. Miqael senyum jahat dan memandang Warny yang terus
melarikan diri sebaik dia tanya macam tu.

“man, really?” soal Miqael mengusik. Sengaja.

“she is Warny , I mean Icha and my wife or what so ever you name it” ujar
Feroz selamba dan mengikat tie sendiri.

“really? Kenapa tak cakap awal-awal? She is cute” pujian Miqael buatkan
Feroz memandangnya tajam.

“what?” soal Miqael dengan wajah tak berdosa tapi senyum usik masih
jelas diwajahnya. Tapi Feroz malas nak layan.

“tapi, kau ni biar la bertempat. Dalam office kut, ada CCtV”

“betulkan otak kuning kau tu sebelum aku simbah cat putih!” tegas Feroz
dengan pandangan yang tajam. Miqael terkejut dan angkat dua tangan ke
udara sambil ketawa senang.

“tapi…”

“apa lagi?” soal Feroz bengang.

“aku selalu nampak dia dengan Raihan. Bekas abang ipar kau”

“aku tahu, they are friends”

“clear. Kenapa kau tukar baju ni? Boleh timbulkan syak tahu”

“gila. Malas aku nak jelaskan, tak penting mana pun dan tak menaikkan
keuntungan hotel langsung. Baik kau pergi betulkan otak kuning kau tu
sebelum berkarat” Feroz keluar dari pejabatnya sendiri dan Miqael buat
muka bengang.

“salah ke? Aku just nak tahu. Curious gitu” Miqael berkata pada dirinya
sendiri dan sebelum keluar sempat betulkan rambutnya.

Feroz pelik bila Warny masih lagi belum keluar dari bilik dan sediakan
makanan tengahari seperti biasa. Feroz berfikir sejenak dan berkira
untuk mengetuk pintu bilik Warny atau tidak.

‘tunggu Isha?’ soal Feroz pada dirinya sendiri.

‘kalau dia sakit macam mana?’ soalnya lagi dan akhirnya dia buat
keputusan untuk ketuk pintu tapi tetap tiada sahutan. Dia mula memanggil
nama Warny tapi tetap juga diam. Jadi, Feroz bukakan pintu bilik itu dan
dia menjengah sikit. Kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience