BAB 1

Drama Completed 668

Setiap pagi rumah bersaiz sederhana yang terletak di tengah kota ini
mulai dipenuhi dengan bunyi orang memasak di dapur. Bunyi sudip yang
menghentam kuali jelas kedengaran menyebabkan seorang gadis berumur lima
belas tahun terjaga dari tidur lenanya.

“Papa, orang lain pun masak jugak. Tak ada yang sampai bunyi macam orang
berperang” dengan suara yang masih lagi mengantuk gadis itu memerli
lelaki yang dipanggil papa. Lelaki itu ukirkan senyuman manisnya seperti
biasa dan teruskan memasak tanpa hiraukan anak gadisnya yang jelas tidak
berpuas hati tidurnya terganggu.

“papa, Isha cakap dengan papa ni” bentak gadis yang bernama Isha ini dan
mulutnya mula memanjang.

“papa dengar” akhirnya lelaki itu bersuara juga setelah memberikan
senyuman tidak bersalah kepada anaknya.

“geramnya papa ni!” bentak Isha lagi dan mula beredar dari dapur ke
ruang tamu. Dia menekan remote tv dan menonton apa sahaja yang
diayangkan di skrin.

“Isha, papa kena kerja hari ni”

“apa? Papa, weekend kut”

“papa tahu tapi, kita perlu duit lebih untuk baiki kereta tu” balas
lelaki itu balik namun masih lagi tersenyum kepada anak perempuannya.
Isha terdiam bila papamya bahaskan sola duit dan keperluan. Dia tahu dia
bukan keluarga berada yang mampu mendapat segalanya tapi dia gembira
dengan keadaan sekarang.

“kalau Isha ikut boleh?” soalan Isha buatkan lelaki itu tersenyum puas.
Dia tahu Isha anak yang baik walaupun keras kepala dan suka sangat protes.

“study, dah nak exam kan?”

“papa, lebai sangat!” marah Isha tetapi hanya disambut dengan tawa
papanya. Semua orang tahu yang Isha ni malas tak mampu diucap dengan
kata-kata je. Memang pemalas tahap dewa agaknya tapi, dia ada kelebihan
dalam sukan. Memang tak sebijak papanya tapi agak kuat dan aktif dalam
sukan.

“papa pergi dulu, sarapan dah siap. Lunch pun sama. Jangan merayap dan
buat papa risau please?” pinta lelaki itu dan Isha angguk malas lalu
bangun dari sofa dan berjalan ke pintu bersama. Satu pelukan diberikan
dan ciuman di dahi dia dapat sebagai balasan. Isha tersenyum senang
melihat papanya, lelaki yang paling dia sayang atas dunia ni pergi kerja.

“kereta, kenapa kau rosak? Kesian apa aku tau!” Marah Isha pada objek
tidak bernyawa itu. Isha lepaskan keluhan berat dan berjalan masuk
semula ke dalam rumah. Dia ke bilik. Bukan untuk mandi atau mula apa
yang papa dia pesan tapi untuk tidur. Selagi jam tak berganjak ke 12
tengahari memang membuta je kerja Isha ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience