BAB 17

Drama Completed 668

Sejak semua salah faham selesai, rumah Feroz tak pernah sunyi
lebih-lebih lagi seperti malam ini. hanya bunyi suara orang yang
bercakap dalam tv sahaja. Icha cuba untuk bersuara tapi dia tak pasti
apa yang dia boleh bualkan dengan Feroz . Feroz pula menyibukkan diri
dengan laptopnya dan hanya mengerling Icha bila Icha melepaskan nafas
yang sedikit berat.

‘apa benda ni? Rasa macam stay dalam gua je’ fikir Icha sendiri dan
bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Satu mug dicapai dan air panas
dituangkan. Kopi dibancuh dengan perlahan dan dia tersenyum sedikit
sebelum mengambil piring dan berjalan keluar ke ruang tamu.

“kopi, saya nak masuk tidur dulu” ujar Icha seringkas mungkin. Feroz
angkat kepala dan melihat wajah Icha sebelum angguk perlahan. Icha ikut
balas anggukan itu dan dia segera beredar dari situ.

Icha hempaskan badan atas katil dan mencapai telefon yang baru sahaja
dia beli. Dia pandang beberapa keping mesej yang masuk dan semuanya
daripada Raihan. Sejak mengetahui Raihan adalah bekas abang ipar Feroz ,
Icha menjadi sedikit takut untuk berkawan dengan Raihan.

Icha lelapkan mata dan cuba lupakan semuanya sebelum satu panggilan
masuk dan ia juga daripada Raihan. Icha letakkan telefon bawah bantal
untuk elakkan bunyi yang kuat dan cuba untuk hilangkan focus kepada
benda lain. Kali ini telefon itu berdering lagi tapi dengan nada mesej
yang masuk. Icha buka peti mesej dan mengeluh bila membaca mesej itu.

‘it’s fine if you don’t want to talk to me, but please, tell me why’

Icha lepaskan keluhan berat dan dia mula berkerut dan cuba untuk menaip
sesuatu. Dalam sekelip mata sahaja hubungan baik dia dan Raihan jadi
menjarak. Semuanya kerana kisah silam.

‘saya dah nak tidur, esok kita jumpa ok?’ butang send ditekan tanpa rela.

‘really? See you tomorrow then, Honey! J’ laju pula balasan yang Icha
dapat kali ini.

Icha baling telefonnya lemah dan tutup mata rapat-rapat.

Feroz berbual dengan beberapa orang pelanggan dan matanya kadang-kadang
jatuh ada susuk tubuh Icha yang sibuk berjalan ke sana sini untuk
selesaikan kerja. Tanpa sedar dia tersenyum sendiri.

“Roz, kenapa?” soal Anna yang kini menjadi salah seorang pelanggan
penting kepada hotelnya, termasuk Raihan sendiri. Feroz tak suka tapi
dia terpaksa atas nama syarikat.

“nothing” jawab Feroz dan cuba ukir senyuman ringkas. Anna tersenyum
dan memeluk lengan Feroz dengan tiba-tiba menyebabkan Feroz tersentak.
Feroz cuba lepaskan pelukan itu dan terpaksa berkasar sedikit.

“Roz, kenapa dengan you ni?” soal Anna seakan merajuk bila dia tak dilayan.

“kita tengah kerja ni” balas Feroz dingin dan menjarakkan diri daripada
Anna sedikit.

“but, we used to be like this before” jawab Anna dengan senyuman manja.

“before. We are not husband and wife anymore. You cant think everything
is same like before” Feroz berdiri dan butangkan kotnya sebelum beredar
dengan perasaan geram. Dia geram bila ingatkan balik perbuatan bodoh dia
masa muda dahulu. Kerana terlalu cinta, berkahwin muda dan akhirnya
bercerai dengan mudah. Tapi, dia bersyukur yang dia ada Isha, anak
perempuannya.

‘perlu ke peluk-peluk?’ soal Icha bengang sendiri. Dia geram bila
melihat lengan Feroz dipeluk oleh Anna dan dia tak tahu apa haknya nak
rasa macam tu. Icha menjadi sedikit moody sehingga kawan baiknya Nora
turut berasa sedih.

“Warny , apa sambungan cerita yang kau baca tu?” soal Nora bersemangat.
Dah lama Icha tak membaca novel dan ceritakan semuanya kepada Nora.

“belum sambung lagi”

“la, kenapa tak sambung?”

“tak free la.”

“kau berhenti sampai mana?”

“sampai, dia jumpa balik ex-wife dia” jawab Icha perlahan dan teruskan
mengemas bilik. Dalam hatinya sedikit bengang.

“minggu lepas lagi kat situ”

“ya la. Aku tak ada masa . Kau rasa, dia jatuh hati balik kat ex dia ke
tak?” soal Icha pula. Nora diam seketika sebelum menjawab soalan itu.

“selalunya, first loves first” jawapan Nora buatkan mood Icha semakin
merudum dengan teruk.

“tak nak la aku baca cerita tu lagi!” dengan geram Icha letakkan cadar
kotor ke dalam bekas dan berjalan keluar. Nora pula mengejar langkahnya.

“kenapa tak nak sambung….” Icha dan Nora sama-sama diam bila melihat
sekujur tubuh yang sedang berdiri di hadapan mereka dan jarak Icha
sangat dekat dengan tubuh itu sehingga Icha lesap sekejap dengan bauan
yang ada pada lelaki tersebut.

“sambung apa?” suara garau dan manly itu buatkan bulu roma Icha terpacak
tegak. Dia kenal suara itu.

“Encik Feroz ” Nora ketawa perlahan dan mendekati Icha dan menarik Icha
supaya berdiri lebih jauh sedikit daripada boss mereka. Icha hanya
memandang lantai dan memegang hujung bajunya.

“sambung kerja!” jawab Nora bernas dan tersengih kambing.

“jadi, Warny tak nak sambung kerja?” soal Feroz lembut sambil
berpura-pura membaca nama yang tertera pada nametag Icha. Icha kejung
seketika bila mendengar bibir itu menguntum nama lain kepadanya. Ya,
Raihan turut gelarkan dia Honey tapi, kenapa lain rasanya bila nama itu
keluar dari mulut Feroz ?

“kami sambung kerja dulu. Bye!” laju je Icha menjawab dan menarik tangan
Nora untuk beredar dari situ. Bila Icha dan Nora beredar Feroz pandang
mereka sekilas dan terukir senyum ringkas

‘Warny ’ otak Feroz menyebut lagi sekali nama itu dan kali ini senyuman
Feroz melebar sedikit.

Raihan dengan senyuman menunggu Icha yang sudah berjanji untuk berjumpa
dengannya hari ini. senyuman Raihan bertambah lebar sebaik melihat Icha
yang sedang mengatur langkah ke arah keretanya.

“maaf lambat” pinta Icha sebaik berdiri di depan Raihan yang tersenyum
bahagia.

“for you, it is fine” ujarnya mesra dan Icha ukir senyum sedikit.

“saya nak cakap sikit” ujar Icha dengan nada serius dan Raihan sudah
bersedia untuk berikan perhatian kepada Icha.

“saya tak kisah…kalau kita berkawan tapi, kalau lebih dari itu kita tak
boleh” mata Raihan membulat bila mendengar apa yang Icha cakapkan. Kalau
ikutkan rancangannya hari ini dia akan bawa Icha berjumpa dengan kedua
orang tuanya. Lain yang dia rancang tapi lain pulak yang jadi.

“wha…what?”

“saya dah kahwin” lontar Icha tenang dan Raihan bertambah terkejut dengan
pengakuan itu.

“Honey…”

“saya serius Raihan. Saya dah kahwin” kali kedua ayat itu terlafaz dari
bibir Icha dua kali juga luka di hati Raihan.

“you never…”

“saya minta maaf. Pada awalnya saya rasa kalau berkawan, tak apa tapi,
bila dah jadi macam ni…”

“saya faham” potong Raihan laju dan senyumannya merekah sedikit. Icha
tahu tak ikhlas dan penuh duka tapi itu adalah yang terbaik.

“bertuah lelaki yang dapat awak” ujar Raihan bagai tak hendak.

“bertuah saya dapat kawan macam awak” balas Icha balik dan Raihan
tergelak kecil. Raihan gelengkan kepalanya perlahan dan pandang Icha.

“friends?” soal Raihan.

“mestilah!” jawapan Icha buatkan mereka berdua ketawa serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience