BAB 6

Drama Completed 668

“kau dah rosakkan dia sekarang kau nak buang dia dalam rumah ni pulak!”

“mak cik, kami tak buat apa-apa”
“pergi dari sini! Jijik aku nak tengok orang macam kau ni!”

“mak cik!” suara Feroz meninggi sedikit.

“pergi dari sini, tak ada orang yang sanggup tinggal sebumbung dengan
sampah macam kau ni”

“saya sanggup mak cik. Anak mak cik ni bukan sampah. Saya akan buktikan
dan saya akan kahwin dengan dia.”

“jom!” ajak Feroz masih lagi dengan wajah serius. Feroz tak sangka
yang dia akan berjumpa dengan orang tua sebegitu. Sudah jelas mereka
tidak bersalah tetapi tetap dipandang hina. Apa salahnya dengan menolong
orang lain. Feroz membawa Icha ke kereta dan ke rumahnya.

“awak boleh mandi, tukar baju dan tidur dalam bilik hujung tu. Saya
tumpang rumah kawan” setelah berikan kunci rumah Feroz terus beredar
dari situ. Icha merenung segugus kunci dalam tangannya dan dia kembali
menangis. Dia tak sangka yang masih ada orang baik dalam dunia ini.
Walaupun dia tak bernasib baik tapi dia bersyukur kerana ada yang masih
sudi untuk membantunya.

Beberapa hari setelah kejadian itu akhirnya semua kembali tenang. Kisah
tangkap basah itu memang menjadi bualan beberapa orang pekerja dan
kebanyakannya menyalahkan Icha. Dituduhnya Icha yang sengaja perangkap
Feroz padahal Icha baru sahaja bekerja di situ beberap hari dan tak
pernah bertembung walau sekali dengan Feroz . Icha sudah lama tak masuk
kerja dan dia juga tidak keluar dari rumah.

“siapa kau ni?!” tiba-tiba ada suara menjerit dan Icha terkejut ketika
dia sedang bersihkan beras didapur.

“Isha” perlahan sahaja suara Feroz sebaik melihat anak perempuanya yang
baru sahaja balik dari Perak.

“papa, siapa ni?” soal Isha dengan kerutan yang jelas di dahinya.

“ni Icha…” jawab Feroz serba salah. Icha telan liur bila melihat wajah
bengang Isha.

“Icha siapa?” soal Isha keras.

“isteri papa” jawab Feroz seakan menyebut sesuatu yang pahit dan dia
merenung lantai yang bersih. Mulut Isha terbuka luas dan dia mula
menjerit tak puas hati. Dia tak percaya yang papanya sanggup
membelakangkan dia dalam hal sebegini.

“papa! Papa cakap tak nak kahwin lagi dah!” marah Isha dan matanya mula
memerah.

“sayang dengar sini, papa tak rancang semua ni” ujar Feroz cuba untuk
meraih tangan Isha tapi tak berjaya.

“perempuan gatal! Kenapa kau kahwin dengan papa aku?!” soal Isha kasar
dan menolak bahu Icha kuat menyebabkan Icha terundur beberapa langkah ke
belakang.

“Isha, kenapa kasar sangat ni?” soal Feroz seakan terkejut dengan
tindakan Isha.

“Isha benci papa!” Isha segera berlari masuk ke dalam biliknya dengan
perasaan sebal dan bengang kerana papanya dah ingkari janji untuk tidak
berkahwin lagi

Icha menjadi serba salah bila kehadirannya menyebabkan keluarga ini
bergaduh. Icha telan liur dan memandang Feroz yang jelas sedang kusut.

“awak, saya minta…”
“maaf awak tak dapat undur balik masa. Ok?” soalan yang kedengaran kasar
itu buatkan mulut Icha terkunci rapat. Sekarang semua orang marahkan dia
dan dia rasa sangat tak diperlukan malah sangat dibenci oleh semua
orang. Perkahwinan ini bukan salahnya dan tak pernah walau sekali ia
minta untuk berkahwin dengan Feroz .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience