BAB 25

Drama Completed 668

Isha sudah lena di dalam biliknya sendiri bila Warny balik ke rumah. Warny
masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri serta berwudhuk. Dia
perlu solat isyak terlebih dahulu sebelum tidur. Selesai solat Warny
duduk di atas katilnya dan menarik selimut rapat ke dada. Kata-kata yang
Feroz keluarkan tadi terus terngiang dan mendorong Warny untuk menutup
mata dan lelap.

Feroz yang telah balik dan bersihkan diri serta solat keluar dari bilik
kerana tak dapat tidur. Feroz tak dapat berfikir dengan tenang dan dia
memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik Warny . Dia tak pasti apa
yang dia buat tapi dia teringin melihat wajah itu sekarang ni. Seakan
satu keperluan yang perlu ditunaikan. Tombol pintu dibuka dan dia masuk
dengan berhati-hati, lampu ditutup dan biarkan lampu katil sahaja terpasang.

Feroz melihat wajah lena Warny dan dia tersenyum sikit. Dia berkira
untuk mengusap kepala Warny atau tidak dan akhirnya dia menyerah dengan
hanya melihat sahaja. Feroz mula beredar perlahan-lahan.

“….lan…” langkah Feroz terhenti bila mendengar Warny menggumam sesuatu
dalm tidurnya. Dia tak pasti apa tapi dia gembira. Dia kembali ke birai
katil dan duduk disebelah Warny dengan senyuman melebar. Kepala Warny
disentuh lembut dan Feroz bertambah gembira.

“Warny ” panggil Feroz lembut dan melihat wajah pulas Warny . Warny dalam
tidurnya senyum menyebabkan Feroz terkesima seketika.

“good night” bisik Feroz di telinga Warny dan berjalan keluar dengan
senyuman lebar. Sebaik pintu tertutup, Warny menggumam sesuatu lagi.

“night”

Isha pelik bila Warny hanya diam dan mukanya membahang sejak Feroz
muncul di meja makan. Wajah Feroz pula luar biasa cerianya. Memang
pelik dan pelik yang teramat.

‘apa jadi malam tadi ni?’ soal Warny pada dirinya sendiri dan dia memang
nak sangat tahu apa yang jadi.

“papa, kita nak pergi mana-mana tak hari ni?” soal Isha yang sudah tahu
tentang jemputan keluarga sebelah sana. Feroz mengerling Isha sekilas
dan senyum sikit.

“ya. Atuk dan nenek Isha nak jumpa Isha” ujar Feroz dan mata Warny
menangkap wajah Feroz yang tenang dengan wajah terkejut.

“so, kita pergi?” soal Isha pula.

“ya! Tu je atuk dan nenek Isha yang masih ada”

“Isha tak nak, Isha tak kenal dan tak nak kenal”

“Isha, kita akan pergi” Feroz keluarkan satu kenyataan serius dan Isha
terus tayang wajah protes.

“mama pergi?” soalan berbalik kepada Warny yang sedang menyudu nasi
goring ke dalam mulutnya.

“ta…”

“ya. Kita bertiga akan pergi” Feroz memotong cepat jawapan Warny
menyebabkan Warny bertambah terkejut.

“sa…saya?” soal Warny dan Isha dah bersorak bahagia yang teramat.

“ya. Kita satu keluarga dan semua orang patut tahu awak isteri saya”
masih lagi dengan tone yang serius Feroz keluarkan kenyataan. Isha
sengih semedeng dengan jawapan papanya.

Feroz , Warny dan Isha keluar bersama hari ini untuk mencari pakaian yang
sesuai untuk dipakai pada malam ini. Warny sedaya upaya cuba untuk
mengelak bertemu mata dengan Feroz sebab dia segan. Feroz dah jadi
semacam sekarang ni dan suka sangat berdiri dekat dengan dia. Isha
disebelah kanan Feroz tersenyum gembira dengan keluarganya yang semakin
lengkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience