BAB 28

Drama Completed 668

Warny meneguk air yang disediakan untuk membasahkan tekaknya yang kering di sepanjang masa yang awkward tadi.

“Warny ” sapa satu suara dan Warny tahu itu siapa. Warny pejamkan matanya
rapat sebelum berpaling dan memberikan senyuman ringkas.

“jadi, Feroz suami awak?” soal Raihan lirih dan jelas dia terluka.

“ya” jawab Warny perlahan dan memandang wajah muram Raihan.

“saya tak tahu apa yang saya perlu cakap lagi”

“tak ada apa yang perlu awak cakap. Saya minta maaf”

“kenapa awak minta maaf?” soal Raihan lirih.

“saya tak tahu. Mungkin saya dah lukakan hati awak” jawab Warny perlahan
dan menekur lantai.

“ya.”

“ha?” jelas wajah Warny bingung.

“saya terluka, awak perempuan pertama yang saya betul-betul suka” luah
Raihan hiba dan mata Warny memandang Raihan dengan riak terkejut.

“Raihan, saya…”

“no, its fine. Do you love him? I mean Feroz ?” sekali lagi Warny
terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Raihan.

“apa…”

“do you love him?” soal Raihan lagi seakan mendesak dan lidah Warny kelu.

“saya…” Warny hanya berhenti setakat itu dan dia meremas jemarinya resah.

“lamanya awak pergi minum air” suara Feroz yang muncul tiba-tiba
menyebabkan dua pasang mata itu pandang dengan wajah terkejut. Feroz
senyum dan mendekati Warny serta memeluk pinggang itu di hadapan Raihan.

“esok saya kena pergi Kelantan, kita perlu balik sekarang” ujar Feroz
sambil memandang tepat ke dalam mata Warny sebelum memandang Raihan dan
senyum sedikit.

“kami minta diri dulu, En. Raihan” pinta Feroz dan menarik Warny supaya
beredar dari situ bersamanya. Isha juga sudah bersedia untuk balik.

Sepanjang perjalanan, wajah Feroz tegang dan tiada lagi senyuman sama
seperti awal tadi. Isha tak tahu apa yang terjadi tapi dia risau, risau
kenapa suasana boleh jadi sehening dan setegang ini. sebaik sampai ke
rumah Feroz terus ke biliknya meninggalkan Warny dan Isha di ruang tamu,
bingung.

‘ Feroz dengar ke?’ soal benak Warny .

“mama masuk bilik dulu” Warny cium dahi Isha dan berjalan ke biliknya
dengan perlahan. pintu bilik dibuka dan dia menutup dengan belakang
badannya bersandar kemas pada pintu.

‘ Feroz dengar’ bisik hati Warny dan dia rasa menyesal dan terbeban.

Feroz baring di atas katilnya dan meletakkan tangan di dahi sambil
merenung siling dan berfikir. Berfikir mengenai perbualan Raihan dan Warny .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience