BAB 21

Romance Series 22361

Sabrina membaling bantal ke dinding.
"Arghhh" jeritnya geram. Tak guna, berani kau ya perempuan. Desis hatinya. Baru tadi mamanya memberitahu bahawa Faiz bakal bertunang. Dia menyangka Faiz hanya main main. Paling menyakitkan hati apabila dia menelefon mak Faiz, auntynya itu seakan gembira dan teruja menceritakan kepadanya persiapan majlis sedangkan dia disini hati sudah terbakar.
" ini sabrina la, kalau aku nak aku memang akan dapat!!" desis hatinya. Sabrina bukannya tiada yang minat, berlambak tapi hanya Faiz Hakim yang menjadi pilihan hatinya. Sejak kecil lagi Sabrina menaruh hati dan baginya Faiz Hakim adalah untuknya.
. .
. .
Puan Julia, kak Mawar sedang sibuk menghias dulang hantaran, Atia dan beberapa orang sepupunya pula sedang sibuk mengisi goodies bag untuk diberikan kepada tetamu, besok dia akan bertunang dengan Faiz Hakim. Kecoh officenya saat semua tahu, ada yang mengucapkan tahniah, ada juga yang mengata dia menggoda bos. Dia meminta untuk membuat majlis yang ringkas namun mama dan juga Datin Normala, ibu Faiz Hakim ingin majlis yang meriah sebab Faiz Hakim anaknya yang terakhir akan berkahwin. Nak tak nak terpaksa diikutkan juga. Faiz Hakim pula banyak mendiamkan diri. Dia pun pelik adakah ikhlas Faiz Hakim ingin menjadikannya sebagai isteri. Riuh rendah rumahnya saat sedara mara dari pantai timur berkumpul. Alia pun ada sekali.
" bertuoh Hana, semart molek bakal tok laki dio" ujar Maklangnya yang dari kelantan.
" pade la denge Hana tu comey lote, berruoh mu mek Ju bulih nantu semart dengan kayo" sampuk sorang lagi makciknya.
" kalu doh jodoh tu kak Moh tok kemano" balas Puan Julia pula. Norhana tergelak saat melihat Alia ternganga mendengar perbualan makcik dan mamanya.
" faham ke idokk?" soal Norhana.
" kalau aku dah ternganga macam ni memang idokk la jawabnya. Patut la kau cantik giler, sedara mara kau semua lawa lawa kacak kacak, ni yang buat aku pikir nak tolak lamaran Helmi, nak jadi sepupu kau je" gurau Alia. Norhana mencubit pinggang Alia,
" berani kau, kesian dekat Helmi tu nanti kempunan dia nak jadi suami kau" mereka berdua ketawa.
" korang memang ada darah campuran ke?" soal Alia. Yela, sepupu kau even adik beradik kau semua heloks heloks. Tu sepupu kau tu, ya Allah jatuh iman aku ni" ujar Alia sambil menunjuk kepada Amir, sepupunya yang sedang berbual dengan abangnya, Hariss.
" belah mak aku, arwah nenek aku ada mix siam cina sikit, arwah atuk aku pula mix arab. Ni semua belah mak aku, belah Ayah aku melayu tulen" jawab Hana.
"ooo... Eh Hana, encik Faiz tak ada mesej kau ke?" soal Alia mengorek rahsia. Norhana menggeleng kepala.
" mungkin dia sibuk kot." jawab Norhana.
" hurmmm... tapi memang pun, aku tengok asyik travel je. Kesian kau, tapi aku tengok selalu je bagi bunga, romantik juga bos kita kan. " usik Alia. Norhana tersipu malu. Sekarang sentiasa ada bunga di dalam bliknya. Selang 3 hari mesti dia mendapat bunga dari Faiz Hakim.

Harinya telah tiba, norhana mengenakan baju kurung pahang berwarna baby blue lembut, ringkas dengan perincian tapi sangat classy. Selendang rona sama dikenakan, dan veil berwarna putih. Make up pula dimake up oleh jurumekap terkenal Dato Alha Alfa. Sangat neutral dan berseri. Alia sentiasa menemaninya. Selesai make up, mereka berdua duduk di dalam bilik sambil menunggu pihak lelaki sampai.
" nervous ke cik kak? Cantiknya kau Hana!! Aku tengok macam dah nak kahwin haa.. Siap juru make up famous datang." ujar Alia terpegun melihat kawan baiknya.
"baru tunang, nervous tu ada la juga" ujar Norhana.
" encik Faiz datang tak“ soal Alia lagi.
" tak, dia masih di Sabah" pagi tadi Faiz Hakim ada mesej dia.

~ assalamualaikum selamat pagi, semoga majlis kita dipermudahkan, i cant wait~

~waalaikumusalam, inshaallah. Awak datang ke? ~

~ Not sure yet, masih di Sabah, I wish i can fly :(~

~it okay, lagipun majlis tunang je,~

" akak, pihak lelaki dah sampai, jom keluar" ajak Atia.
Mereka bertiga keluar dari bilik tetamu di tingkat bawah lalu Norhana duduk di pelamin, saat itu Datin Normala tersenyum manis datang dan mereka bersalam, norhana meminta bakal ibu mentuanya duduk bersamanya di situ. Puan julia pula duduk berhampirannya. Selesai berpantun, Datin Normala menyarungkan cincin di jari manisnya tanda ikatan pertunangannya dengan Faiz Hakim. Bunyi flash kamera yang mengambil gambar dia. Tiba tiba jurugambar yang di upah bersuara..
" jemput bakal pengantin lelaki ambik gambar dengan tunangnya" . Saat itu muncul Faiz Hakim segak berbaju melayu rona yang sama dengannya di sebalik orang ramai. Norhana terkedu. Faiz Hakim tersenyum manis padanya. Matanya tidak lepas memandang Norhana sehingga si gadis menunduk malu. Faiz Hakim duduk di sebelahnya namun masih ada jarak antara mereka. Gambar mereka diambil dan dia juga mendengar msanak saudara memuji mereka sebagai pasangan serasi.
" kata dekat Sabah?" bisik Norhana kepada Faiz Hakim.
" kan saya doa saya dapat terbang." ujar Faiz Hakim lalu mengenyit matanya. Berona merah wajah Norhana.
" kan best kalau sekarang kita kahwin, u look so stunning dear" puji Faiz Hakim lagi. Norhana tersenyum malu.
Selesai bergambar semua sedang menjamu selera. Datin Normala datang bersama Dato Fazil, Faiz masih setia di sisinya kerana sanak saudar sibuk mahu bergambar bersama mereka.
" mama dengan papa nak balik dulu. Terima kasih Hana terima anak mama ni. Insyaallah lagi 2 bulan kamu berdua kahwin. Mama tak sabar nak dapat menantu ni" ujar Datin Normala ceria, bangga dia apabila saudara mara memuji bakal menantunya cantik dan baik. Berona merah wajah Norhana. Puan Julia tersenyum senang, lega hatinya saat bakal besannya sangat baik.
" terima kasih Fazil, Normala terima Norhana. Saya berbesar hati. Insyaallah lagi 2 bulan berbesan la kita" ujar Encik Hashim pula, jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya.
"saya balik dulu pakcik, makcik" ujar Faiz Hakim.
" tak perlu berpakcik makcik, tak lama lagi dah nak jadi sebahagian dari keluarga ini juga" balas Puan julia ceria.semua disitu ketawa bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience