Bab 27

Romance Series 22361

Dia berjalan menyusuri pantai itu. Keindahan yang ada tak dapat membuatkan hatinya bertenang,. Maafkan Hana abang, Hana dah jadi isteri derhaka, keluar tanpa minta izin abang. Dia menggosok perutnya yang kempis. 2 hari lepas dia mengetahui dia mengandung hampir 2 bulan. Berita gembira yang sepatutnya dikongsi dengan sang suami. Hampir seminggu dia berada di sini.
" kak Hana!!" dari jauh kedengaran suara kanak kanak memanggil namanya. Norhana menoleh lalu tersenyum.
" Dhia buat apa dekat sini?" soal Norhana.
" cari akak! Jom teman Dhia" ujar Dhia lalu menarik tangan Norhana. Dhia kanak kanak 9 tahun, anak kepada tuan resort yang dia menginap.
" akak sedih lagi ke?" soal Dhia sambil mewarna bukunya. Norhana tersenyum.
" macam mana Dhia tahu akak tengah sedih?" soal Norhana.
" mama bagitau, mama cakap jangan kacau kakak sebab akak tengah sedih" ujar budak comel itu lagi.
" akak tak sedih la, cuma akak penat je" balas Norhana. Pipi Dhia dicubit manja. Comel.
" amboi, mama dah pesan jangan kacau kakak, disuruhnya kakak teman dia pulak. Maaf la Hana kalau Dhia ni kacau" kak Maria, ibu Dhia datang menghampiri.
" takdelah kak, best jugak layan Dhia ni. Cerdik budaknya" jawab Norhana tersenyum.
" akak Hana ni cantik la, macam dalam gambar tapi dekat luar lagii cantik" ujar Dhia. Norhana dan Maria sudah tergelak.
" nak akak belanja aiskrim lagi la tu" ujar Hana lalu mereka ketawa bersama.
Dia melihat keriuhan gelak ketawa disitu. Rindunya semakin membunga. Hana, abang rindu!

Senja hampir melabuhkan tirai, dia duduk di kerusi batu ditepi pantai, menyaksikan seindahan senja. Tiba tiba seseorang duduk disebelahnya. Dia menoleh lalu terkejut. Wajah yang saat dirinduinya di depan mata. Beberapa kali dia memejam mata.
" kenapa pandang abang macam tengok hantu?" ujar Faoz Hakim tersenyum. Norhana masih lagi diam dengan riak terkejut. Faiz Hakim menghulurkan jambangan bunga rose kepadanya. Norhana menyambut bunga itu tanpa bersuara.
" jauh sayang merajuk ya. Jenuh abang nak cari isteri abang ni. Malam malam tak boleh nak tidur asyik fikirkan sayang." ujar Faiz Hakim sambil merenung isterinya
Norhana menundukkan kepala nya, rasa bersalah dan berdosa. Faiz Hakim memeluk Norhana erat.
" please, jangan buat macam ni lagi. Abang rasa nak gila cari sayang. Im sorry. Abang tahu abang salah. Abang minta maaf" ujar Faiz Hakim sayu. Bersyukur sangat dia dapat menemui isterinya hasil dari penyiasat yang diupah untuk mencari isterinya. Norhana masih diam dan hanya memandang wajah suaminya. Air mata mengalir dipipi. Sesungguhnya dia menrindui suaminya itu.
" sayang, abang tak cintakan Sabrina, abang tak ada hubungan dengan dia. Selama ni dia cakap yang dia sakit dan dia nak abang teman dia pergi hospital kerana dia taknak parent dia tahu. Abang percayakan dia tapi tak sangka dia permainkan abang untuk pisahkan kita. Abang tak tahu niat dia macam tu. Abang minta maaf buat hati sayang terluka" ujar Faiz Hakim lagi.
" gambar yang diambil tu tak seperti yang sayang fikirkan. Please sayang percayakan abang. Isteri yang abang cinta hanya sayang seorang je. Tiada yang lain. Abang ikhlas nikahi sayang. Abang datang nak bawa isteri abang balik KL." ujar Faiz Hakim memujuk.
"maafkan Hana sebab keluar rumah tanpa izin abang. Hana berdosa dengan abang." ujar Norhana sambil mengelap air mata dipipinya.
" sayang tak ada dosa dengan abang. Abang sentiasa maafkan sayang. Cuma abang nak tanya, macam mana sayang boleh dapat gambar gambar tu semua? " soal Faiz Hakim.
" Sabrina yang bagi kepada Hana. Dia ada jumpa hana dekat office masa abang tak ada. " ujar Norhana.
" lagi? " soal Faiz Hakim.
" dia pernah DM iG Hana cakap dia akan rampas abang dari Hana" ujar Norhana sambil menunduk.
" sayang, lepas ni abang nak apa apa sahaja kongsi dengan abang, kalau sayang diamkan diri abang tak tahu dan macam ni la jadinya. Tak kesian dekat abang ke?" ujar Faiz Hakim manja. Norhana tergelak kecil.
" maafkan Hana ye" ujar Norhana lagi.
" always sayang" ujar Faiz Hakim memeluk isterinya erat.

Mereka makan malam di restoran berdekatan, Dhia datang menghampiri mereka berdua.
" ni boyfriend kak Hana ke?" soal Dhia lalu duduk di sebelah Norhana. Faiz Hakim tersenyum mendengar soalan kanak kanak comel tu.
" abang suami kak hana, yang comel ni nama siapa?" soal Faiz Hakim.
" nama saya Dhia. Abang hensem nama siapa?" soal Dhia mengundang ketawa Faiz Hakim dan Norhana.
" nama abang, abang hensem la" jawab Faiz Hakim mengusik.
" Dhia, esok akak dah nak balik KL dah.." ujar Norhana.
" ala.. Lepas ni takde la kawan Dhia" ujar Dhia sedih.
" nanti kalau akak rindu Dhia akak janjj akak datang sini" ujar Norhana memujuk.
" janji?"
" ye akak janji" mereka melakukan pinky promise. Tergelak Faiz Hakim.

Pagi itu mereka bersiap untuk check out. Saat Faiz Hakim menyembur minyak wangi di badannya, Norhana laju berlari ke dalam bilik air lalu memuntahkan isi perutnya.
" sayang kenapa ni?"tanya Faiz hakim risau. Dia menggosok belakang badan Norhana.
"jom duduk sini" ujar Faiz Hakim saat Norhana habis muntah.
"abang ambil minyak angin dalam beg Hana jap" ujar Norhana. Faiz Hakim menurut lalu memberikan minya angin kepadanya.
" perfume apa abang pakai tu?" soal Norhana tiba tiba.
" perfume biasa yang abang pakai la. Kenapa?"
" hana tak suka la bau tu" ujar Norhana lagi.
"hah?? Kenapa?" pelik, selama ni elok je.
" entah, baby dalam perut tak suka kot" jawab Norhana selamba, ingin memberi hint kepada suaminya.
" oo baby tak suka.." jawab Faiz Hakim. Namun wajahnya berubah lalu mendekati isterinya.
" maksud sayang??" soal Faiz Hakim teruja. Norhana mencapai tangan suaminya lalu meletakkan diperutnya yang masih kempis lagi.
"yes abang, you gonna be a daddy, inshaallah" ujar Norhana lagi. Faiz Hakim mengucap syukur. Lalu memeluk isterinya.
"terima kasih sayang!!" jerit Faiz Hakim teruja.
"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience