BAB 3

Romance Series 22361

Setahun kemudian.....

Norhana melihat penampilannya dia cermin... Sambil membetulkan skaf dia lehernya. Rambutnya diperbetulkan. Dia mengeluh kecil.
"Hana.." panggil encik Hashim.
"ye ayah. Rindu Hana ke?" norhana datang lalu melentokkan kepalanya ke bahu ayahnya itu.
" Ayah sentiasa rindu anak anak ayah. Ayah nak yang terbaik untuk anak ayah" ujar encik Hashim sambil mengosok lembut kepala norhana. Norhana tersengih. Faham benar apa yang ingin disampaikan ayahnya itu.
"Hana bila nak bertudung? Ayah tahu Hana dah besar, dah pandai buat keputusan sendiri tapi ayah nak anak ayah menjadi kesayangan Allah." tegur encik Hashim lembut. Norhana memeluk lengan ayahnya. Dia tahu niat ayahnya baik, dari dulu lagi dia ditegur agar bertudung. Adiknya Norhatia juga bertudung sejak dari kecil cuma dia saja berbeza. Peristiwa ketika dia berusia 6 tahun menghasilkan dirinya sekarang. Dia pernah bertudung ke sekolah tetapi dia dibuli dengan teruk oleh budak budak mat salleh disini. Itulah dugaan bila seorang muslim membesar di negara majoritinya kristian. Sejak itu dia tidak mahu pakai tudung untuk ke sekolah. Ibu bapa nya terpaksa merelakan agar pendidikan norhana tidak tercicir. Tetapi soal agama, encik Hashim tak pernah abaikan. Dia akan mengajar sendiri anak anak nya solat, berpuasa serta hukum halal haram dalam islam. Cuma Norhana saja seakan trauma sehingga sekarang. Semoga satu hari nanti dia berubah. Kenapa norhatia tidak? Kerana Norhatia bersekolah di sekolah anak anak kedutaan malaysia.
"maafkan Hana ayah. Inshaallah satu hari nanti" balas Norhana sambil menunduk kepalanya.
"Ayah tahu anak ayah anak yang baik. Ayah pon bersalah sebab kalau ayah tak hantar Hana di sekolah itu dulu Hana takkan kena buli. Ayah sentiasa doakan anak anak ayah" balas encik Hashim tersenyum.
Norhana memeluk erat ayahnya. Sesungguhnya dia tahu ayahnya kecewa dengan ayatnya.

"wahai puteri Norhana Hashim, dah dah la tu tenung muka sendiri. Tak berubah pape pun. Jom la, kata nak buat clearance. Taknak balik Malaysia ke?" Tegur Hariss sambil bercekak pinggang.
" Alah, nak bersiap sikit pon tak boleh" balas Norhana sambil mengambil beg galasnya. Akhirnya, tahun ni adalah tahun terakhir buatnya. Adib sudah pulang ke Malaysia tahun lepas, sekarang gilirannya. Setelah hampir 20 tahun menetap dan menimba ilmu di Auckland, akhirnya bulan depan dia akan menjejak ke tanah air tercinta. Abangnya, Hariss juga dapat berpindah ke Malaysia dan dapat mengendalikan flight Malaysia - Dubai. Setelah puas hati dengan penampilannya, lalu berlalu ke muka pintu.

Penerbangan yang mengambil masa hampir 19 jam itu amat memenatkan. Setibanya di lapangan terbang KLIA dan mengambil bagasinya, Norhana dan Hariss menolak troli yang penuh ke balai ketibaan. Nasib baik barang barangnya y lain dihantar terus ke rumah melalui khidmat penghantaran. Kalau tak jenuh la. Saat menolak trolinya, salah satu begnya terjatuh dan hampir membuatkan salah seorang yang melalui disitu hampir tersepak.
" im sorry" ujar Norhana memohon maaf. Lelaki yang memakai sut lengkap korporat berwarna biru gelap serta mengenakan cermin mata hitam itu tersenyum lalu membantu mengangkat beg tersebut lalu meletakkan kembali ke atas troli Norhana. Ketinggian hampir menyamai Hariss.
" it okay, just be careful next time" suara garau itu menjawab lalu meninggalkan Norhana di situ. Norhana melepaskan nafas lega. Nasib tak kena maki, detik hatinya. Lalu dia mengejar abangnya yang jauh ke depan. Saat tiba dia balai ketibaan, dari jauh dia dapat melihat keluarganya setia menunggu. Tak lupa juga Adib dan Mawar juga ada bersama. Laju Norhana memeluk ibu bapanya.
"alalala... Manja la kak Hana ni, baru je 2 bulan lepas mama n ayah pegi Auckland masa akak konvo hari tu" ujar Norhatia.
"Amboi, lau dengki cakap, macam la akak tak tau Tia pon nak join jugak kan" sakat Norhana kepada adik bongsunya itu.
Hariss mengeleng kepala melihat gelagat adik-adiknya. Dia menoleh ke arah Mawar, gadis yang dicintainya lalu memberikan senyuman manis sambil mengenyit mata. Berona merah pipi Mawar.
" Haa.. Ni lagi sorang, main kenyit kenyit mata pulak. Sabar.. Lagi beberapa bulan je nak kahwin" sakat Norhana. Masing masing melepaskan ketawa. Hariss mengaru kepalanya yang tidak gatal. Malu pabila aksinya kantoi.

"Akhirnya!" luah Norhana saat duduk di buaian besi di laman rumahnya. Adib yang berada di depannya tersenyum.
"Akhirnya apa?" soalnya
"yela, selama ni balik malaysia setahun 2 kali je. Sekarang dah stay dekat sini untuk selamanya. Best dapat balik ke tanah air" ujar Norhana ceria.
"ingat best sebab dapat duduk dekat ngan abang" ujar Adib dibuat nada merajuk.
"Dengan abang pun Hana rindu jugak." bisik Norhana perlahan. Adib tersenyum.
" minggu depan family abang datang hantar rombongan. Abang nak kita cepat cepat kahwin" ujar Adib bersemangat. Norhana tersenyum.
"abang..." panggil Norhana
" ye sayang.." jawab Adib.
"abang janji dengan Hana ye abang takkan tinggalkan Hana?" soal Norhana. Entah kenapa dia merasa takut. Takut kehilangan lelaki yang dicintainya itu. Adib memang dikategorikan lelaki kacak. Siapa tak kenal Adib Tan sri Kamal. Sejak setahun lalu nama Adib trending di media sosial kerana pemuda itu tersenarai sebagai hottest bachelor in town. Dia yang sekarang bekerja di syarilat bapanya dan akan menjadi peneraju penting bagi syarikat bapanya itu.

"Hana.. Hana.. Hana??" panggil Adib. Mati lamunan Norhana.
" hesy... Orang cakap dia boleh pulak termenung" ujar Adib.
" Abang cakap apa tadi" soal Norhana.
"abang akan sentiasa ada untuk Hana. Sampai bila-bila. Nanti rombongan sampai, jangan pulak cakap tak setuju" ujar Adib.
"tengok la macam mana nanti. Tengok mood" balas Norhana sambil ketawa. Adib mengecil mata kepada norhana lalu ketawa bersama.

Perbincangan antara 2 belah pihak berjalan lancar. Dalam 5 bulan lagi dia akan melansungkan perkahwinannya bersama Adib. Norhana merenung cincin dijari manisnya. Tersenyum dia saat membaca mesej daripada Adib.

~ cantik x cincin tu? ~
~cantikk! Abg pilih sendri ke? ~
~ of course la. Yang tu limited design. Hanya untuk Tunang abg seorang je. I love u syg~
~ thank you abg. Appreciate it. :) ~
~ ala tak balas pon i love u abg :((~
~bila dah sah nanti, setiap masa Hana akan bls apa y abg ckp :p~
~:((~
Norhana tergelak. Sepanjang percintaan dia dan Adib. Selalu dia cakap sayang namun tak pernah mengungkap perkataan cinta kerana cinta baginya hanya untuk sang suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience