BAB 7

Romance Series 22361

Dia menutup pintu keretanya. Dilihat keluarganya sedang bersantai di laman rumahnya. Norhana menghampiri.
"haa dah balik dah puteri kita" usik Hariss.
Norhana melabuhkan punggung di sisi ayahnya.
"macam mana hari pertama kerja?" soal Encik Hashim pula.
"ok je... Ayah tak cakap pula yang CEO hana kawan ayah" ujar Norhana memuncungkan mulutnya. Encik Hashim tersenyum.
"saja.. Kalau pun kawan ayah, tapi bukan ayah yang rekemen kan Hana, tu usaha Hana sendiri kan" ujar Encik Hashim. Hana tersenyum.
"oh ya, pagi tadi abang Hariss nak cakap something dekat Hana. Apa dia?" soal Hariss. Mawar di sebelah Hariss sudah tersenyum sipu.
"macam ni tuan puteri, patik nak beritahu yang nanti tuan puteri akan jadi makcik tua, sebab patik nak jadi ayahanda" usik Hariss lagi. Semua yang ada disitu ketawa kecuali Norhana yang masih blurr.
"maksudnya kak Mawar mengandung?" soal Norhana lagi.
"iya lah Hana, kak Mawar la mengandung, takkan mama kamu. Kalau mama kamu dapat adik lagi la" tambah Encik Hashim sambil ketawa. Puan Julia menggeleng kepala melihat gelagat masing. Bapak pun sama naik dengan anak lelakinya.
"dan abang dah tak perlu fly lepas ni sebab abang dapat offer jadi trainer dekat KLIA, so abang akan stay Malaysia sampai tua. Hahahah" ujar Hariss lagi. Masing masing bergelak ketawa. Norhana tersenyum mendengar celoteh abangnya. Tetiba rindu pulak dua orang adiknya.

Kerja yang banyak memeningkan Norhana, banyak kerja yang ditinggalkan oleh bekas staff sebelum ni. Nak berhenti pun siapkan kerja dulu. Ni tak, tinggalkan macam tu je, omel hatinya. Dia memicit kepalanya. Telefonnya berbunyi. Dia mengangkat
"Hana, pukul 10 jangan lupa, nak pergi site" ujar Ray, salah sorang jurutera.
"okay" jawab Norhana pendek.
Masa berlalu pantas, dia bangun lalu mengambil beg galasnya. Hari ni dia mengenakan blause biru gelap, dipadankan dengan jeans biru muda. Tudung pula warna hitam, senang nak padan dengan baju. Sesuai untuk turun ke site.dicapai beg yang berisi safety shoes. Saat dia keluar matanya sempat menangkap Ray sedang berbual dengan seseorang. Norhana mendekati mereka.
"okay la Ray, anything update me, saya harap tak ada apa apa la." ujar suara garau orang yang membelakanginya.
"Baiklah encik Faiz. Hana, dah ready ke? Kalau dah jom la" Ray beralih pandangan kepadanya dan lelaki tersebut juga memandang ke arahnya. Norhana tersenyum manis kepada lelaki yang dipanggil encik Faiz tu, macam familiar je nama.
"so ini lah staff baru yang masuk minggu lepas tu?" soal Faiz Hakim. Norhana mengangguk,
"saya Norhana Hashim, panggil Hana sahaja." ujar Norhana beramah mesra.
"saya Faiz Hakim, rasanya kita tak jumpa lagi since saya cuti seminggu" ujar Faiz Hakim lembut. Dari pandangan Norhana, lelaki didepannya ini agak kacak. Eh! Memang kacak pun, ketinggian hampir menyamai abangnya, Hariss. Berkulit putih, dan macam ada darah kacukan. Badan agak tegap menandakan seorang yang aktif bersukan. Tapi Norhana seperti pernah jumpa, tapi di mananya??.
"kalau macam tu kami minta diri dulu la Encik Faiz" celah Ray. Faiz Hakim mengangguk perlahan.

"berkenan ke dengan bos kecik kita tu?" tegur Ray atau nama sebenarnya Azrai.
"Hahh?? “ Norhana tersedar dari lamunan.
"tapi bos kita tu ramai peminat, staff perempuan semua duk usha encik Faiz, biasa la single and available" tambah Ray lagi.
" takkan la tak ada girlfriend lagi? Umur dia berapa?" soal Norhana ingin tahu.
"30 tahun. Katanya dulu ada teman wanita, tapi last last putus sebab ada lelaki lain. Kecoh jugak office masa dia putus cinta, habis semua orang kena tempias. Sejak dari itu dia tak pernah bercinta" ujar Ray. Norhana mengangguk perlahan.
"awak pulak? Dah ada teman lelaki ke?" soal Ray. Norhana tersenyum, sempat lagi ek nak korek rahsia.
"tak ada orang nak" jawab Norhana selamba.
"takkan cantik macam ni tak ada orang nak" balas Ray. Matanya masih fokus ke jalan raya.
"kalau orang nak, takkan dia kahwin dengan perempuan lain" balas Norhana sambil merenung ke depan. Ray yang terkejut terus memandang ke sebelah. Air muka Norhana agak sedih.menyesal pula cakap macam tu.
"maafkan saya, saya tak maksud nak buat awak sedih" ujar Ray.
"no worries, benda dah lepas. Lagipun itu sebahagian dari perjalanan hidup saya. Saya anggap itu pengalaman dalam mematangkan diri kita." ujar Norhana tersenyum.
Rugi siapa yang tolak gadis di sebelahnya. Mujurlah dia sudah bertunang, kalau tak memang nak jugak dia try.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience