Bab 17

Romance Series 22361

Pemandangan di Pahalgam sangat menarik dan ia turut menimbulkan serta memberikan suasana seperti di Switzerland. Oleh kerana itu Pahalgam diberi jolokan “Little Switzerland”. Selain daripada pemandangannya yang menarik, Pahalgam turut menyediakan berbagai aktiviti untuk lakukan disini. Norhana, Haziq serta Faiz Hakim berjalan di sekitar kawasan itu.
" akak, jom kita tunggang kuda?" Ajak Haziq.
"taknak la, akak kan pakai skirt ni. Kalau adik nak naik pergi la, akak tunggu dekat sini" ujar Norhana, dia hnya mengenakan skirt labuh berwarna koko gelap dan dipadankan dengan blause dan tudung berwarna putih. Faiz Hakim tersenyum mendengar gelaran adik yang diberikan kepada Haziq.
" oklah, akak tunggu sini tau. Abang Faiz nak join tak?" soal Haziq.
" nope, abang tak gemar sikit naik kuda. Takpela Haziq pergi je" tolak Faiz Hakim. Dia sememangnya tidak gemar menunggang kuda atau lebih kepada takut. Haziq meninggalkan mereka berdua disitu. Norhana duduk di salah satu kerusi panjang dan Faiz Hakim juga duduk di kerusi yang sama cuma masih ada jarak antara mereka.
Norhana merenung keindahan gunung bersalji yang jauh itu.
"subhanallah..." bisik Norhana perlahan namun dapat didengari Faiz Hakim. Dia juga turut terpesona dengan permandangan yang cukup indah itu.
" Kenapa Khasmir??" soal Faiz Hakim. Matanya tetap memandang ke depan. Norhana berpaling sekilas lalu kembali memndang ke depan.
" one of my wishlist bucket. Kenapa Khasmir... Sebab saya ingin melihat semua ini. Kebesaran Allah. Saya lebih suka melihat pemandangan seperti ini dari memandang bangunan konkrit di bandar" ujar Norhana tersenyum.
"20 years in New Zealand, tapi ayah bagi saya jalan- jalan start umur 15 tahun. Dan mesti dengan family. 5 tahun saya dapat teroka bumi NZ itu. Sejak itu saya jatuh cinta dengan keindahan yang Allah pinjamkan untuk kita." ujar Norhana lagi.
" apa lagi wishlist bucket awak? Berapa negara dah awak pergi? " soal Faiz Hakim lagi. Tertarik dengan minat gadis ditepinya.
" so far dah 8 negara termasuk yang ini. First of course NZ, then Australia, Korea, Japan, Indonesia, France, and Malaysia tu pun sebab join company trip dan encik tunjuk view sunset tu dekat saya" ujar Norhana tersenyum.
" i wish i could go to Mekkah someday. Masa ayah, mama, abang Hariss pergi, saya tak dapat join. And i want go to Iceland. Tempat yang Shah Rukh Khan dan Kajol shoot dulu" ujar Norhana sambil gelak kecil.
"wow, layan hindustan jugak ek" ujar Faiz Hakim. Tak sangka gadis yang membesar di luar negara boleh terjebak dengan hindustan.
" of course la, mama peminat tegar Shah Rukh Khan. Kalau dah darah melayu encik Faiz. Tak kira la bumi mana pun tetap sama" Norhana ketawa perlahan.
Faiz tersenyum. " Hana, awak percaya dan yakin dengan pilihan orang tua" soal Faiz Hakim dengan nada yang serius.
"maksud encik? Pilihan yang macam mana tu?" soal Norhana kembali.
" jodoh" balas Faiz Hakim pendek.
"jodoh pertemuan semua di tangan tuhan, yakin tak yakin kita kena minta petunjuk daripada Allah. Pilihan orang tua tu mungkin dari kehendak Allah yang membuka hati mereka untuk memilih seseorang itu untuk menjadi pasangan kita. Buat solat isthikarah, minta petunjuk dari Nya. Insyaallah kita temui jawapannya" ujar Norhana tersenyum.
" kalau ibu bapa awak sudah ada pilihan untuk awak. Awak terima?" soal Faiz Hakim memandang ke dalam mata Norhana.
Norhana tersenyum. " saya akan lakukan seperti itu. Bila dia lah jawapan daripadaNya, insyaallah saya akan terima"
"kalau lelaki tu Adib??" soal Faiz lagi.
Norhana berubah riak, namun masih tersenyum.
"saya percaya dia bukan jodoh saya. I had done it before. dan saya yakin Allah dah berikan jawapan itu kepada saya" balas Norhana tenang. Faiz Hakim kagum dengan wanita di sebelahnya itu. Sangat tenang, dia saja menduga dengan menyebut nama Adib namun Norhana seakan sudah melupakan kenangannya dengan lelaki itu.
Dari jauh Haziq datang menghampiri mereka berdua.
"jom pergi makan, hari ni abang faiz belanja" ajak Faiz Hakim ceria. Haziq sudah tersengih lebar. Mereka berjalan ke restoran yang halal berdekatan situ. Saat berjalan Faiz membisikkan kepada Norhana.
" saya akan terima kalau awak pilihan orang tua saya tapi kalau saya pilihan ibubapa awak terima saya tak?" soal Faiz Hakim tersenyum lalu meninggalkan Norhana terpingga-pingga.

Beg sudah selamat didaftar masuk. Mereka bertiga menuju ke pintu pelepasan bersama. Saat masuk ke perut kapal. Mereka menunjukkan pas perlepasan kepada pramugari tersebut. Dengan tiba tiba pramugari tersebut membawa mereka ke bahagian kelas perniagaan lalu menunjukkan tempat duduk mereka. Norhana dan Haziq terkejut. Puas dia terangkan kepada pramugari itu bahawa mereka membeli tiket kelas ekonomi bukan kelas perniagaan. Namun pramugari tersebut memberitahu nama mereka memang di kelas perniagaan.
" akak., betul ke akak booked economy class? Ke akak tersalah booked??" soal Haziq pelik.
" betul la dik, takkan akak salah pulak. Kalau salah mesti la melambung bil credit card akak" ujar Norhana menggaru kepalanya. Faiz Hakim yang tengok gelagat dua beradik itu sudah tergelak kecil.
"saya yang tukar seat awak berdua tadi. Awak berdua tak perasan dekat boarding pass tu ad tulis business class." ujar Faiz Hakim. Haziq dan Norhana memandangnya secara serentak.
" biar betul abang faiz?" soal Haziq terkejut.
" tapi kenapa?" soal Norhana serba salah. Segan dia dan adiknya dilayan sebegitu oleh bosnya. Yela business class memang cecah 5 angka.
" saja, since kita bercuti bersama so kita balik pun sama sama la, lagipun ini sebagai tanda terima kasih saya dekat Hana dan Haziq sebab bagi saya join u guys jalan- jalan. Kalau saya sorang sorang mesti sesat ntah kemana dah" ujar Faiz Hakim.
" terima kasih bang, rezeki boleh rasa business class." ujar Haziq teruja.
" terima kasih encik.." ujar Norhana terharu.
"saya terima kasih awak Hana" bisik Faiz Hakim kepada Norhana. Pipi Norhana merona merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience