BAB 13

Romance Series 22361

Norhana memyusuri pantai. Angin malam meniup agak keras. Dia membetulkan selendangnya.
" Hana..."
Norhana berhenti melangkah lalu menoleh kepada empunya suara.
"abang nak Hana tahu yang abang masih cintakan Hana." ujar Adib. Norhana mengalihkan pandangan ke laut yang terbentang luas.
"Cukuplah Adib. Antara kita dah tak ada apa apa. Saya pun dah tak cintakan awak lagi. Ingat isteri awak dan paling penting ingat anak yang isteri awak kandung tu." ujar Norhana.
" tapi abang tahu dalam Hati Hana ada abang. 5 tahun kita bercinta Hana, takkan Hana boleh lupa macam tu je" ujar Adib tidak puas hati. Norhana mengeluh lagi.
" yes, memang 5 tahun kita bercinta. Saya tak pernah lupa sebab itu sebahagian perjalanan hidup saya tapi tak melupakan tak bermaksud saya masih mengharapkan cinta awak. Tidak sama sekali.dalam hati saya dah tak ada nama awak. Cuba la faham Adib. 5 tahun yang awak sendiri sia siakan. Awak dah lupa yang awak tinggalkan saya! “ Balas Norhana. Penat dia melayan lelaki seperti ini.
" Hana, abang minta maaf. Kita kahwin jom? Abang nak kita kahwin." ujar Adib sambil cuba mecapai tangan Norhana namun pantas dia mengelak.
" awak dah gila ke? Awak dah ada isteri lah Adib!!" marah Norhana. Entah kenapa dia seakan berdepan dengan Adib Kamal dari sisi berbeza. Ini bukan Adib Kamal yang dia kenal dulu.
" abang memang gilakan Hana! Pasal bini abang nanti abang boleh ceraikan dia. Kita kahwin ye" desak Adib lagi. Kali ini dia dapat menyambar lengan Norhana dan cuba memeluk gadis itu.
" Apa awak cuba buat ni. Lepas lah!!" marah Norhana, cengkaman yang kuat itu tidak dapat dilepaskan. Dia hampir ingin menangis. Dalam hati berdoa agar ada yang menyelamatkannya.

" Adib!!" satu jeritan dari belakang menyentak mereka berdua. Faiz Hakim menarik tangan Adib yang mengenggam lengan Norhana hingga terlepas. Lalu melindungi gadis itu.
" kau dah kenapa ni?" soal Faiz Hakim. Hairan dengan kelakuan lelaki di depannya. Norhana berlindung di belakang Faiz Hakim sambil mengelap air mata yang jatuh ke pipinya.
" Bro, ni hal aku. Kau jangan masuk campur." marah Adib bengang.
" memang aku kena masuk campur sebab Hana staf aku dan sekarang aku bertanggungjawab terhadap staf aku. Apa apa yang jadi dekat Hana aku yang bertanggungjawab." marah Faiz Hakim.
" Hana..." panggil Adib tidak puas hati. Norhana makin menyorok takut di belakang Faiz sehingga tanpa sedar dia memegang baju bosnya itu.
" Adib.. Baik kau pergi dulu" ujar Faiz Hakim.
Adib menyepak pasir dipantai. Lalu beredar dari situ dengan tidak puas hati.

Apabila Adib menjauh, Norhana melepaskan baju Faiz Hakim.
" awak okay ke?" soal Faiz Hakim risau. Pertama kali melihat gadis itu menangis. Norhana hanya mengangguk
" terima kasih encik selamatkan saya." ujar Norhana.
" jadi, Adib la lelaki yang awak ceritakan dulu?" soal Faiz Hakim lagi. Dia sudah dengar semuanya tadi. Awalnya dia hanya mencuri dengar dan tak mahu menganggu namun apabila Adib sudah melakukan sesuatu yang melampau, laju dirinya muncul. Entah kenapa hatinya ingin melindungi Norhana. Makin sayu melihat air mata di pipi gadis itu. Jantungnya berdegup kencang saat Norhana merenungnya. Adakah ini cinta? Faiz Hakim mengusir perasaan itu.
" mari lah saya hantar awak kebilik. Lain kali jangan duduk tepi pantai sorang sorang. Bahaya, lain kali ajak berteman" ujar Faiz Hakim menasihati. Norhana mengangguk.
"maafkan saya, terima kasih sekali lagi encik." ujar Norhana lemah.
" sama sama. Tak perlu awak minta maaf, bukan salah awak pun. Walau apa pun, awak tanggungjawab saya Hana" entah kenapa ayat itu yang terkeluar. Baru hari pertama di Redang dah macam macam. Faiz menggeleng kepalanya. Mereka berjalan meninggalkan pantai itu. Dari kejauhan Sabrina melihat drama yang terjadi. Dia menghentakkan kakinya. Dasar perempuan. Saja je kan nak goda orang kaya. Marah Sabrina.

Pagi itu kesemua staf berkumpul ditepi pantai, aktiviti mereka hari ini snorkeling di salah satu kawasan lindungan hidupan laut.
Para guide memberikan taklimat serta arahan. Masing masing mendengar dengan prnuh fokus. Norhana tidak nampak kelibat Adib. Itu melegakan dia. Selepas kejadian semalam, dia akan cuba untuk menjauhi dirinya dari Adib.
Selesai mendengar taklimat, mereka menaiki bot ke kawasan snorkeling itu. Saat menunggu giliran, Sabrina datang menghampirinya.
" hey what your name? Rena? Lina or whatever. I nak cakap sikit dengan U, jangan cuba nak goda Faiz, U jangan ingat I tak nampak semalam U buat apa. Stay away from him or else I boleh buat U hilang kerja" ugut Sabrina seraya berlalu dari situ. Alia di sebelah Norhana terpingga pinga. Begitu juga dengan Norhana.
" kenapa dengan minah obor- obor ni?" soal Alia. Norhana menjungkit bahunya
" entah. Tapi kenapa kau panggil dia Obor-obor??" ujar Norhana sambil ketawa.
"Lahhh.. Kau tengok la cara jalan, tak ke macam Obor-obor, tengok rambut dia kerinting macam tu. Hah elok la tu kejap lagi menyelam boleh jumpa sedare dia." ujar Alia. Muncung mulut mulut dia. Norhana ketawa. Kalau bab mengata orang memang bagi dekat makcik ni. Norhana terhibur.
" Eh! Aku tak nampak pulak tapir laut tu? Takkan dah terjun laut kot" soal Alia lagi. Norhana faham benar siapa yang dia maksudkan itu. Tak lain tak bukan Adib Kamal. Norhana hanya menjungkit bahu tanda tak tahu lalu menaiki bot.

Selesai snorkeling, masing masing pulang ke bilik. Petang aktiviti bebas. Selesai membersihkan diri, Norhana terbaring di katilnya. Alia sudah enak dibuai mimpi,penat sangat la tu. Tiba tiba telefon bimbit nya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

~ petang ni ada nak buat apa apa tak? ~

Norhana mula menaip.

~ tak ada kot. Kenapa encik Faiz? ~

~ Jom ikut saya pergi tengok sunset nak? ~

Macam menarik. Fikir Norhana.

~jangan risau, Adib tak ada. Dia dah balik KL pagi tadi~

Hah? Dah balik KL? Hati dia merasa lega.

~ okay. Pukul berapa? ~

~ 6 petang tunggu saya di kafe. ~

~ Baik :) ~

Norhana melihat jam di telefon. Pukul 3 petang. Dia ada lagi 3 jam. Lalu dia memejam matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience