Bab 18

Romance Series 22388

Dia fokus menyiapkan kerja. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk di Instagram nya.

~assalamualaikum cik Hana, saya Izzati isteri Adib. Saya nak request untuk jumpa awak tengahari ini boleh? Saya harap awak dapat jumpa saya sebab ada perkara yang saya ingin bincang. Ini nombor telefon saya....... ~

Norhana mengerut dahi, dia menaip nombor telefon lalu menghantar mesej whatapps kepada wanita bernama Izzati itu.

~ Assalamualaikum saya Hana, baiklah lunch nanti kita jumpa di secret recipe.~

Balas Norhana lalu menghantar lokasi tempat janji temu.

Saat dia memasuki restoran kek yang terkenal itu dari jauh dia dapat melihat seseorang melambai ke arahnya. Dia menghampiri wanita itu. Melihat kepada perutnya yang sudah sarat itu, Norhana dapat menganggak wanita itu sudah hampir 9 bulan. Dia menyalam Izzati lalu duduk di kerusi depan. Dia tersenyum manis memandang ibu mengandung itu.
"saya Hana, apa khabar Izzati?" soal Norhana tersenyum manis. Izzati didepannya cuba membalas senyuman itu walaupun agak kekok.
"siapa tak kenal cik Hana, instafamous cantik. Saya sihat" balas Izzati cuba untuk menceriakan suasana. Norhana gelak kecil.
"itu dulu Izzati, lagipun tak payah bercik cik dengan saya, panggil Hana je. Awak dah order? Kita order makan dulu ye kesian baby dalam perut tu mesti dah lapar" ujar Norhana mesra. Pelayan datang membawa menu lalu Norhana memesan makanan untuk mereka berdua.
"Hana, saya nak minta maaf dengan awak. Saya yang rampas Adib dari awak." ujar Izzati lirih. Norhana terdiam.
"saya yang perangkap Adib dulu dan buatkan Adib kahwin dengan saya. Saya menyesal Hana, Adib tak pernah cintakan saya tapi dia hanya ingin bertanggungjawab. Adib tak salah tapi saya yang salah. Saya minta ampun dengan awak Hana" Izzati mula menitiskan air matanya lalu menyambung lagi.
"saya dah nak bersalin, saya jumpa awak sebab nak minta ampun. Saya taknak kalau jadi apa apa ketika saya bersalin saya tak sempat minta maaf dengan awak. Saya bersalah sangat dengan awak. Dulu saya jahat, saya sengaja perangkap Adib sebab saya jatuh cinta tapi saya tak fikirkan perasaan Adib. Saya tengok dia sentiasa tengok gambar awak berdua. Hana, saya sanggup undur diri. Lepas bersalin saya akan minta Adib lepaskan saya. Saya dah penat cuba untuk selamatkan hubungan kami tapi Adib tetap tak boleh terima" ujar Izzati lagi. Sayu Norhana melihat wanita didepannya. Dia mencapai tangan Izzati lalu menggenggam erat.
" Izzati, saya tak pernah marahkan awak dan Adib. Everything happened for a reason. Semua dah tertulis dalam takdir kita. Saya mengaku dulu saya kecewa tapi sekarang saya dah boleh terima semua ketentuan Allah. Saya dah tak cintakan Adib. Dia milik awak Zati, Allah dah atur cantik. Tengok, awak dah nak dapat anak. Saya tahu Adib masih harapkan saya tapi saya akan tolong awak Zati, Adib kena sedar bahawa isteri dia lebih menyintai dia. Dia bukan cintakan saya Zati, dia hanya diburu rasa bersalah. Awak jangan risau ye. Saya sudah tiada perasaan kepada Adib. Awak tak ada salah pun dengan saya." ujar Norhana lembut.
" terima kasih Hana,boleh saya jadi kawan awak? " soal Izzati. Dia tak menyangka yang Norhana tidak membencinya. Dia sudah bersedia untuk dimaki. Patutlah Adib menyintai gadis didepannya.
" saya ingat kita dah kawan dari tadi." gurau Norhana mengundang tawa Izzati, hilang sedih diwajah ibu mengandung itu.
"awak tahu Zati, hikmah disebalik saya putus dengan Adib? Saya rasa lebih matang dalam berfikir. Saya lebih menghargai diri saya dan dekatkan diri kepada Sang kekasih yang satu. Tiada satu sesalan pun. Sebab kena yakin dengan hikmah disebalik apa yang berlaku" ujar Norhana tersenyum. Izzati mengangguk. Pelayan membawa makanan lalu mereka menjamu selera. Sambil itu mereka berkongsi cerita.

Mereka melangkah keluar dari restoran itu.
"awak datang dengan apa Zati?" soal Norhana.
" saya naik grab." balas Izzati menunduk. Adib tak memberi nya kereta kerana lelaki pernah cakap yang dia tak layak memilikki hartanya.
" nak saya hantar? Lagipun kejap lagi saya nak terus pergi site" pelawa Norhana.
" eh takpelah, lagipun saya dah biasa." tolak Izzati segan.
" takpe, kita kan kawan. Lagipun awak tu dah sarat. Risau pula. Tengok macam dah nak sampai due je" ujar Norhana.
Izzati tersenyum " aah, lagi seminggu due saya" balas izzati.
" kalau macam tu bagi saya hantar awak, bagi lokasi rumah awak." ujar Norhana lalu mempelawa Izzati masuk kereta. Izzati menurut permintaan Norhana dalam segan.
Saat Mazda Cx-5 diundur, Norhana perasan kerutan dimuka serta dahi Izzati yang berpeluh.
" Awak okay ke Zati? " tanya Norhana risau.
" Sakit.... " balas Izzati lalu mencengkam lengan Norhana.
Keadaan menjadi kalut. Norhana terus memecut keretanya ke hospital berdekatan.

Izzat disorong ke dalam wad bersalin. Jururawat meminta agar menelefon suami Izzati. Telefon bimbit Izzati ada bersamanya lalu dia mendail nombor Adib. Tidak berjawab. Dia mencuba lagi. Untuk kali kelima baru diangkat.
" U nak apa ni Zati. I busy la!" Adib menghamburkan marahnya. Norhana mengetap bibirnya.
"assalamualaikum..." ujar Norhana. Adib di sebelah sana terdiam.
"siapa ni?" soal Adib, dia seakan kenal suara itu.
"ini saya Hana, awak tolong datang KPJ ampang Puteri sekarang. Izzati dah nak bersalin. Saya tengah tunggu dia sekarang. Datang sekarang. Assalamualaikum" ujar Norhana lalu meletakkan telefon. Norhana sudah mesej Ray yang dia ada hal kecemasan dan minta Ray maklumkan kepada pihak tapak projek untuk menunda lawatan site.

15 minit berlalu, Adib sampai. Dia menghampiri Norhana yang sedang duduk di depan wad bersalin.
" Hana..." panggil Adib.
Norhana menoleh, dia berdiri lalu mencipta jarak saat Adib mendekatinya.
" pergi la masuk, Izzati dah nak bersalin" ujar Norhana. Adib masih tidak berganjak.
" Adib.. Tolong, masuk dan bantu isteri awak. Dia sedang berperang untuk lahirkan anak awak" nada Norhana sudah naik satu oktaf. Kebetulan seorang Jururawat keluar dan meminta Adib menemani Izzati sepanjang proses bersalin. Adib hanya mengekori Jururawat tersebut namun matanya tak lepas memandang Norhana.

2 jam berlalu akhirnya Izzati selamat melahirkan bayi lelaki yang comel. Saat dipindahkan ke wad, norhana menjenguh masuk dan saat itu dilihat Adib baru selesai azankan anaknya. Wajah Adib tidak setegang tadi dan dapat lihat Izzati baru lepas menangis. Mungkin terharu melihat Adib mengazankan anak mereka. Norhana tersenyum kepada Izzati. Adib juga tak lepas merenung Norhana.
"tahniah Zati dan Adib. Comey baby boy. Boleh saya tengok" pinta Norhana. Izzati menggangguk sambil tersenyum. Norhana menghampiri baby court, Adib masih tidak bergerak. Hanya memandang kelakuan Norhana.
" assalamualaikum baby boy.." bisik Norhana lalu mengendong bayi itu lalu mencium kedua belah pipi yang gebu itu. Adib masih dengan riak sama.
"terima kasih Hana, kalau awak tak ada, saya tak tahu la macam mana" ujar Izzati lembut.
"u guys dah lama kenal ke?" Adib mula bersuara.
" Baru je tadi.. Tu pun kebetulan dah jodoh kami agaknya. Kn Zati" balas Norhana tersenyum. Izzati dh menunduk kepala. Bimbang Adib akan melenting.
" Izzati, awak rehat la dulu. Tapi saya minta izin nak bercakap sekejap dengan Adib boleh?" pinta Norhana. Izzati mengangguk kepalanya.
"Adib, boleh kita bercakap sekejap dekat luar. Bagi Izzati berehat dulu" pinta Norhana. Adib mengekor Norhana keluar.

Mereka duduk di sudut hujung cafe di hospital itu.
" Ehem..." Adib tersedar dari lamunannya.
" apa awak rasa Adib?" soal Norhana.
"rasa? Maksud Hana?" soal Adib kembali.
"happy? Perasaan bangga dapat jadi seorang ayah" ujar Norhana tersenyum.
"bangga bila anak itu dari kita berdua Hana. Abang cintakan Hana" ujar Adib berani.
Norhana mengeluh.
"anak tu hadiah daripada Allah, awak kena bersyukur. Saya tahu awak sayangkan Izzati, tapi ego awak menidakkannya. Awak dah tak cintakan saya Adib tapi awak rasa bersalah. Adib, semua sudah ditakdirkan. Saya bukan jodoh awak. Awak dah tengok sendiri betapa peritnya Izzati lahirkn anak awak, darah daging awak. Buka mata buka hati untuk terima isteri awak. Mungkin dulu dia salah. Bagi la dia peluang dan bimbing la dia ke jalan diredhai Allah. Dulu awak juga pernah cakap yang awak akan bimbing isteri awak ke syurga" ujar Norhana.
"isteri yang abang harapkan tu Hana bukan perempuan lain" balas Adib selamba.
"saya bukan ditakdirkan untuk awak. Dari awak tengok anak awak tadi saya tahu awak dah jatuh sayang dengan anak awak. Cuba bagi peluang untuk terima cinta isteri awak. Kita tetap kawan Adib dunia akhirat. Terima cinta Izzati dan saya pasti awak akan bahagia. " ujar Norhana lembut.
Adib mula berfikir. Saat itu dia mula terbayangkan wajah isteri dan anaknya. Kesakitan Izzati yang dilihat dengan matanya sendiri. Dia serba salah. Adib meraup mukanya.
" saya balik dulu. Awak lepaskan perasaan bersalah itu dan cari kebahagiaan awak Adib. Assalamualaikum" ujar Norhana seraya berlalu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience