Bab 30

Romance Series 22388

2 tahun berlalu.....

"jauh termenung" tegur sang suami sambil memeluknya dari belakang. Norhana tersenyum, pemandangan yang memukau didepan mereka dihayati.
"Faliq dah tidur ke bang?" soal Norhana.
"dah sayang, kalau tak takde maknanya abang dapat peluk sayang macam ni" ujar Faiz Hakim lalu mengeratkan pelukannya. Anaknya Faliq amat manja dengannya berbanding isterinya, sehingga usianya 2 tahun sekarang jika dia ada bersama pasti anaknya ingin ditidurkan olehnya.
"terima kasih abang" ujar Norhana lalu mengubah kedudukannya menghadap suaminya.
" terima kasih kerana menyayangi Hana dan Faliq. Sentiasa ada untuk Hana, layan karenah Faliq dan Hana juha. Hana bertuah sangat dapat anugerah terindah dalam hidup Hana, iaitu abang" sambung Norhana lagi lalu memeluk erat suaminya.
"abang lagi bertuah dapat memilikki sayang dalam hidup abang. Sayang telah hadirkan cinta sejati dalam hidup abang. Hidup abang sudah cukup bermakna sayang. Tambah lagi sayang sanggup gadai nyawa lahirkan anak kita. Abang akan sentiasa melindungi sayang dan anak kita hingga hujung nyawa abang sayang" balas Faiz Hakim sambil mencium ubun ubun isterinya.
"sayang nak tahu tak macam mana abang nekad nak jadikan sayang isteri abang?" soal Faiz Hakim.
Norhana memandang tepat pada matanya sebagai isyarat menginginkan jawapan.
" sejak abang baca caption gambar sayang dekat IG, 'seindah hatimu yang memikat hatiku' abang mula mula tak faham, tapi ayat tu menjadi tanda tanya buat abang apa yang sayang nak. Akhirnya abang jumpa jawapannya dan abang minta papa pergi merisik dan abang terbang ke Khasmir cari sayang" luah Faiz Hakim. Norhana terharu mendengar luahan hati suaminya. Tidak menyangka Faiz Hakim memahami maksud yang tersirat disebalik ayatnya itu.
"Alhamdulillah Allah izinkan abang memilikki sayang. Dan Hari ni abang dapat tunaikan wishlist sayang selepas ke Mekkah, sayang nak datang iceland kan" ujar Faiz Hakim. Norhana tak dapat menahan air matanya. Beberapa bulan lepas suaminya membawa dia dan anaknya mengerjakan umrah dan sekarang mereka berada dibumi Iceland. Dia tak menyangka suaminya masih mengingati impiannya dulu.
"terima kasih abang. Hana cintakan abang sangat sangat. Impian Hana lebih bermakna bila dapat bersama abang, Faliq dan..." Norhana menarik tangan suaminya ke perutnya.
"bakal adik Faliq..." ujar Norhana tersenyum bahagia.
Faiz Hakim terkejut dengan perkhabaran itu.
" Alhamdulillah sayang... Terima kasih sayang" ujar Faiz Hakim memeluk erat isterinya.
"i love u sayang" bisik Faiz Hakim
"i love u too abang kerana seindah hatimu memikat hatiku" balas Norhana.
Mereka menikmati pemandangan nan indah. Seindah cinta yang subur di hati mereka.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience