BAB 11

Romance Series 22361

Para pekerja sibuk berkumpul di hadapan syarikat. Hari ini mereka akan pergi ke Terengganu seterusnya ke Pulau Redang sempena family day yang diadakan di situ. Dua biji bas sudah sedia menunggu. Norhana mengenakan jean skinny biru gelap, tshirt longgar putih dipadankan dengan kardigan labuh hitam bercorak flora. Dia hanya melilit ringkas selendang berwarna hitam. Dia membawa luggage kecil serta beg galas. Alia datang menghampirinya,
"Wow sis, macam model muslimah je tengok dari jauh. Mati mati ingat syarikat jemput model. Eh! Tapi kau memang instafamous pun kan" ujar Alia.
"banyak instafamous la model muslimah la. Amboi makcik, ni nak pergi sebulan ke?" soal Norhana terkejut. Alia mengenakan dress labuh bercorak bunga bunga dipadankan dengan tudung bawal rona yang sama, siap bertopi pantai di kepala. Disebelahnya ada bagasi separas pinggangnya. Dah macam pindah rumah tengok saiz begnya.
" mestilah cik kak. 4 hari kot, lama tu. Takkan nak bawak 3 helai baju je. Nak mandi laut lagi, nak OOTD lagi." jawab Alia selamba. Norhana terhibur dengan kawan rapatnya itu. Tiba- tiba Alia mencuit lengannya.
" Hana... Tuh tuh.. Tengok putera charming kita dah sampai. Helokk noks" ujar Alia teruja. Norhana mengalih pandangan ke arah yang ditunjuk Alia. Nampal kelibat Faiz Hakim yang baru keluar dari keretanya. Lelaki itu mengenakan tshirt putih bertulis Levi's dipadankan dengan jean biru gelap dan mengenakan sneakers converse putih. Di hidung mancungnya tergantung cermin mata hitam Rayban. Melengkapkan lagi ketampanannya. Semua staff wanita tak lepas pandang ke arahnya.
" macam sedondon pulak korang berdua ni. Ke dah janji?" usik Alia. Norhana mengecil matanya ke Alia.
" banyak la kau punya janji, macam la aku duk sebelah rumah encik Faiz nak berjanji. Apa kau ingat pagi tadi aku pegi ketuk pintu rumah dia ke suruh pakai baju sama" omel Norhana.
" eleleh... Sekarang zaman canggih cik kak oi.. Telefon kan ada. Tapi, siapa pula dekat sebelah dia tu" soal Alia kembali. Norhana mengalihkan kembali mata ke arah Faiz Hakim. Seorang wanita cantik berdiri di sebelahnya. Memakai dress pantai pendek sampai lutut tanpa lengan, bercermin mata hitam. Tangannya memaut lengan Faiz Hakim. Lelaki itu hanya merelakan saja. Dia sedang berbual bersama beberapa HOD yang lain.

"tak tahu pulak encik Faiz ada girlfriend." ujar Alia.
" dahlah, tak payah masuk campur la urusan dia. Ni sekarang ni, siapa nak angkat beg kau nanti?" soal Norhana sambil melihat beg kawannya itu.
" Tuuu.... Khadam terhormat kita kan ada" ujar Alia sambil menunjuk kepada Helmi, rakan sekerja mereka. Helmi memang menaruh hati terhadap Alia. Cuma kawannya itu saja yang jual mahal.
" ada ada saja la kau nak mengenakan dia kan" ujar Norhana.
" kata suka aku, kena la buktikan" balas Alia selamba.
Faiz Hakim datang menghampiri mereka berdua.
" excited tak nak pergi bercuti?" soal Faiz Hakim kepada mereka berdua.
" of course la encik, bukan senang nak pergi bercuti ni. Tak sabar saya" ujar Alia teruja. Norhana tersenyum melihat gelagat kawannya itu. Faiz Hakim mengalihkan pandangan kepadanya. Ralit melihat penampilan Norhana yang simple tapi bergaya. Sedondon pula mereka hari ni.
" awak Hana macam mana? Yela, pernah bercuti dalam Malaysia ke sebelum ni?" soal Faiz Hakim.
"pernah pergi ke Pulau Langkawi je sebelum ni. Ni pertama kali saya ke Redang." ujar Norhana.
" patut la dekat iG kau banyak gambar oversea je. Memang jarang balik Malaysia ke dulu." soal Alia pelik. Makcik ni pun, kot ye nak tanya soalan tunggu la dulu. Memang dia sudah mengaktifkan kembali laman sosial dia cuma semua gambar tak bertudung telah dipadam. Di IG nya juga banya gambar melancongnya, sekadar untuk jadikan panduan bagi sesiapa yang ingin melancong.
" Dulu balik Malaysia 2 kali setahun je. Masa raya sahaja. Tu pun kalau dapat balik" jawab Norhana.
"ehemmm" suara wanita di sebelah Faiz Hakim berdehem.
" oh ya, kenalkan ni sepupu saya, Sabrina. Ini staff saya, Hana dan Alia" Faiz memperkenalkan mereka berdua.
" Sabrina Dato jalil" ujar Sabrina sombong. Salam Alia dan Hana juga disambut hujung. Alia mencebikkan mukanya. Sombong nak mampus. Desis hatinya. Norhana tersenyum nipis.

Sepanjang perjalanan dia memerhati keluar tingkap. Alia di sebelahnya sedang enak dibuai mimpi sampai terlentok di bahunya. Suasana sunyi didalam bas memandang masing masing tidur hanya dia saja tidak boleh melelapkan mata. Tanpa disedari ada mata memerhatikannya.
Faiz Hakim di kerusi sebaris dengannya ralit memerhati wajah ayu yang sedang termenung itu. Ramai terkejut saat dia naik ke dalam bas. Papanya serta ahli keluarga yang lain termasuk Sabrina mengambil penerbangan terus ke Kuala Terengganu cuma dia saja sengaja tidak menempah tiket kapal terbang kerana ingin menaiki bas. Mahu merasai sendiri pengalaman seperti staffnya yang lain.

Akhirnya setelah perjalanan 7 jam, mereka sampai di jeti. Perjalanan bot pula mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke pulau. Masing masing sibuk memakai jaket keselamatan. Hari sudah petang. Mereka menaiki bot dan secara kebetulan Faiz Hakim duduk di sebelah Norhana. Bot laju meluncur membelah laut. Masing masing tidak melepaskan peluang merakam gambar kecuali Norhana, dengan kelajuan bot tu membuatkan dia takut. Dia hanya diam. Faiz Hakim perasan akan kelakuan Norhana.
" taknak ambil gambar ke?" soal Faiz Hakim sambil menundukkan kepalanya agar norhana dapat mendengar . Norhana hanya menggelengkan kepala tanda jawapan.
" encik Faiz, Hana tengok sini!" laung Alia. Saat mereka berdua menoleh Alia pantas mengambil gambar mereka berdua. Selepas itu Norhana hanya diam sehingga sampai ke pulau.

Selesai membahagikan bilik masing masing, mereka beredar. Norhana sebilik dengan Alia. Jam menunjukkan pukul6 petang. Norhana merebahkan badannya ke atas katil. Penat naik bas bercampur naik bot.
" ishh kau ni, takkan nak tidur kot. Jom la jalan jalan tepi pantai. Laut biru tu. Tak sabar aku nak selfie" ujar Alia. Norhana memandang kawannya itu. Hyper betol la budak ni, tak reti letih ke? Desis hatinya.
" jom la Hana" ajak Alia sambil menarik tangannya untuk bangun.
" okay okay. Tapi bagi aku mandi dulu segarkan diri dan solat." ujar Norhana, Alia sudah tersengih gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience