BAB 16

Romance Series 22388

" 2 minggu??" soal Encik Khairul.
Norhana mengangguk. Lelaki di depannya itu memandang skrin komputernya bersilih ganti.
" memang betul la dalam sistem ni awak apply cuti 2 minggu?" soal Encik Khairul sekali lagi. Norhana mengangguk kepalanya sekali lagi.
" Awak nak pergi mana lama macam ni? Kahwin ke?" soal Encik Khairul lagi.
" kalau saya nak kahwin, saya dah bagi kad jemputan dekat encik" gurau Norhana.
" saya nak bercuti. Lagipun projek di Melawati tu dah hampir siap. Elok la lepas 2 minggu saya bercuti, saya balek pantau projek itu lagi sekali." ujar Norhana. Encik Khairul mengangguk bersetuju.
" Baiklah, saya luluskan. Nanti saya akan suruh staf lain akan cover kerja awak sementara awak bercuti.
" Terima kasih encik Khairul" ujar Norhana lalu keluar dari bilik itu.

Faiz Hakim seakan mencari sesuatu. Dia mengintai ke arah bilik Norhana. Sudah beberapa hari dia tidak nampak. Aihh rindu ke Faiz oi. Dia menggeleng kepalanya.
" Eh encik Faiz buat apa dekat sini?" soal Alia hairan. Apa kena bosnya itu. Tadi duk intai bilik Hana, tetiba geleng kepala pulak.
" hah? Takde pape. Saja je" ujar Faiz Hakim mengawal riak wajahnya. Kantoi la pula.
" encik cari Hana ke?" duga Alia.
" hah? Takde la. Saja lalu sini, nak jumpa Khairul sebenarnya tapi perasan bilik Hana gelap. Tu yang intai" jawab Faiz Hakim tenang.
Alia tersenyum. Eleh, cakap la bos rindu. Desis hatinya.
" Hana tak ada la encik. Dia kan cuti 2 minggu" jawab Alia.
" 2 minggu?" soal Faiz Hakim. Alia mengangguk. Dia tahu pun sebab Norhana ada beritahunya sebelum bercuti.
" yup. Habiskan cuti tahun, dia kan tak pernah ambil cuti sejak kerja. Tu yang cuti panjang" jawab Alia.
" Ooo... Dia pergi mana?" soal Faiz Hakim. Dia tahu Alia satu satunya yang paling rapat dengan Hana.
" Khasmir" jawab Alia pendek.
" Khasmir??" Soal Faiz Hakim terkejut.
" encik tak tengok Instagram dia ke? Hana ada update gambar dekat sana. Cantik encik Faiz, rugi pula saya tak ikut. Hana ada ajak saya tapi cuti saya tak cukup. Eh! Saya pergi dulu encik Faiz, lupa pula saya nak bagi fail ni dekat finance." ujar Alia lalu meninggalkan bosnya disitu.
Khasmir?? Desis Faiz Hakim lalu membuka laman Instagramnya lalu membuat carian. Terpampan gambar Norhana tersenyum memandang kamera. Dibelakangnya berlatarbelakangkan gunung dan lokasi di tag Sonarmag Khasmir. Dia scroll lagi dan dia melihat satu gambar Norhana membelakangi kamera. Dia memakai dress tebal berwarna coklat, bertudung warna ungu serta memegang bunga warna sedodon dengan tudungnya. Faiz Hakim membaca caption.

Seindah hatimu yang akan mencuri hatiku..

Faiz Hakim tersenyum.
" Hello Maria, tempah tiket untuk saya ke Khasmir" ujar Faiz Hakim lalu memutuskan talian. Selepas itu dia mendail nombor seseorang.
" Hello pa, Faiz nak minta tolong boleh?".

Norhana dan Haziq berjalan menyusuri jalan sekitar Sonarmag. Keindahan yang sangat memukau itu menjadi sebab kenapa Norhana memilih Khasmir destinasi percutiannya. Patutlah digelar paradise on earth, keindahan landskap membuat sesiapa saja akan terpegun. Haziq pula dijadikan teman. Dulu abangnya, Hariss yang akan menjadi teman pergembaraannya namun dia sudah berkahwin. Ayahnya tidak akan membenarkan dia travel jika tiada teman. Haziq dengan kameranya mula mengambil beberapa gambar. Norhana pula merenung jauh ke tengah tasik didepannya.
" worth it to be call paradise on earth right?" tegur satu suara garau.
Norhana seakan kenal akan suara tu tapi takkan la di negara asing ni dia ada. Desis hati Norhana. Namun kerana ingin tahu yang tinggi membuatkan dia menoleh ke tepi dan saat itu dia seperti bermimpi. Faiz Hakim di bumi Khasmir?? Norhana mengerdipkan matanya beberapa kali. Faiz Hakim tergelak.
" kenapa macam tengok hantu?" soal Faiz Hakim tersenyum. Matanya tetap menghayati keindahan di depannya.
" encik Faiz buat apa disini??" Soal Norhana hairan. Riak wajahnya masih menunjukkan dia terkejut apabila melihat bosnya di sebelahnya.
" what a small world. Tak sangka kan kita dapat berjumpa disini. Awak ingat awak je yang bercuti. Saya pun bercuti juga." dan dalam misi memikat hati awak Hana. Namun ayat terakhir itu hanya terluah didalam hatinya sahaja.
" tak sangka saya dapat jumpa encik disini. How many days have u been here? Datang sorang je ke? " Soal Norhana teruja. Tak sangka betul dia.
" baru 3 hari dan tak sangka awak datang sini. Aah datang sorang, saja nak rehat" ujar Faiz Hakim. Sehabis mungkin dia cuba untuk tidak nampak dia berbohong. Sebenarnya 3 hari dia menjejak Norhana dan akhirnya hari ni dia jumpa. Haziq datang menghampiri.
" kenalkan ni adik saya Haziq. Ni bos akak, encik Faiz Hakim" ujar Norhana kepada adiknya. Haziq senyum lalu menyambut huluran salam Faiz Hakim.
" so, dah berapa hari dekat sini?" Faiz Hakim buat buat tanya sedangkan dia tau sudah hampir seminggu Norhana disitu.
" almost a week. Besok kami nak ke Pahalgam pula." jawab Norhana. Haziq hanya menjadi pendengar dari tadi menyampuk.
" Alang alang abang Faiz ada sekali jom la pergi sekali. Lagi ramai lagi best"
Faiz Hakim tersenyum. Pucuk di cita ulam mendatang.
" hemm boleh juga. Abang pun bosan sesorang je. Ada geng syok sikit" tambah Faiz Hakim. Norhana tersenyum.

Mereka berjalan disekitar situ dan kadang kadang Haziq mengambil gambar mereka bertiga. Haziq melihat kakaknya dan Faiz Hakim berbual dan saat itu dia mengangkat kamera canonnya lalu mengambil gambar kandid pasangan di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience