"Hana!!"
Norhana melajukan langkahnya. Adib Kamal masih mengejarnya. Norhana menghampiri keretanya dan saat membuka pintu, Adib sempat menahan
"Hana please..." rayu Adib perlahan.
"encik Adib nak apa ni? Kalau ada perkara yang encik nak bincang encik boleh bincang dengan Ray, saya kena balik office sekarang" ujar Norhana. Nasib baik Ray masih di dalam. Kalau dia nampak ni entah apa yang difikirkannya.
"kenapa Hana macam nak lari daripada abang? Abang mesej tak pernah nak reply, call tak pernah nak angkat. Hana dah tak pakai nombor lama dah ke? " ujar Adib. Dengan panas terik, datang pula masalah satu ni. Dia memicit kepalanya yang dah mula berdenyut.
" macam ni la encik, sekarang kita tengah kerja. Dan saya tak gunakan telefon syarikat untuk kegunaan peribadi." balas Norhana malas. Dari jauh dia melihat Ray datanv menghampiri mereka. Dia cuba mengawal riak mukanya.
"abang rindukan Hana, abang menyesal tinggalkan Hana" bisik Adib perlahan. Norhana terkedu. Namun tidak semudah itu dia percaya. Tiba tiba muncul idea.
"Ray, awak boleh tolong bincang dengan encik Adib tak tentang masalah tingkat 8...saya kena balik office dulu" ujar Norhana. Nampak Ray mengangguk, terus dia meloloskan diri kedalam kereta dan memecut meninggalkan tapak projek.
Dia menghenyakkan tubuh ke kerusi. Sakit kepala makin menggila. Tak pernah lagi dia mengalami migrain. Dia meletakkan kepala ke meja, dialas dengan lengannya. Jam ditangan menunjukkan pukul 1.00 tengahari. Untuk keluar lunch pun dia tak larat. Biarlah dia berehat sekejap untuk hilangkan sakit. Saat hampir terlena, Pintu biliknya dibuka. Alia menjengah ke dalam
"Hana, jom keluar lunch?" ajak Alia.
" kau pergi la, aku nak rehat dekat office je" ujar Norhana sambil mata terpejam.
"kau okay tak ni? Nak pergi klinik ke?" soal Alia risau.
" aku okay, cuma nak rehat je" balas Norhana
"betul ni?"
" betul..."
"okay la, nanti aku belikan makanan untuk kau" ujar Alia lalu berlalu. Norhana terlena dimeja kerjanya.
Bunyi pintu ditutup menyedarkan Norhana. Dia mengosok matanya lalu melihat jam di tangan. Pukul1. 50 tengahari! Dia masih belum menunaikan zohor. Saat ingin bangun, dia terpandang bungkusan nasi serta ubat di atas mejanya. Disitu juga tertampal sekeping nota.
ISI PERUT DULU DAN JANGAN LUPA MAKAN UBAT
Norhana tersenyum. Tak lain tak bukan mesti kerja Alia. Dia menjamah nasi goreng. Sememangnya perutnya sangat lapar. Dari pagi tak sempat nak makan kerana terkejar ke site.
Selesai solat, dia terus melangkah ke meja Alia. Namun ketika sampai, Alia tiada ditempatnya.
"haaa... Apa intai intai.. Nak curi ke?" sergah Alia dari belakang.
" kalau nak curi, dah lama da.."
"hahaha...hah... Ni kenapa mencemar duli ke meja aku? Ada hutang ke?" usik Alia.
"ada hutang la, berapa nasi goreng dengan ubat tadi?" soal Norhana sambil mengeluarkan not 20.
"Ada aku cakap ke yang aku belikan kau nasi goreng?" soal Alia sambil simpan senyum.
"bukan ke kau yang letak makanan atas meja aku?" soal Norhana hairan.
"kau tak sedar lagsug ke siapa yang letak makanan?" Norhana menggeleng kepala. Sah! Memang tidur mati budak ni.
"bukan aku la yang belikan makanan untuk kau tapi encik Faiz. Tadi aku terserempak dengan dia mase dekat kafe tadi. Dia tanya mana kau, aku cakap la kau tak sihat dan tengah rehat dalam bilik. Lepas tu dia yang belikan makanan untuk kau. Tadi pun encik Faiz sendiri yang hantar makanan kau" ujar Alia lagi.
" bertuah kau Hana, encik Faiz belikan, siap hantar lagi ke office kau. Entah entah encik Faiz syok kat kau kot" usik Alia.
"ishh kau ni, ke situ pulak" balas Norhana.
"takpela, aku masuk office aku dulu." ujar Norhana seraya berlalu.
~ terima kasih encik belikan makanan dan ubat untuk saya. Berapa semua ye?~
Faiz Hakim tersenyum apabila membaca mesej itu.
~ sama sama. Saya belanja. Dah makan ubat ke? ~
~ Segan la saya macam ni encik. Saya betul betul nak bayar ni encik~
~ kalau betul betul nak bayar, apa kata belanja saya dinner~
Faiz tersengih. Jangan la dia ni lirus bendul ingat aku betul- betul minta dia belanja. Desis Faiz Hakim.
~ Baiklah, petang ni saya belanja encik~
Faiz Hakin menepuk dahinya. Baru je cakap. Dia mengeleng kepalanya. Namun ada senyuman gembira menghiasi wajahnya.
.
.
.
.
" ya Yah, baiklah, terima kasih ayah. Assalamualaikum" Norhana memutuskan panggilan.
"sorry, ayah call" ujar Norhana sambil membetulkan duduknya.
" kalau keluar memang selalu beritahu ayah awak ke? Soal Faiz Hakim
Norhana menggangguk.
" tapi tidak semua benda saya bagitau ayah, cuma macam sekarang saya keluar makan dengan encik, saya wajib beritahu ayah saya sebab encik bukan mahram saya. Saya ni masih dibawah tanggungjawab ayah, lainkan la kalau saya dah kahwin. Itu of course la suami yang menjadi keutamaan.selagi saya belum berpunya, maka, Ayah la yang bertanggungjawab. Dari dapat dosa free baik cakap. "
" bertuah kalau siapa dapat jadi suami awak" ujar Faiz Hakim. Tak puas memandang wajah cantik di depannya. Air muka sentiasa tenang namun kadang kadang kosong.
"lagi bertuah jika dapat pasangan yang melengkapi satu sama lain. Dalam berpasangan, kita tak boleh selfish. Mencari yang sempurna sedangkan mana ada manusia sempurna. Pasangan yang baik adalah yang dapat menerima baik buruk kita. Bukan mengejar kesempurnaan. Tunjang utama sebuah keluarga adalah bertolak ansur dan menerima kekurangan masing. " ujar Norhana lagi. Faiz Hakim masih memfokuskan setiap bait katanya.
" saya hampir berkahwin, namun disaat akhir ditinggalkan tunang. Pada mulanya saya kecewa sangat. Tertanya kenapa perlu saya yang hadapi dugaan ini. Saya terlalu ikutkan hati, saya meratapi kesedihan itu. Namun saya tak tahu sesungguhnya perancangan Allah adalah terbaik, dia curang saat kami belum berkahwin. Bayangkan kalau dah kahwin, lagi la saya merana. Dia hancurkan janji dan kesetiaan yang diberikannya. Dan saya bersyukur kerana itu mengajar saya untuk lebih matang dan mencari cinta." ujar Norhana panjang. Terpegun Faiz mendengar luahan hati gadis di depannya.
" kita macam hadapi nasib yang sama. Tapi setiap yang berlaku itu adalah perjalanan hidup kita. Saya dulu pun kecewa, bercinta bagai nak rak sekali kena tinggal. Tu sampai sekarang serik nak bercinta" ujar Faiz lalu tersenyum.
"maaf sebab encik terpaksa dengar saya membebel" ujar Norhana tersenyum malu.
Faiz Hakim ketawa. " Awak memang patut selalu tersenyum sebab senyuman awak boleh buat orang gembira" ujar Faiz Hakim ikhlas. Entah kenapa ayat itu yang keluar dari mulutnya. Mereka menikmati makan malam itu dan berkongsi cerita kerja serta isu semasa.
Mereka berjalan ke kereta masing masing.
" Saya segan dengan encik Faiz. Saya ikhlas nak belanja encik" ujar Norhana. Teringat kejadian tadi, laju saja Faiz Hakim membayar bil makan mereka berdua.
"Saya pun ikhlas nak bayar tadi. Lagipun saya yang ajak awak dinner. Lunch tadi pun saya ikhlas juga. Kalau sakit, cepat cepat pergi klinik bukan peram sakit dalam bilik. Risau saya tengok awak tidur tak sedar tadi" dalam tak sedar Faiz Hakim meluahkan kerisauannya. Norhana tak dapat melawan renungan mata bosnya itu lalu melarikan mata.
" Hati hati drive" ujar Faiz Hakim. Norhana mengangguk
"encik pun sama" balas Norhana. Mereka meninggalkan restoran itu dengan kereta masing masing. Tanpa mereka sedari ada mata yang memerhati. Dia menghentak tangan ke stereng.
Share this novel