BAB 26

Romance Series 22388

Pintu biliknya dibuka rakus. Dia menoleh, Sabrina masuk dengan gaya bersahaja.
"Hai Hana, im back" ujar Sabrina lagak. Norhana tenang memandang sepupu suaminya itu.
" hai Sabrina, apa khabar?" soal Norhana senyum. Sebolehnya dia tidak mahu membuat kecoh. Pandai wanita ini datang, ketika suaminya tiada di office.
" aku bukan datang nak tanya khabar ke apa, dah 6 bulan kan kau kahwin dengan Faiz. Aku rasa cukup la peluang untuk kau bahagia Hana, kau dah rampas hak aku. Sekarang aku nak ambil balik yang sepatutnya menjadi hak aku!" balas Sabrina.
"hak apa ni Sabrina? Saya tak pernah rampas apa apa pun dari awak." ujar Norhana pula. Nasib baik la di dalam bilik. Kalau staff lain dengar kecoh nanti.
"eh tak payah nak berawak saya la. Faiz hak aku tahu tak!! Kau tak pelik ke kenapa Faiz asyik busy sekarang ni? Kau yakin itu sebab kerja je? Kau percayakan dia." soal Sabrina mencucuk. Norhana berubah riak, memang Faiz busy dan semakin busy namun dia tak menyangka Sabrina pun tahu. Nampak Norhana mula resah, dia senyum sinis.
" Hana, hana... Lurus betul kau ni kan. Senang senang Faiz perbodohkan kau yer. Nah!! " Sabrina mencampakkan beberapa keping gambar. Norhana melihat gambar itu. Gambar Sabrina dan Faiz Hakim bersama. Ketawa. Gambar mereka piknik? Norhana terdiam. Menahan air mata dari gugur.
" aku dah janji Hana, aku akan kembali" bisik Sabrina lalu keluar dari bilik itu. Norhana menyembam mukanya ke meja, air mata tidak dapat ditahan lagi. Tapi kenapa? Sampai hati abang buat Hana macam ni, abang cakap abang sayang Hana. Rintih hatinya

Faiz Hakim duduk melepaskan lelahnya di sofa, dia terus balik kerana Norhana mesej agar tak menjemputnya kerana dia balik sendiri. Saat melangkah masuk, tiada Hana untuk menyambutnya. Isterinya juga tidak kelihatan dari tadi. Dia bangun mencari Norhana, tiada. Dia menekan telefon lalu nombir isterinya di dail.
" assalamualaikum sayang dekat mana?"
"waalaikumusalam, Hana balik lambat sikit. Ada hal, Hana minta maaf tak dapat sediakan makan malam"
" takpelah kalau macam tu, jangan balik lewat sangat. Abang tak boleh tidur kalau sayang tak ada" usik Faiz Hakim.
"ok, assalamualaikum" talian diputuskan.
Faiz Hakim memandang telefonnya pelik. Kenapa dengan isterinya. Dia menjungkit bahunya, lalu berlalu untuk membersihkan diri.

Norhana duduk termenung di depan tasik. Mencari kekuatan dan ketenangan sebelum berdepan dengan suaminya. Dia mengeluh, usia perkahwinan yang masih baru namun diuji. Perlukah dia tanya kepada Faiz Hakim sendiri? Dia pening memikirkannya lalu dia berlalu untuk pulang.

Norhana meletakkan air kopi ke atas meja,
"ter..." tak sempat Faiz Hakim berkata, Norhana sudah berlalu ke dapur. Dia hanya melihat kelibat isterinya hilang.
Norhana mengelap pinggan dan saat itu ada tangan melingkari pinggangnya. Dari bau wangian dia tahu semetelah hanya mereka berdua sahaja di rumah itu.
" sayang ada masalah ke? Taknak kongsi dengan abang? " soal Faiz Hakim.
" tak ada..." balas Norhana, tangannya masih ligat mengelap pinggan mangkuk. Faiz mengambil pinggan dan kain lalu meletaknya di meja, dia menarik tubuh isterinya agar menghadap.
" abang tahu sayang ada masalah, jom" Faiz menarik Norhana agar duduk di ruang tamu.
" okay, sekarang sayang bagitahu abang, abang ada buat salah ke?" soal Faiz Hakim. Norhana merenung mata suaminya.
" abang ada sorokkan sesuatu ke dari Hana?" soal Norhana mencari kejujuran dalam mata suaminya.
" maksud sayang?" soal Faiz Hakim kembali.
" abang please, Hana taknak fikir bukan bukan, Hana taknak perkara ni buat kita bergaduh" ujar Norhana lagi.
"abang selalu jumpa Sabrina ke?" soal Norhana, dia sudah tidak mampu menahan perasaan lagi. Faiz Hakim terpana.
" macam mana sayang tahu?" soal Faiz Hakim terkejut, riak wajahnya resah. Norhana menjarakkan dirinya, kecewa kerana suaminya seakan mengiakan.
" Hana dah lama tahu tapi Hana taknak fikir yang bukan bukan, Hana nak dengar dari mulut abang sendiri tapi abang tak pernah nak beritahu Hana. Masa Hana keluar beli hadiah untuk mama ayah, Hana nampak abang dengan Sabrina. Abang memang ada hubungan dengan Sabrina ke? " soal Norhana sayu. Faiz Hakim cuba mencapai tangan isterinya namun pantas Norhana mengelak.
" abang tak ada hubungan pun dengan Rina, kami kan sepupu, yes abang mengaku abang banyak berjumpa dia, tapi atas permintaan dia, tapi percaya la sayang abang tak ada hubungan cuma abang tak boleh beritahu kenapa abang selalu jumpa dia, ini janji abang dengannya" ujar Faiz Hakim. Norhana kecewa.
" abang selalu balik lambat sebab abang jumpa diakan. Kadang kadang Hana terfikir, cinta abang untuk Hana atau dia. Hana rasa tertipu bang, Hana rasa Hana dipermainkan oleh suami Hana sendiri." ujar Norhana lalu meletakkan gambar yang disorok di dalam laci di tepi sofa. Dia bangun meninggalkan suaminya. Faiz Hakim terkejut saat melihat gambar gambarnya dengan Sabrina. Apa semua ni??

Pagi pagi lagi Norhana meninggalkan rumah, semalam dia menguncikan dirinya di bilik tetamu. Dia mengambil cuti kecemasan. Dia masih kecewa dan tidak mampu untuk memandang wajah suaminya. Bagi la masa untuk dia menenangkan dirinya.

Faiz Hakim buntu, pagi tadi dia cuba untuk berterus terang namun isterinya sudah tiada. Pintu diketuk, Adib masuk tersenyum, namun riak wajah Faiz Hakim yang resah itu menarik minatnya.
" kenapa ni bro, macam hilang bini je"
" memang aku hilang bini pun"
" Hana hilang?" soal Adib terkejut.
" bro, Hana kalau merajuk dia pergi mana?" soal Faiz Hakim memandangkan Adib pernah bercinta dengan Hana, mana tau dia boleh mendapatkan maklumat sedikit. Cemburu? Tak, dia tak pernah cemburukan Adib walaupun lelaki itu pernah menjadi kekasih isterinya kerana sekarang Hana menjadi miliknya dan Adib juga sudah bahagia bersama Izzati.
"Western spring..." ujar Adib.
"kau biar biar betul, takkan la sampai ke Auckland" ujar Faiz hakim terkejut. Adib ketawa. Alahai Faiz, kau baru tahu penangan seorang Norhana.
" bro, dulu aku bercinta dengan dia dekat sana, memang la dekat situ je tempat dia pergi kalau merajuk. Benda dah bertahun bro. Cuma aku nak bagitau kau yang Hana tu jenis lembut dan manja, dan dia juga sangat sensitif. Hana yang kau tengok ditempat kerja lain dengan dirumah. Kau pun dah hampir setahun kahwin kan, aku rasa kau pun lagi faham Hana tu. Cuma bila dia merajuk, dia akan menyendiri. Untuk tenangkan fikiran dia. Jangan risau la nanti dia balik la tu" ujar Adib. Faiz mengeluh lemah.
" silap aku bro," ujar Faiz Hakim.
" hati wanita ni lembut Faiz, kau pujuk la dia, jangan kecewakan dia macam aku buat dulu. Apa pun masalah korang, bincang elok elok, jangan ada rahsia kerana itu akan jadi racun dalam rumahtangga kau. Lagi satu, kau ad buka iG ke? " soal Adib.
"dah lama aku tak tengok, sejak busy ni. Kenapa?" soal Faiz Hakim.
Adib membuka laman Instagram lalu menunjukkan kepada Faiz,
" aku rasa Hana mungkin dah tengok"
"apa semua ni? Ya Allah apa masalah Sabrina ni" ujar Faiz Hakim terkejut. Posting gambar di instagram milik Sabrina penuh gambar mereka berdua.
'my boo', cinta hati dan banyak lagi caption romantik seakan mereka bercinta.
Dia menghentak mejanya.
" aku percayakan dia Adib, aku selalu jumpa dia sebab dia cakap dia sakit dan dia nak ada momen indah dengan aku sebagai sepupu dia yang paling rapat tapi situasi tak sama dengan apa yang ditunjuk ni. Aku tak bercinta dengan dia. Aku just teman dia pergi hospital. " ujar Faiz Hakim lemah.
" dan kau percaya cakap dia? Kau masuk sendiri ke dalam bilik doktor tu? Bro, tu sepupu kau tapi jangan sampai isteri kau ketepikan. Kau beri perhatian lebih kepada Sabrina dari Hana? Dulu, masa di Redang kau ingat tak masa aku hilang kawalan terhadap Hana, kau datang selamatkan dia. Sabrina yang hasut aku bro, dia racun aku hingga aku pernah terniat nak rogol Hana malam tu tapi kau datang sebelum benda tu terjadi. Sabrina tu suka kat kau. Bila kau kahwin dengan Hana, dia lagi marah. Sebab itu dia cuba rampas kau dari Hana" ujar Adib lagi. Dia sendiri berbual dengan Alia dan Alia juga dapat mengesan niat jahat Sabrina.
Faiz Hakim pening kepala. Sayang, mana sayang pergi??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience