BAB 10

Romance Series 22361

Hari minggu hari paling ditunggu semua orang. Semua ahli keluarga Encik Hashim berkumpul. Sejak dia bersara, masa dengan keluarga dimanfaatkan sepenuhnya. Norhana dan Norhatia turut sama membantu puan Julia dan Mak Yan sedang membersihkan mini kebun emaknya. Banyak tanaman segar, memang mamanya itu suka menanam sayuran dan juga bunga. Laman depan rumahnya saja penuh dengan bunga bungaan yang cantik. Hariss serta Haziq pula sedang membersihkan kolam renang di depan bersama ayahnya. Kak Mawar yang sudah sarat hanya dibenarkan jadi pemerhati sahaja.
"Yan, tomato ni dah boleh ambil, bendi pun dah besar. Boleh la kita masak asam pedas hari ni" ujar Puan Julia. Mak Yan mengangguk lalu memetik sayur sayur tersebut. Mak Yan sudah berkidmat dengan keluarga kami hampir 30 tahun. Kami sudah anggap seperti keluarga sendiri. Mak Yan yang berasal dari Indonesia itu tinggal sebatang kara dan sudah menetap hampir 35 tahun di Malaysia. Selama kami di New Zealand, Mak Yan berkidmat untuk arwah nenek dan selepas arwah nenek meninggal, Mak yan la yang menjaga rumah ini sehingga la keluarganya pulang ke Malaysia. Atas Usaha ayah, akhirnya Mak Yan di beri status penduduk tetap oleh kerajaan.

Selesai bergotong royong. Mereka bersama memasak untuk makan tengah hari. Itu lah aktiviti keluarga mereka jika tiada urusan luar.
"uishh sedapnya bau. Mama masak apa hari ni? Hariss dah tak sabar nak makan ni" ujar Hariss lalu menarik kerusi di sebelah isterinya. Dimeja terhidang asam pedas ikan pari, kangkung belacan, ikan goreng, serta ulam ulaman dan sambal belacan. Norhana membawa sejug air sejuk lalu letak di atas meja.
" Hari ni beta yang masak." ujar Norhana bangga.
"Kalau tuan puteri yang masak alamatnya patik kena check in hospital la" usik Hariss.
"Ayah... Tengok abang ni" adu Norhana kepada encik Hashim. Sesungguhnya Norhana yang paling manja dengannya berbanding dengan yang lain kalah anak bongsunya, Atia.
" Dah dah depan rezeki tak elok bergaduh. Haziq, baca doa" Arah encik Hashim. Haziq membaca doa lalu mereka sekeluarga menikmati sajian tengah hari mereka.

Encik Hashim duduk sebelah Norhana, buaian besi dilaman rumahnya itu diayun perlahan. Norhana tersenyum melihat ayahnya. Jarang ayahnya nak duduk di buaian itu, alasannya takut pening.
" Hana macam mana?" Soal Encik Hashim.
" okay je ayah" jawab Norhana ringkas.
"Adib ada cari Hana ke?" soal Encik Hashim lagi.
"hurmm... Sebenarnya ada sesuatu yang Hana nak ceritakan dengan ayah" ujar Norhana perlahan.
"syarikat pakcik Kamal jadi klien syarikat Hana kerja sejak 5 bulan yang lepas." ujar Norhana lagi.
"Jadi, Hana ada jumpa dengan Adib ke?" soal Encik Hashim lagi.
"tapi atas urusan kerja sahaja." balas Norhana.
"Hana masih ada perasaan lagi ke dekat Adib?" soal encik Hashim inginkan kepastian. Norhana menggeleng kepala
"tak ayah, sejak dia batalkan perkahwinan Hana dah nekad lupakan dia. Lagipun berdosa besar jika kacau rumah tangga orang. Hana dah tak cintakan dia ayah" Encik Hashim mengangguk faham.
"Baguslah Hana fikir macam tu, sesungguhnya jodoh pertemuan semua ditangan Allah, Adib pun sudah berkahwin. Ayah tahu Hana macam mana. Kalau Adib masih menaruh hati, tolak la dengan cara elok" nasihat Encik Hashim. Perbualan semalam amat merisaukan seorang ayah sepertinya.

"Maaf kalau saya ganggu pakcik. Saya datang nak minta maaf kepada keluarga pak cik sebab batalkan pernikahan saya dan lukakan hati Hana" ujar Adib. Encik Hashim memandang anak muda yang telah kecewakan hati anaknya. Jika diikutkan marah hati, mahu saja dia menghalau saja. Namun, tetamu tetap harus dilayan dengan baik. Dalam islam sendiri amat menekankan agar melayani tetamu dengan baik.
"Sudah la Adib, perkara dah lama berlalu. Hana pun dah boleh terima takdir yang kamu berdua tak ada jodoh. Keluarga pakcik pun tak pernah nak marah atau berdendam dengan kamu. Kamu pun tahu, pakcik dan ayah kamu bersahabat baik." balas Encik Hashim tenang.
" saya tahu saya buat silap besar. Saya hancurkan hati Hana. Saya datang nak perbaiki hubungan saya dan Hana. Saya nak jadikan Hana isteri saya" dengan berani Adib menyuarakan hasratnya.
" astagfirullahal azim.. Apa kamu cakap ni Adib. Bukan ke kamu sudah berkahwin? Kamu sedar tak apa yang kamu cakap ni Adib? Pakcik tak mahu kerana kamu nakkan Hana, isteri kamu yang tak bersalah itu jadi mangsa. Bawak mengucap Adib" marah Encik Hashim.
" maafkan saya pakcik. Saya tak bermaksud nak buat pakcik marah tapi saya ikhlas." ujar Adib lagi.
Encik Hashim menggelengkan kepala. Budak ini semakin berani.
"macam ni la, kamu balik dulu. Fikir betul betul dengan apa yang kamu cakap ni, kalau ikutkan pakcik memang tak setuju. Tapi pakcik bukan tuan badan. Selagi tak keluar apa apa dari mulut Hana. Pakcik tak boleh cakap apa" putus Encik Hashim.

"ayah?"
Encik Hashim tersedar dari lamunan.
"amboi, takkan ingatkan mama kot. Mama dekat dalam rumah je." usik Norhana. Encik Hashim tersenyum.
"Bulan depan company Hana ada buat family day dekat Pulau Redang. Boleh Hana join?" soal Norhana.
" Boleh, berapa hari pergi?" soal Encik Hashim.
" 4 hari 3 malam." jawab Norhana.
" hati hati ditempat orang, jaga kelakuan dan aurat" pesan encik Hashim lagi. Sememangnya dia sentiasa memesan tentang perkara itu kepada anak anaknya. Lebih lebih lagi sejak Norhana baru bertudung. Takut anak dia terleka.
Norhana tersenyum lalu mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience