BAB 24

Romance Series 22361

Riuh rendah rumah besar Dato Fazil saat semua berkumpul. Norhana dilayan dengan baik sekali. Faiz Hakim mempunyai seorang kakak, Faira dan seorang adik perempuan, Farena. Masing masing sudah berkeluarga dan kakaknya mempunyai 3 anak teruna yang comel. Farena pula mempunyai sepasang, lelaki dan perempuan. Norhana tersenyum saat melihat Faiz bergurau dengan anak saudaranya.
" uncle dan aunty dah kahwin kan. Nanti Fayyad dapat kawan baru la kan?" soal salah sorang anak buahnya. Norhana terkedu apabila mendengar soalan itu. Merona merah mukanya. Faiz Hakim tersenyum.
"Mesti la!! Nanti uncle bagi sepupu baru untuk Fayyad tapi sebelum tu meh uncle geletek dulu perut Fayyad" usik Faiz Hakim lalu mengacah ini mengeletek budak itu. Terus Fayyad lari naik ke tingkat atas. Faiz melabuhkan punggung ke sebelah Norhana lalu mengenggam tangan isterinya. Datin Normala tersenyum senang melihat pengatin baru itu. Berseri.
" ni hadiah mama dengan papa untuk Faiz dan Hana" ujar Datin Normala lalu menghulurkan sampul surat kepada Norhana. Sampul surat dibuka dan ada voucher berbentuk percutian.
"pilih je mana tempat yang kamu nak pergi." ujar Datin Normala lagi.
" thank you mama, papa" ujar Faiz dan Norhana serentak.
" sama sama, kamu pun masih dalam cuti kahwin, boleh la pergi honeymoon . Nanti boleh la plan nak mama papa cucu lagi" usik Datin Normala lagi. Semua disitu ketawa.

Norhana melangkah masuk ke bilik suaminya. Sangat kemas dan teratur. Siap ada bilik wardrobe sendiri. Kata Faiz, dia jarang balik ke sini kerana dia sudah mempunyai kondo berdekatan office. Nanti dia akan menunjukkan kepada Norhana rumahnya itu. Faiz Hakim memeluk Norhana dari belakang saat dia duduk di beranda bilik itu.
" sayang nak pergi mana?" soal Faiz Hakim.
" Hana ikut abang je" jawab Norhana sambil memegang tangan Faiz yang melingkar di pinggangnya.
" kita pergi umrah nak?" ujar Faiz. Norhana memusing badannya menghadap suaminya.
" betul ke bang?" soal Norhana teruja. Faiz Hakim mengangguk sambil tersenyum.
"abang nak tunaikan impian sayang. Abang nak bawa isteri abang ni ke rumah Allah. Abang nak ucap terima kasih depan kabbah sebab Allah kurniakan Hana buat abang." ujar Faiz Hakim penuh ikhlas. Norhana yerus memeluk suaminya. Terharu.
" terima kasih abang" ujar Norhana dalam pelukan. Faiz Hakim mengeratkan pelukan itu.
"sayang...." panggil Faiz Hakim.
"hurmmm...." balas Norhana, manja betul bunyinya. Faiz tersenyum lagi. Sifat Norhana yang sememangnya manja. Cuma ditempat kerja Norhana sangat yang tegas dalam melakukan kerja.
" sayang..." panggil Faiz Hakim lagi.
"ye abang.." jawab Norhana sambil mengeratkan pelukan.
" you turn me on sayang. Did you know that?" bisik Faiz Hakim ke telinga isterinya. Norhana tersentak dia cuba melepaskan pelukan namun Faiz Hakim lagi laju mengeratkan pelukan.
" apa kata kita sambung honeymoon dalam bilik ni je. I miss last night's moment that we had made " bisik Faiz menggoda, tanpa menunggu Faiz mencepung tubuh isterinya. Norhana tersenyum malu menyemban muka ke dada suaminya. Bahagia bersama kekasih halalnya.
. .
. .
Dia tekun meneliti kertas kerja di atas mejanya. Cuti yang sepatutnya 2 minggu menjadi seminggu. Rancangan untuk mengerjakan umrah terpaksa di tunda kerana suaminya, Faiz Hakim terpaksa masuk kerja awal kerana ada beberapa hal penting yang tak dapat dielakkan terpaksa diuruskan. Norhana terpaksa bawa kereta sendiri hari ini kerana Faiz Hakim keluar awal darinya. Mereka juga sudah pindah masuk ke kondo Faiz. Tergamam dia saat melangkah masuk kerumah itu, dekorasi serta susun atur rumah itu nampak sangat eksklusif. Bila ditanya semuanya hasil idea sendiri cuma ID akan buat seperti yang dimintanya. Pandai suaminya pilih warna dan perabot.

Pintu bilik dibuka mematikan lamunannya. Dia tersenyum manis.
" hai sayang..." ujar Faiz Hakim manis.
"assalamualaikum abang" balas Norhana. Faiz Hakim tergelak besar.
"sorry... Excited jumpa isteri abang. Waalaikumusalam..busy ke?" soal Faiz Hakim sambil duduk di tepi meja.. Memandang tepat isterinya.
" biasa la cuti lama. Kerja abang dah settle ke?" soal Norhana.
" dah, jom balik. Kereta sayang tinggal dekat office je, nanti abang suruh driver papa bawa balik" ajak Faiz Hakim sambil menarik tangannya.
" abang... Baru pukul 5 ni... Kan abis kerja 5.30 petang? Nanti apa kata staff lain tengok Hana balik awal" ujar Norhana.
" abang kan bos, sayang kan isteri abang so tak ada masalah pun." balas Faiz Hakim selamba lalu mengucup tangan isterinya.
" Hana rasa, Hana tukar kerja tempat lain la boleh tak bang?" soal Norhana ingin mengusik suaminya.
" dont you dare sayang. Stay here or berhenti kerja jadi suri rumah abang. Jaga anak anak kita nanti" ujar faiz Hakim nakal.
"gatal!!" balas Norhana tersenyum. Faiz hakim mencapai beg tangannya lalu bangun. Dia menghulurkan tangannya.
"jom" ajak Faiz Hakim. Nak tak nak kena ikut juga.
Staff disitu tersenyum tengok Faiz Hakim dan Norhana melalui mereka. Tangannya tak dilepas langsung. Naik segan dibuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience