Bab 20

Romance Series 22388

Dia merenung cincin di jari manisnya. Tak sangka dia akan membuat keputusan itu. Hatinya masih keliru. Sekarang dia tawakkal kepada Allah.
" wow alhamdulillah.. Akhirnya kau jumpa jawapannya. Cantiknya cincin" ujar Alia teruja. Norhana hanya tersenyum nipis.
" encik Faiz dah tahu ke?" soal Alia.
" entah la, encik Faiz kan pergi London seminggu, ada seminar di sana. Tapi ayah aku dah beritahu pihak sana. Mungkin parents dia akan beritahu nanti" ujar Norhana. "encik Faiz tak ada mesej kau langsung ke?"
Norhana menggeleng.
"kata suka kau tapi mesej or tanya khabar pun tak? Dekat office pun lepas dia balik dari bercuti pun asyik keluar meeting je. Kau dah bersedia ke nak jadi isteri bakal CEO yang super duper busy tu?" soal Alia lagi. Norhana hanya menjungkitkan bahunya. Memang selepas balik dari Khasmir, Faiz Hakim sentiasa busy. Dia pun tak ada mesej ke call. Lamunannya terhenti saat Pintu biliknya diketuk. Ray menjenguh masuk.
" jom la Hana, kita kena pergi site Selasih. Katanya ada masalah sikit" ajak Ray kalut. Norhana mengambil beg lalu mengekori Ray. Nasib baiklah dia memakai seluar hari ni cuma hari ini dia memakai blouse labuh. Ahh sekejap je kot. Mereka pergi bersama kereta Ray kerana senang memandangkan hampir ke waktu lunch. Takut jalan sesak.

Sesampai je di tapak projek mereka bersama menuju ke arah Adib yang sudah sedia ada di situ. Adib tersenyum melihat mereka berdua. Norhana membalas senyuman Adib dan saat itu Faiz Hakim menoleh ke arah mereka. Norhana terpana.
" encik Adib, macam mana?" soal Ray serius.
" kita kena check di bahagian level 3, pekerja cakap ada leaking." ujar Adib.
" kalau macam tu jom la kita tengok" ujar Norhana pula. Faiz Hakim hanya diam dan menjadi pendengar. Mereka berempat mula memantau dan berbincang tentang masalah yang dihadapi. Setelah selesai, mereka menuju ke pintu keluar.
" Hana.." panggil Adib dari belakang. Norhana menoleh, Faiz Hakim juga turut menoleh. Ray pula sedang bercakap dengan seseorang dan sudah jauh meninggalkan mereka
" hujung minggu ni free tak? Saya nak jemput datang rumah. Faiz, kau pun sama. Aku ada buat makan makan sikit. Hana, Ayden dah pandai rindukan awak." ujar Adib ceria. Faiz Hakim terpingga pingga melihat kemesraan mereka berdua.
" inshaallah Adib, saya pun dah rindukan hensem boy tu. Nanti kirim salam dekat Zati ye" ujar Norhana tersenyum. Tiba tiba telefon Norhana berbunyi. Dia mengangkat dan saat itu Faiz Hakim terpandang akan jari manis Norhana. Jantungnya berdetak laju.secara spontan dia tersenyum. Dia tidak mengetahui hal itu lagi kerana semalam setiba dia di KLIA, dia terus ke kondonya untuk berehat dan pagi ini dia tergopoh gapah datang ke tapak projek apabila diberitahu ada masalah.
"alhamdulillah..." bisik Faiz perlahan.

"kau dah kenapa tersengih Faiz?" soal Adib hairan.
Faiz Hakim cuba mengawal riak wajahnya.
" so nanti datang ye" ujar Adib lagi.
" inshaallah bro," balas Faiz Hakim tersenyum.
Setelah Adib meminta diri, tinggalkan Norhana dan Faiz Hakim. Ray datang menghampiri mereka berdua.
" kalau takde pape jom la balik office Hana, encik Faiz c ujar Ray.
" awak balik dulu Ray, biar Hana balik dengan saya. Lagipun ada few thing yang saya ingin tanyakan kepada Hana" ujar Faiz Hakim serius. Ray meminta diri.
" kita pergi lunch terus la" ujar Faiz Hakim. Nada suaranya sudah bertukar lembut. Norhana mula merasa berdebar saat renungan mata Faiz Hakim yang redup itu.

Pelayan membawa pergi menu bersama pesanan yang dibuat mereka berdua. Satu yang Faiz Hakim perasan yang Norhana agak kurang meminati makanan barat.
" ehem..." norhana berdehem saat dirasakan mata Faiz Hakim tak lepas dari merenungnya.
"Hana sihat?" soal Faiz Hakim.
" Alhamdulillah.... Encik Faiz pula? Semenjak dua menjak encik agak busy jugak ye" ujar Norhana tersenyum. Dia cuba mencipta suasana yang ceria agar tidak nampak terlalu kekok.
" tula, this few weeks make me so tired" balas Faiz Hakim. Norhana hanya senyum. Aduhh time ni la otak macam kosong.. Nak borak apa la ni, desis hatinya.
" Hana... Thank you" ujar Faiz Hakim.
" hah? Thank you sebab apa?" soal Norhana blurrr.
" tuuu... Dekat jari manis awak ada segala jawapannya. Saya tak tahu sehingga saya ternampak cincin tu. Even my parent pun tak sempat beritahu saya apa apa. Its really suprise me Hana" ujar Faiz Hakim tersenyum menggoda. Rupa yang kacak itu semakin kacak saat dia tersenyum. Muka Norhana merona merah.
" kenapa saya?" soal Norhana.
" sebab awak ada sesuatu yang saya sendiri tak tahu. Pertama kali saya jumpa awak, ketenangan wajah awak menarik perhatian saya. Bila dengan awak saya rasa semua masalah saya hilang. You are different Hana. Izinkan saya untuk mengenali dan melindungi awak. Sebab tu saya minta papa saya pergi merisik awak. Walupun ketika itu kita di Khasmir" soal Faiz Hakim norhana diam tak terkutik. Dia terkedu saat Faiz Hakim meluahkan perasaannya.
" Boleh encik beri saya masa??" soal Hana lagi.
Faiz Hakim mengangguk sambil tersenyum.
" ambillah masa Hana, seberapa banyak yang Hana nak. Saya setia menunggu" balas Faiz bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
" maaf bertanya, awak dan Adib dah ok ke?" soal Faiz tiba tiba.
" kami dah berkawan macam biasa, dia pun dah bahagia bersama keluarganya" balas Norhana tersenyum.
" hana, awak tahu tak senyuman awak tu boleh buat saya kena kencing manis" ujar Faiz, saat muka Norhana berubah dia terus menghamburkan tawanya. Faiz merasa harinya makin ceria. Hilang penatnya menatap wajah yang mula mendapat tempat dihatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience