Bab 2

Romance Series 22361

Norhana menutup pintu rumahnya.
"Assalamualaikum tuan puteri baru balik?" teguran dari belakang membuatkan Norhana terkejut.
"Abang!!! Terkejut Hana tau!" marah Norhana sambil mengurut dadanya. Hariss ketawa melihat gelagat adiknya itu.
"tak jawab salam abang pon!" balas Hariss.
"waalaikumusalam wahai putera katak" balas Norhana sarkastik.
"kata fly ke Dubai? Awal balik??" soal Norhana sambil menyalami abangnya itu. Hariss merupakan juruterbang bagi Etihad airlines. Sementara Norhana menghabiskan pelajarannya, dia tinggal bersama di Auckland. Norhana memang manja dengannya, kalah lagi dua orang adiknya. Mungkin mereka membesar bersama selama 5 tahun sebelum lahir adiknya Haziq yang ketiga seterusnya Norhatia.
"suppose fly to Dubai but need to replace my colleagues emergency leave. So fly to Wellington je" jawab Hariss sambil baring di sofa.
"ooo patut la. Abang dah makan ke? Kalau belum Hana nak masak" soal Norhana lagi. Mereka kini tinggal dirumah yang disediakan pihak kedutaan. Rumah yang sama mereka menetap 18 tahun lalu.
"of course la belum. Nanti kita masak kari nak? Tetiba rindu mama pulak. Tapi sebelum tu, Hana dari mana? Lewat baru balik. Takkan dating lagi kot?" perli Hariss. Dia tahu adiknya itu sentiasa keluar dengan Adib. Malah dia beri kepercayaan kepada Adib untuk menjaga Norhana sepanjang dia bertugas.
" keluar teman Adib melukis je. Ala, dengki la tu. Yela kak Mawar kan jauh nun di Malaysia." balas Norhana selamba.
"eleh, tak lama lagi pun Adib dah nak balik Malaysia dah. Abang takpe, anytime je boleh fly balik. Tapi sebab kesian dekat adik abang ni la abang stay lagi tau." sakat Hariss
Norhana tersenyum.
"Yela, mana boleh tinggal 'girlfriend' abang ni kan" Hariss tergelak. Faham maksud adiknya itu. Mereka sangat terkenal di sosial media. Mereka mempunyai pakej rupa dan bakat. Selain cantik dan kacak, mereka selalu membuat cover lagu bersama. Malah mereka pernah viral di Malaysia kerana disangka pasangan kekasih. Kelakarnya ramai yang mendoakan mereka cepat kahwin.
Hariss dikategorikan lelaki maskulin, mempunyai badan yang tegap, berkulit putih dan dengan ketinggian 185 hingga digelar jo in sung kerana ketinggian serta senyumannya seakan pelakon korea itu. Pengikut di laman sosial mereka berdua sahaja berjuta.

Encik Hashim termenung di laman rumahnya. Puan Julia datang membawa secawan kopi buat suaminya.
" Jauh termenung bang." tegur Puan Julia sambil meletakkan kopi di atas meja.
"abang rindukan anak kita dua orang yang jauh di sana" jawab Encik Hashim. Puan Julia tersenyum,
"Ju pon rindukan mereka. Kan baru je video call tadi" balas puan Julia. Rumah mereka sunyi kerana tinggal mereka berdua sahaja. Haziq dan Norhatia tinggal di asrama penuh.
" macam mana la agaknya Hana di sana. Hariss pulak selalu fly" encik Hashim sentiasa risau akan anak daranya itu. Walaupun sudah setahun mereka pindah ke malaysia dan dia tahu Norhana mampu menjaga diri, namun kerisauan seorang bapa tetap ada.
"abang jangan risau la, macam abang tak kenal anak dara abang seorang tu, sedegil- degil dia pon dia masih pandai jaga diri. Lagipun Adib kan ada untuk tengok-tengokkan Hana." puan Julia teringat kenangan ketika Norhana berusia 14 tahun. Anaknya itu pernah tersalah ambil bas sehingga tersesat ke Wellington. Kesudahannya, dia melefon rumah lalu suaminya terus pecut kesana untuk mengambil anaknya itu. Yang kelakarnya, sesampai mereka disitu. Norhana dilihat sedang enak memakan aiskrim.
"Hurmm... Encik kamal, ayah Adib ada call abang semalam. Dia bertanyakan tentang hubungan Hana dan Adib. Katanya lepas Hana habis belajar, mereka nak hantar rombongan meminang" ujar Encik Hashim kepada isterinya.
"kalau Hana setuju saya ikut je bang. Lagipun Adib tu baik budaknya. Ju rasa adib dapat jaga Hana nanti" jawab Puan Julia. Encik Hashim tersenyum.
"abang pun rasa begitu. Kita tunggu sajalah nanti"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience