Bab 19

Romance Series 22361

Norhana menuruni tangga. Saat itu encik Hashim meminta untuk Norhana datang kepadanya.
"Hana ada hal ke?" soal Encik Hashim kepada anak daranya.
" nak keluar sekejap ayah, jumpa Alia" jawab Norhana.
"macam ni, ayah ada benda nak cakap dengan Hana." ujar encik Hashim. Norhana setia menunggu butir bicara ayahnya.
" semasa Hana ke Khasmir, ada rombongan datang merisik Hana" ujar Encik Hashim. Norhana terkedu. Dia merenung ayahnya lagi.
" keluarga tu ayah memang kenal, kawan ayah juga. Cuma ayah beritahu yang Hana tiada jadi ayah minta mereka tunggu sehingga Hana balik. Dan ayah tak sempat nak beritahu Hana sebab ayah tengok Hana sibuk seminggu ni." ujar Encik Hashim lagi. Puan Julia datang lalu melabuhkan punggung disebelah suaminya.
" Ayah rasa macam mana? " soal Norhana.
" calonnya ayah memang kenal, tapi semua keputusan ditangan Hana. Kalau Hana tak setuju takpe, nanti ayah beritahu pihak sana dengan elok. Mereka pun tak memaksa. Ini pun bukan aturan kami tapi atas permintaaan calon itu sendiri untuk meminang Hana." ujar Encik Hashim lalu meletakkan kotak cincin ke atas meja. Norhana merenung kotak cincin itu. Dia mengambil lalu membuka. Sebentuk cincin bertatahkan berlian sangat cantik dimatanya. Siapakah yang merisiknya?
" siapa lelaki itu ayah? Hana kenal ke? " soal Norhana lagi.
Encik Hashim mengangguk lalu tersenyum.
"Faiz Hakim, anak dato Fazil" ujar encik Hashim. Dia sendiri pun terkejut saat keluarga Dato Fazil datang dan memberitahu hajat mereka.
Norhana terkejut apabila mendengar nama tersebut. Tak menyangka bosnya yang juga bertemu di Khasmir menghantar rombongan merisik. Dia mengeluh lemah. Dia menutup kotak cincin itu.
" Bagi Hana fikir dulu ayah. Hana nak minta petunjuk. Hana akan beritahu keputusan nanti. Hana pergi dulu ye ayah dah lewat ni" ujar Norhana lalu meletak kembali cincin itu ke meja. Encik Hashim dan puan Julia memandang hingga kelibat anaknya hilang.
"macam mana bang?" soal Puan Julia.
" kita tunggu saja Ju, mungkin Hana nak isthikarah dulu. Abang rasa mungkin dia takkan menolak tapi semua keputusan ditangannya. Segala keputusan kita kena hormati. Kalau ada jodoh tak kemana kan" ujar Encik Hashim perlahan.

"wei, aku bercakap dengan patung cerdana pulak dah. Hana?" panggil Alia. Lamunan Norhana terhenti.
"hah? Apa yang kau cakap?" soal Norhana kembali.
"kau ni kenapa? Macam ingat laki je. Aunty Devi cleaner dekat company kita teringat kat laki pun takde macam kau. Kenapa ni?" soal Alia. Sempat lagi bahan Norhana.
" tak ada pape la. Haa... Ni aku nak tanya, betul ke kau nak tunang dengan Helmi?" soal Norhana pula. Alia sudah tersipu malu. Melentok lentok kepalanya.. Alahai gediknya.
" Helmi dah hantar rombongan merisik. Lagi 2 bulan kiteorang tunang" ujar Alia tersengih. Norhana tersenyum. Gembira bagi pihak kawan dia.
"eh Hana, aku tengok sekarang Adib tu lain la. Masa meeting takde pulak tengok kau macam nak telan. Sebelum ni pantang nampak kau. Dah macam cctv haa matanya." ngomel Alia sambil menghirup teh ais dia.
Norhana tersenyum. Adib sudah berubah, dia sudah menerima Izzati dalam hidupnya dan mereka bahagia bersama cahaya mata mereka. Izzati juga ada mesej dia. Mereka sudah berkawan baik sekarang.
" dah tersenyum pulak.. Seram la kau ni. Kau ada bawa balik hantu Khasmir ke bulan lepas? " soal Alia sambil mengosok lengannya.
"ishh kesitu pulak kau ni. Aku ada benda nak share dengan kau ni tapi janji jaga rahsia ni" ujar Norhana. Alia sudah menumpukan perhatiannya mengangguk.
"ada orang datang merisik aku bulan lepas masa aku pergi bercuti". Alia membulatkan matanya tanda teruja. Tapi tiba tiba dia mengecilkan matanya.
" jangan cakap si Tapir laut tu merisik kau pulak. Kan aku pergi sikukan kepala dia tu" tebak Alia. Norhana tergelak.
" Lia, Adib dah tak kejar aku la. Dia dah berubah, sebab tu kau tengok dia dah tak heran dekat aku. Ni orang lain" jawab Norhana
" Siapa?"
" encik Faiz..." terlepas keluhan kecil.
" Hahhh?" secara tiba tiba Alia berdiri. Ada beberapa mata mula memandang mereka.
" ishh duduk la Lia, malu la orang tengok" norhana menarik tangan Alia agar duduk kembali. Alia tersengih.
" biar betul weh tapi aku tengok Encik Faiz tu selamba je, macam tak ada pape." ujar Alia lagi.
" sebab aku tak bagi jawapan lagi. Akupun baru tahu masa nak keluar jumpa kau tadi. Apa harus aku buat Lia?" soal Norhana lemah.
" hurmmm..." Alia mengosok dagunya berfikir.
" kalau aku jadi kau aku terima je. Encik Faiz dah la hensem, kaya pulak tu, caring pun caring. Lau jalan sekali dengan millionaire muda sape tu... Hah Syed Haydar tu memang sama taraf. " bebel Alia. Siapa tak kenal Syed Haydar, CEO sebuah syarikat gergasi.walaupun sudah berumahtangga namun aura kekacakkan makin bertambah.
"aku minta pendapat kau, bukan suruh kau melobi dia" balas Norhana malas.
" kau suka encik Faiz tak? " soal Alia.
" suka sebagai bos dan kawan"
"cinta?"
" jauh sekali"
"uishh letih macam ni. Tapi aku pun pelik. Encik Faiz tu takde pulak cakap dia suka kau cuma dari segi kelakuan dia tu nampak macam dia caring dekat kau. Dengan staff lain pun takde pulak macam tu. Haaa... Lagi satu, lepas aku cakap kau pergi Khasmir, tup tup dia pergi jumpa kau. Aku rasa dia memang nak ngorat kau kot masa dekat sana" ujar Alia lagi.
"ntah la Lia, aku pun pening ni" balas Norhana pendek.
" minta petunjuk, hanya Allah saja dapat bantu kau" ujar Alia pula.

Seminggu berlalu, setelah beberapa kali dia bangun solat isthikarah. Sejak beberapa malam ni dia bermimpi seseorang menghulur tangan kepadanya di depan Kabbah. Wajahnya tidak jelas cuma hatinya kuat menyatakan itu seperti seseorang yang dia kenal cuma tak tahu siapa. Dia mengeluh perlahan.
" hai kuat mengeluh" hariss mendekati adiknya di laman rumahnya. Norhana tersenyum.
" Baby Arman dah tidur ke?" soal Norhana.
" Dah, kak Mawar tengah teman dia" jawab Hariss. Dia sudah dikurniakan anak lelaki sejak 3 bulan lalu.
"kenapa ni? Belum ada keputusan lagi?"
" entah la bang, hati Hana rasa serba salah"
"serba salah atau takut"
Norhana memandang abangnya itu. Hariss memang pandai membaca isi hatinya.
" Hana, tak salah untuk mencuba. Lagipun abang tengok Faiz tu baik. Dia pernah jumpa abang. Dia cakap yang dia ikhlas untuk jadikan Hana isteri dia. Mula mula abang kurang yakin tapi bila dia cakap dia ikhlas untuk melindungi Hana dunia akhirat, abang rasa lega. Hana cuba dulu. Kenal dia betul betul. Insyaallah semua akan dipermudahkan." ujar Hariss. Norhana melentokkan kepalanya ke bahu Hariss. Hariss mengosok perlahan kepala adiknya itu. Hana memang manja dengannya. Itulah perangai sebenar Hana, naif dan manja.
" Abang doakan Hana bahagia ye? " pinta Norhana sayu. Entah kenapa rasa sebak di dalam hati.
" always, abang tak pernah lupa doakan adik adik abang" ujar Hariss lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience