Bab 1

Romance Series 22361

"Hana!"
Gadis itu berpaling ke arah si pemangil lalu dia tersenyum.
" Hey sayang! Lama tunggu?" tanya sang jejaka.
" Sikit lagi nak beku" jawab Nor Hana sambil menjeling ke arah Adib Kamal. Sang jejaka yang telah mencuri hatinya.
Adib tersenyum senang. "i'm sorry baby, Lucas ask for a help" jawab Adib serba salah. Nor Hana tersenyum.
"no worries. So now where we wanna go? “ Soal Nor Hana.
" tempat biasa jom! " ajak Adib. Nor hana menggangguk kepalanya tanda setuju.

Mereka tiba di Western Springs. Salah satu taman yang popular di bandar Auckland. Adib amat suka melukis dan dia selalu menghabiskan masa di situ bersama Nor Hana.
Mereka duduk dibawah salah satu pokok sekitar situ lalu Adib mengeluarkan peralatan melukisnya. Adib Kamal merupakan pelajar tahun akhir dalam bidang kejuruteraan manakala Nor hana pula tahun ketiga merupakan juniornya. Cinta terpaut saat pertama kali mereka bertemu. Adib memandang wajah Nor hana. Seorang gadis melayu sejati berkulit putih gebu, rambut yang panjang ikal berwarna hitam itu sentiasa cantik. Mata yang bundar serta bibir merah walaupun tanpa mekap. Sekali tengok mesti orang ingat dia anak kacukan mungkin kerana dibesarkan di bumi Auckland, namun bahasa melayu tetap lancar. Adib tersenyum.
"dah puas tengok muka Hana!?" soal NorHana tersenyum mematikan lamunan Adib.
"Salah ke abang tengok muka kesayangan abang?" jawapan Adib sambil tersenyum.
"hurmm... abang dah final years. After final exam terus balik Malaysia ke?" soal Norhana sambil mata merenung tasik di depan. Ada nada sayu disitu.
Adib tersenyum.
" kena la balik Malaysia sayang. Tapi after you finish your study, abang akan hantar rombongan. Kita kahwin yer? " soal Adib.
Norhana tersenyum.
" tinggal Hana dan abang Hariss jela nanti." jawab Norhana.
Bapanya Encik Hashim merupakan pegawai duta Malaysia di New Zealand. Sejak dia berumur 3 tahun, di situla tempat dia membesar, namun tahun lalu ayahnya kembali semula ke Malaysia kerana waktu bersaranya makin hampir. Ayah, mama dan dua orang adiknya kembali ke Malaysia. Tinggal la dia bersama abangnya Hariss.
"jangan la sedih, tak lama pon Hana dekat sini, lagi setahun. Abang janji, ada cuti abang datang jenguk Hana dekat sini ye?" pujuk Adib sambil mengenggam tangan mulus itu. Norhana tersenyum manis.
"Eee... Jangan senyum macam tu, abang rasa nak kiss je pipi Hana tu" gurau Adib.
"Amboi gatal ye, nak ni!?" balas Norhana sambil menyua penumbuk. Adib tersenyum. Itulah keperibadian Norhana yang dia suka. Walaupun dibesarkan di bumi barat tetapi tetap menjaga batas pergaulan dan tidak melakukan perkara y terlarang. Walaupun kebanyakkan kawannya warga new zealand tetapi dia tidak pernah ke party, pub mahupun mengambil benda benda haram. Encik Hashim pandai mendidik anak anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience