BAB 8

Romance Series 22361

Sedar tak sedar sudah hampir 5 bulan dia bekerja di Mutiara FH. Cepat masa berlalu. Dia mengacau air milo perlahan, tiba tiba dia mengeluh perlahan. Kejadian semalam datang kembali.

" Hana, meeting dah nak start. Klien pun dah sampai." panggil Alia, teman sekerja nya. Alia merupakan arkitek dan antara yang paling rapat dengannya di syarikat itu. Dia amat senang berkongsi cerita dengan sahabatnya itu.
"okay kejap kejap" ujar Norhana lalu mencapai fail di mejanya. Hari ini dia mengenakan seluar palazo berwana khaki, digaya dengan blause longgar berona sedodon. Tudung pula dia memilih tudung bawal Ariani dan make up natural. Memang cantik bergaya dimata semua orang.
Mereka masuk ke bilik mesyuarat. Saat itu, encik Khairul, serta bahagian arkitek dan pemasaran juga sudah sedia menunggu. Norhana dan Alia mengambil tempatnya. Tak lama selepas itu, Faiz Hakim mengiringi klien terdiri dari 2 orang lelaki. Seorang agak berumur dan seorang lagi kelihatan seperti masih muda. Norhana sibuk meneliti maklumat ingin memastikan segalanya tepat sebelum diberikan kepada encik Khairul untuk dibentangkan. Alia mencuit dirinya. Rupanya Faiz Hakim ingin memulakan mesyuarat. Saat dia memandang ke arah bosnya itu. Pandangannya menangkap seraut wajah dia kenal serta yang pernah menghancurkan hatinya. Adib Kamal! Si jejaka juga dari tadi tidak lepas memandangnya. Namun renungan Norhana hanya sekejap sebelum dia mengalihkan pandangan kepada Faiz Hakim. Riak muka kosong dipamerkan sedangkan Debaran didada sedang menggila. Dia sedaya upaya mengusir seribu rasa. Baginya lelaki didepan itu sudah tiada makna buatnya. Tan sri Kamal juga agak terkejut melihat Norhana. Dia menjeling anaknya ditepi. Sah! Adib hanya fokus kepada Norhana.
" saya kenalkan ini Tan sri Kamal serta anaknya encik Adib Tan Sri Kamal, klien baru yang akan bekerjasama untuk projek selasih di Bangi" ujar Faiz Hakim.

Mesyuarat dimulakan dan pihak Mutiara FH membentangkan kertas kerja. Perjanjian dimenterai. Faiz Hakim memperkenalkan semua staff yang berada di situ. Tiba saat Norhana dan Alia.
" Tan sri, ini jurutera serta arkitek yang akan terlibat dalam projek ini. Norhana dan Alia." ujar Faiz Hakim.
Tan Sri Kamal menunduk kepala tanda hormat. Adib masih seperti tadi, merenung Norhana tanpa berkelip. Pastinya dia terkejut dengan penampilan baharu bekas tunangnya itu.
" Hana apa khabar? " soal Tan sri Kamal setelah Faiz Hakim dan Alia beredar ke staff yang lain.
" alhamdulillah pakcik, Hana sihat" balas Norhana sambil tersenyum. Indah sekali senyuman itu. Desis Adib.
Tiba-tiba dato Fazil datang lalu menegur Tan sri kamal. Mereka berborak, maka tinggal lah Norhana dan Adib.
"Hana dah ada penganti abang?" soal Adib. Matanya seakan terpukau dan tak mahu berpaling dari merenung gadis di depannya. Norhana makin tidak selesa.
"per..."
"Hana!" panggil Alia. Thanks Lia, kau dah selamatkan aku!! Jerit Norhana di dalam hati.
"kak Mel cari, katanya nak fail projek kajang" ujar Alia. Tanpa berlengah lagi, Norhana meninggalkan Adib terpinga-pinga seorang diri.

"air tu dah nak sejuk cik Hana oii" tegur satu suara garau. Faiz Hakim tersenyum memandangnya sambil berpeluk tubuh. Bosnya itu mengenakan kemeja warna biru pastel. Lengannya pula dilipat sehingga siku. Nampak macho sekali.
"fikirkan apa sampai macam tu sekali?" soalnya lagi apabila tiada balasan daripada dirinya.
"encik Faiz nak air ke?saya boleh bancuhkan" pelawa Norhana.
"Boleh juga" jawab Faiz Hakim lalu menarik kerusi untuk duduk.
Norhana mengambil mug di dalam almari dan dengan tangkas dia membancuh air nescafe. Faiz Hakim melihat ketangkasan Norhana, dia dapat mengagak yang gadis itu sudah biasa melakukan kerja rumah.
"Awak kenal ke dengan encik Adib?" soal Faiz Hakim?
Kenal sangat la encik, bekas tunang saya. Kalau boleh nak je Norhana ujar begitu.
"tak encik... Kenapa?" balas Norhana setelah meletakkan nescafe lalu menolak kepada bosnya itu. Aroma nescafe yang sedap menarik Faiz untuk menghirup air tersebut.
"tak adalah, sebab encik Adib asyik minta nombor telefon awak je. Takkan nak mengurat kot, isteri dia yang tengah mengandung tu nak campak mana" ujar Faiz Hakim. Norhana terpana. Mengandung?
"Habis tu encik bagi ke?". Soal Norhana.
" Bagi nombor awak yang company bagi la, sebab polisi syarikat memang tak bagi nombor peribadi staff tanpa kebenaran" ujar Faiz Hakim. Norhana melepaskan nafas lega. Nasib baik, no syarikat dia hanya guna sehingga pukul 6 petang sahaja. Selebihnya dia akan tukar kepada mood senyap.
"Tak sangka saya, awak ni instafamous rupanya. Patut la macam pernah tengok awak, cuma dulu yela tak bertudung." ujar Faiz Hakim mengubah topik. Muka Norhana berona merah, malu apabila lelaki ajnabi bercakap tentang masa silamnya. Sekarang, sudah wujud perasaan malu saat bercakap tentang aurat. Mujur la dulu dia tidak berpakaian seksi dan mendedahkan anggota badannya kecuali rambut, kalau tak macam mana la dia nak tebalkan muka.
"itu dulu encik Faiz, masa study. Sekarang saya dah tak aktif. Hanya abang saya saja yang masih aktif dalam youtube dan Instagram . Kami memang minat menyanyi dan travel cuma itu sekadar hobi. Tapi sekarang saya hanya fokus kepada family dan kerja. Sosial media saya pon dah deactivated, sebab banyak gambar tidak bertudung." ujar Norhana lagi menunduk malu.
" Jarang saya jumpa orang yang sanggup hilang followers berjuta. Baguslah awak fikir macam tu, berubah untuk ke jalan diredhai Allah lebih penting. Macam saya, pernah menjadi pencinta yang setia. Tetapi ditinggalkan, rupanya ada lagi yang patut kita cintai, iaitu sang pencipta kita Allah yang satu". Luah Faiz Hakim. Entah kenapa dia senang berkongsi dengan Norhana.
"sedih kan ditinggalkan orang yang paling kita cinta. Cuma Allah lagi sedih sebab kita lupa padanya. Pengalaman lalu ajar saya untuk lebih menghargai orang sekeliling yang sayang pada kita. Terutama keluarga" ujar Norhana sambil termenung. Faiz Hakim merenung wajah di depannya. Entah kenapa wajah itu menyimpan kisah duka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience