BAB 12

Romance Series 22388

Norhana melepaskan keluhan berat. Macam mana la mamat ni boleh ada dekat sini juga. Norhana menarik Alia agar meninggalkan pantai itu. Alia sudah sedia tahu akan hubungannya dengan Adib sebelum ini. Norhana telah menceritakan semuanya dekat Alia.
" Eee.. Apa mamat sengal tu buat dekat sini? Ni kan family day company kita" ujar Alia geram. Sejak dia tahu, memang dia melancarkan boikot terhadap Adib Tan sri Kamal. Ingat lagi, terhegeh hegeh duk hantar bunga dekat Norhana setiap hari. Sampai naik pening kawannya itu. Last last tong sampah juga bunga tu bersemadi.
" entahlah aku, datang honeymoon kot" jawab Norhana malas. Saat mereka mula menjauhkan diri. Mereka bertembung dengan Faiz Hakim.
" eh laju laju ni nak kemana? Tegur Faiz Hakim.
" err.. Kami saja jalan laju, exercise. Kan Hana" ujar Alia sambil menyiku lengan kawannya.
" Aah..." tambah Norhana lagi. Saat itu Adib mendekati mereka bertiga. Jelingan maut diberikan Alia kepada lelaki itu.
" hey bro! Bila sampai?" soal Faiz Hakim.
" Baru lepas check in. Tu yang jalan jalan sini" balas Adib. Matanya menjeling sekilas Norhana di tepi.
"encik Adib datang sini honeymoon ke? Mana isteri encik Adib? Tak nampak pun?" soal Alia lagi. Norhana disebelah hanya diam.
" saya datang sorang je, isteri saya tak datang" jawab Adib lagi.
"saya yang jemput encik Adib datang. Tulah, ingat isteri kau datang sekali bro" ujar Faiz Hakim.
" dia tengah sarat, lagi sebulan nak bersalin. Tak elok naik bot redah laut ni" ujar Adib perlahan. Mengintai reaksi wajah Norhana namun wajah itu beriak kosong.
"sepatutnya isteri tengah sarat, encik kena la teman dia dirumah. Waktu waktu begini la isteri encik perlukan encik disisi. Kesian isteri encik. Dia dah sakit penat mengandungkan anak, encik pula disini. Encik boleh je wakilkan sesiapa untuk datang kan" ujar Norhana. Jatuh kesian pula kepada isteri lelaki itu, jika dia berada ditempat isterinya juga amat sedih suami perlakukan dia sedemikian. Nada norhana lembut namun sarkastik di telinga Adib. Alia tersenyum. Padan muka!
" aah la bro, aku minta maaf sebab kau terpaksa tinggalkan isteri kau. Kalau tahu isteri kau tengah sarat, kau boleh je wakilkan sesiapa." ujar Faiz Hakim yang tak mengerti apa apa.
"eh takpe bro, bini aku pun dah ada dekat kampung sekarang. Tu yang aku boleh datang. No hal la bro" balas Adib selamba.
"Elok sangat la tu, si laki duk mengatal disini" ujar Alia perlahan seakan berbisik pada diri sendiri.
" awak cakap apa Alia?" soal Faiz Hakim yang terdengar seakan Alia berbicara.
" eh tak ada apa apa encik Faiz, saya gatal kaki je, kena air laut tadi kot. Jom Hana kita balik bilik. Kejap lagi nak magrib" ajak Alia. Norhana semakin tidak selesa akan renungan Adib lalu laju mengekori Alia.

Malam itu mereka menikmati makanan ala ala bufet dan BBQ yang disediakan pihak resort. Norhana dan Alia duduk bersama staf yang lain, masing masing berulang alik mengambil makanan termasuk la Alia. Norhana tak perlu mengambil makanan kerana makanan memang sedia banyak di meja mereka.
" siapa nak habiskan makanan semua ni?" soal Norhana sambil melihat Alia meletakkan makanan di atas meja.
" jangan risau, aku kan ada. Kau dah tak payah ambil, makan je. Biar aku yang ambilkan" ujar Alia sambil beekira kira mahu mengambil lagi namun laju tangan Norhana menahan.
" Dah dah.. Ni pun dah banyak. Kan tak habis membazir je, aku pun bukan makan banyak sangat malam malam" ujar Norhana lalu mengisyarat kan agar Alia duduk. Alia tersengih lalu melabuhkan punggungnya. Saat dia mengunyah makanan, dari jauh nampak kelibat Adib menghampiri meja mereka.
" Datang dah tapir laut ni" ujar Alia. Norhana yang tidak faham, memandang ke arah yang sama.
Adib duduk di kerusi sebelah Norhana lalu mendekatkan jarak antara mereka.
" Boleh saya join makan?" soal Adib. Alia mencebik.
" silakan encik Adib, kerusi tu pun kosong." Balas Norhana bersahaja. Adib tersenyum.
" Hana nak makan apa? Meh saya tolong ambilkan" soal Adib lagi.
," takpe, terima kasih encik Adib, dah banyak makanan ni. Ni pun belum tentu habis" jawab Norhana lembut. Dia selalu ingat pesanan ayahnya agar melayan semua orang baik. Adib tersenyum, itulah Norhana yang dia kenal. Sentiasa berlembut, cuma sekarang dia makin menambat hati nya. Sehingga dia terlupa dia sudah ada isteri dan dia juga lelaki yang pernah mengecewakan gadis di sebelahnya.

Dari jauh Faiz Hakim melihat Adib berbual dengan Norhana. Timbul satu perasaan saat melihat Adib beria mendekati Norhana. Apa hubungan mereka? Soal Faiz Hakim di dalam hati.
" Faiz, dengar tak i cakap ni?" panggil Sabrina.
" hah? Apa dia?" soal Faiz Hakim kembali.
" you ni.. I nak makanan tu" ujar Sabrina.
" Dah tu pergi la ambil" ujar Faiz lalu meninggalkan Sabrina di situ.
" U... Faiz!" jerit Sabrina geram namun Faiz Hakim tidak pedulikannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience