BAB 28

Romance Series 22361

Riuh rumah encik Hashim hari ini apabila semua anak menantunya berkumpul. Hari ni mereka akan solat hajat seisi keluarga sebagai tanda kesyukuran serta memohon agar kandungan Norhana dilindungi. Memang menjadi amalan keluarga saat berita baik yang mereka dapat.
"sayang, dah la tu. Duduk sini meh" tegur Faiz Hakim saat melihat isterinya sedang menyusun pinggan mangkuk. Sudah berkali mama serta Mak Yan menegah tetapi dia degil. Akhirnya melihat renungan tajam sang suami dia mengalah. Cantik dia malam ni mengenakan abaya hitam yang dihadiahkan oleh abangnya, Hariss yang dibeli di mekkah ketika dia membawa Mawar mengerjakan umrah. Rambut yang hitam pekat itu dibiar lepas beralun. Sangat cantik, tak puas Faiz Hakim melihat wajah isterinya.
" kenapa abang tenung Hana macam tu?"
" sayang cantik sangat malam ni, rasa nak cium sayang sekarang" bisik Faiz Hakim. Merona merah muka Norhana.
"ngada-ngada. Abang, tak boleh ke Hana tolong mama dan Mak Yan tu" ujar Norhana manja. Faiz Hakim tersenyum. Semenjak mengandung, makin menjadi jadi manja isterinya namun dia bahagia.
" sayang kan pregnant. lagipun Atia kan ada, sayang tak boleh banyak bergerak, angkat angkat berat semua tu."
"mana ada berat, angkat pinggan je pun" balas Norhana.
"pinggan pun berat jugak sayang oi" balas Faiz Hakim.
"Hana ok la bang, lagipun morning sickness dah kurang"
"sayang... Sayang dah nak masuk 4 bulan, takde morning sickness tak semestinya boleh buat yang lasak lasak"
"abang ni... " muncung mulut Norhana. Faiz Hakim tergelak apabila isterinya mati akal nak menjawab.
"apa ni muncung je mulut tu" tegur Hariss sambil mendukung Arman.
"entah, tanya la adik ipar abang ni" ujar Norhana sambil mengagah Arman.
"hurmm... Lau macam ni la tak tanya pun dah boleh agak" ujar Hariss sambil tergelak. Faiz Hakim tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal. Bini dah merajuk oii.
. .
. .
. .
Norhana mengemas dapurnya, selesai masak dan letak dalam bekas untuk dibawa ke pejabat suaminya. Sejak dia mengandung, Faiz Hakim meminta agar dia berhenti kerja. Pada mulanya dia agak keberatan namun demi kandungannya dia mengalah. Bekal yang kemas diletak dalam beg kertas di bawa ke ruang tamu, dia masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap.

Sesampai di office, ramai yang menegurnya. Rata- rata bertanya khabar. Kandungannya yang dah masuk 6 bulan dan perutnya makin kelihatan.
" Hana?!!" jerit Alia. Norhana tersenyum.
" Hai Lia, rindunya dekat kau." ujar Norhana lalu memeluk kawan baiknya itu.
" hai, baru 2 minggu tak jumpa. Masa pergi kenduri aku hari tu pun kau cakap benda sama. Kau jangan Hana, nanti anak kau kenan muka aku tak pasal pasal encik Faiz pecat aku" ujar Alia. Norhana ketawa.
" ala dulu every weekday jumpa kau. Sekarang dah jarang tu jadi rindu nak dengar mulut makcik radio ni bercakap" usik Norhana.
" amboi... Hana, nak pegang perut boleh?" pinta Alia. Norhana mengangguk kepala. Saat Alia meletakkan tangannya, dia merasa tendangan bayi didalam kandungan.
"dia tendang la, suka aunty Lia ke baby" ujar Alia teruja.
"doakan aunty cepat pregnant ye, nanti ada geng" bisik Alia ke perut Norhana yang sedang ketawa itu.
"dah la, lama pulak kau duduk sini, kan bos aku tu tertunggu tunggu pulak cinta hatinya sampai" usik Alia. Norhana mencuit pinggang Alia sambil ketawa.

Saat masuk ke bilik suaminya, Faiz Hakim sedang bercakap dengan seseorang, namun tangannya mengamit Norhana agar menghampirinya.
" okay dato, anything nanti saya akan hantar staff saya untuk berbincang. Baik" ujar Faiz Hakim lalu meletak telefon.
" hai sayang, miss you" ujar Faiz Hakim ketika Norhana salam tangannya. Dia mengosok perut isterinya lalu memberi salam kepada bayi di dalam kandungan.
"assalamualaikum anak daddy, grow well yer sayang" bisik Faiz Hakim. Norhana tersenyum.
" abang, baby lapar jom la makan" ujar Norhana manja. Faiz Hakim tersenyum lalu mengambil bekas makanan lalu dia membantu menghidangkan di atas meja.

Dari jauh dia berjalan melintasi meja resepsi sebelum ditahan oleh pegawai keselamatan. Salah seorang staff resepsi menghampirinya.
" maaf cik, untuk naik ke atas cik kena daftar di meja reception dulu." ujar staff berkenaan.
"hey selama ni i datang tak pernah pun kena. Kenapa sekarang kena daftar bagai?! I Sabrina, datang nak jumpa Faiz Hakim." ujarnya sombong.
"maaf cik, ini prosedure syarikat yang baru diubah. Sila ke meja yer cik"
"u ni kan tak paham bahasa kan!" marah Sabrina sehingga staff itu menunduk.
"dia dah paham bahasa, cuma sekarang cik Sabrina tu yang tak paham bahasa. Dah staff suruh daftar tu daftar jela, ni banyak pula cekadak dia. Haa lagi satu, tak payah nak berangan encik Faiz nak bagi cik jumpa dia. Untuk pengetahuan cik Sabrina, encik Faiz dah tak benarkan cik Sabrina masuk ke office dia. Jadi, pintu keluar sebelah sana. Dipersilakan keluar yer" ujar Alia selamba.
" U siapa nak halang I jumpa Faiz. I ni sepupu dia tahu tak." bentak Sabrina geram. Kurang ajar. Patut la lama dia tak dapat hubungi Faiz Hakim.
" dah tu yang encik Faiz cakap, kami ikut arahan je cik sabrina oii,. Kata cik sakit tapi tengok gaya sihat je siap boleh marah marah lagi, sepatutnya kalau dah sakit kena banyakkan berbuat baik, bukan duk maki maki orang" balas Alia lagi. Memang aku takkan bagi muka dekat kau perempuan! Sebab kau ni racun yang boleh musnahkan kebahagiaan orang lain. Desis hati Alia.
" i nak jumpa Faiz jugak!!!" jerit Sabrina membuatkan keadaan di situ menjadi kecoh. Staff resepsi terus menelefon setiausaha Faiz Hakim.
Alia menahan geram. Tiba tiba staff resepsi datang memberitahu bahawa Sabrina diminta ke bilik Faiz Hakim.
" See.... U ni hanya kuli!! Jangan nak berlagak!!" ujar Sabrina bongkak. Alia menjeling tajam saat Sabrina memasuki lif.

" Hai faiz..." ujar Sabrina membuka pintu bilik tersebut. Namun senyumannya mati saat memandang figura lain disamping lelaki itu.
" Duduk Sabrina" ujar Faiz Hakim tenang. Norhana disebelah Faiz Hakim hanya mendiamkan diri.
" look, i rasa u kena faham Rina, i dah ada family. I minta maaf tapi seperti yang i cakap sebelum ni i just anggap u macam adik i. Kita sepupu Rina. I tak sangka selama ni u sanggup tipu i dan dalam masa sama u cuba untuk musnahkan rumahtangga i." ujar Faiz Hakim lagi.
Sabrina mula gelisah.
" mana ada i tipu u Faiz. I memang sakit! " balas Sabrina.
" sudahlah Rina, i dah tanya sendiri hospital yang selalu i teman u check up. Tak ada rekod kesihatan u pun. Selama ni u tipu i kan. Cukup lah. Stop it Rina, mungkin ada yang lagi baik untuk u diluar sana. I tak cintakan u dan cinta i hanya untuk isteri i " ujar Faiz Hakim tenang. Dia mengeratkan genggaman tangan Norhana.
Pedih Hati Sabrina mendengar ayat terakhir itu. Tanpa menunggu lama, dia terus keluar dari bilik itu ditemani air mata yang berguguran.
Saat dia melintasi meja reception, Alia memandang sambil tersenyum sinis.
" padan muka. Berlagak lagi" desis Alia perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience