BAB 15

Romance Series 22361

Dia melabuhkan punggungnya. Fail dibuka dan dia mula meneliti kertas kerja. Dia ingin mengambil sampul surat di dalam laci, saat membuka dia terpandang gambar dia dan Norhana di atas bukit ketika mereka pergi melihat sunset. Gambar dia dan Norhana sedang ketawa. Alia memberikan beberapa keping gambar dia dan Norhana. Faiz Hakim tersenyum. Terimbau kembali Kenangan dia di atas bukit itu.

" cantik dan tenang betul di sini. Kalau la saya dapat bawa ketenangan ni pulang bersama" ujar Norhana. Matanya tak lepas memandang laut yang terbentang luas.
"ketenangan tu datang dalam pelbagai cara. Tak semestinya dengan melihat laut. Tapi memang kita disunnahkan untuk melihat laut jika kita resah." ujar Faiz Hakim.
"macam mana Encik Faiz selalu tenang. Yela, kalau bab kerja memang saya nampak encik serius, tapi macam sekarang, encik tenang je macam tak ada masalah" soal Norhana.
"siapa cakap saya tak ada masalah. Macam macam masalah saya ada. Kerja, peribadi semua ada cuma setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya dah 30 tahun Hana, mama saya dah bising bila saya nak kahwin. Adik saya pun dah berkahwin. Tapi saya hanya boleh cakap suatu hari nanti saya akan berkahwin. Semua dah tertulis bila waktunya kita kahwin. Kita juga perlu fikir tentang diri kita, jangan terlalu fikirkan untuk senangkan orang lain sebab yang kena hadap nanti diri kita sendiri" ujar Faiz Hakim. Norhana memandang lelaki di sebelahnya itu.
" kan bagus kalau Adib macam encik. Dapat berfikir secara rasional dan menerima takdir kami" ujar Norhana perlahan.
" awak masih cintakan dia lagi?" soal Faiz Hakim. Saat itu jantungnya berdebar menunggu jawapan dari mulut norhana.
" tak, nama dia sudah lama hilang dari hati saya. Namun entah kenapa dia kembali mencari saya sedangkan dia yang memutuskan semua itu" ujar Norhana lagi.
" mungkin dia menyesal sebab tinggalkan awak dulu. Sebab penyesalan akan menghantui diri kita selagi kita tidak memperbaikinya." balas Faiz pula.
" dan menerima takdir yang telah tertulis juga dapat menghapuskan semua rasa itu kan" ujar Norhana tersenyum.
" saya rasa awak kena kahwin kot baru Adib berhenti kacau awak" usik Faiz Hakim.
" kahwin? Nak kahwin dengan siapa?" soal Norhana lurus.
" dengan saya kot" balas Faiz Halim spontan lalu ketawa. Norhana turut ketawa. Saat itu mereka melihat langit bertukar jingga dan mereka mula menghayati keindahan ciptaan yang maha Agung itu. Subhanallah!

Lamunan Faiz Hakim terhenti saat Pintu dibuka dari luar. Terpacul wajah Sabrina. Laju tangannya menyimpan kembali gambar ke dalam laci.
" Hai Faiz, jom lunch" ajak Sabrina.
" kenapa datang office I?" soal Faiz Hakim tidak selesa.
" hai tak dengar ke I cakap tadi. I datang nak ajak U lunch" ujar Sabrina dengan wajah gediknya.
" Look Sabrina. I ni sepupu U. I tahu mesti mama I yang suruh U datang sini kan. Biar I terus terang dengan U, I dah anggap U ni macam adik I sendiri. I tahu mama I memang nak jodohkan kita tapi..."
" tapi apa Faiz? Apa salahnya kalau aunty nak jodohkan kita. Kita sepupu dan sepupu boleh je kahwin. And I tak anggap U seperti abang I tapi sebagai bakal suami I! " sampuk Sabrina lagi. Faiz Hakim mengeluh. Apa yang dia kena buat untuk hentikan semua ini.
" Okay. I terus terang dengan U, sebenarnya I dah ada pilihan hati I! Dan kami akan berkahwin tak lama lagi" ujar Faiz Hakim spontan. Punya la banyak alasan, itu yang difikirkan.
" What!! U jangan nak kelentong, kalau U dah nak kahwin kenapa aunty tak cakap pape pun dengan I? Jangan jangan ni alasan U nak ngelak dari I kan??" duga Sabrina.
" sebab I tak bawa dia jumpa mama I lagi, dah la rina. I got to go.. I ada lunch appointment dengan client. Bye! " ujar Faiz Hakim lalu keluar dari biliknya.
" U jangan ingat I nak percaya cakap U tu Faiz. I takkan sesekali kalah dengan perempuan lain. Ini sabrina, I akan dapat apa yang I mahu" ujar Sabrina sendirian.
. .
. .

Adib merebahkan badannya di sofa. Penat kerja dicampur dengan Norhana yang asyik melarikan diri daripadanya. Hampir 3 minggu dia tak menatap wajah itu. Setiap kali mesyuarat atau lawatan tapak projek, dia berharap dapat berjumpa Norhana namun kecewa saat Ray yang muncul. Dia gagah juga bertanya dan Ray memberitahu yang encik Khairul mengarahkan Norhana untuk pantau projek yang lain. Dia tahu gadis itu cuba untuk mengelak dari jumpa dengannya. Dia mengeluh.
"U baru balik? Nak makan ke? I boleh panaskan lauk. Lama I tunggu U balik, ingat nak makan dengan U" ujar Izzati, isteri Adib. Dia yang sarat itu berdiri di hujung sofa.
" tak payah, I tak lapar. Lepas ni kalau nak makan, makan jela tak payah nak tunggu I" ujar Adib lalu bangun dan naik ke tingkat atas.
Badannya sudah penat. Saat dia membuka butang baju, Izzati muncul dimuka pintu.
" kenapa dengan U ni, I dah lama bersabar dengan sikap U ni. Semenjak beberapa bulan ni perangai U dah berubah kan. I ni tengah mengandung anak U tahu tak.! Tak boleh ke U ambil tahu sikit tentang I. Ni tak, keluar pagi balik malam, sanggup tinggalkan I dekat kampung bulan lepas!" luah Izzati tidak puas hati. Adib mengeluh keras.
" I penat la Zati. I dah bagi duit kan. Apa U nak lagi!!? I busy nak buat macam mana! Selama ni elok je kenapa sekarang nak ungkit balik!? " marah Adib.
" macam mana I tak ungkit kalau isteri U yang mengandung ni U tak pedulikan, tapi U duk kejar perempuan lain!! " balas Izzati. Adib mencerlung ke arahnya. Amarahnya makin menguasai diri.
" kau! Perempuan yang kau cakap tu yang sepatutnya jadi isteri aku tapi kau lupa apa yang kau buat dulu Zati?? Kau lupa yang kau perangkap aku sehingga aku kena kahwin dengan kau! Kau yang buat aku tinggalkan tunang aku! Kau buat dia bencikan aku!! Jangan kau ingat aku tak tahu! Selama ni aku tahu Zati tapi aku masih fikirkan anak dalam perut kau! Nih!! Kau rasa anak dalam perut kau ni anak aku ke hah!!!? " jerit Adib berang. Izzati terpana.
" u jangan nak tuduh yang bukan bukan! Anak ni anak U!!" balas Izzati yakin. Ya! Dulu dia yang perangkap Adib, siapa tidak mahu Adib Tan sri Kamal, pewaris legasi ayahnya itu. Tapi Adib juga tak kurangnya, melayan godaan dia. Perjumpaan demi perjumpaan membuatkan dia ingin memilikki lelaki itu. Dia tercabar saat mendapat tahu Adib bakal berkahwin lalu dia memerangkap lelaki itu dengan menuduh dia telah dinodai. Cara dengan memasukkan ubat agar lelaki itu tidak sedarkan diri.
" Kau dengar sini Zati, aku pernah bagi peluang untuk terima kau dulu tapi, selepas segalanya terbongkar! Kau tak layak untuk aku! Dan kebetulan aku berjumpa semula dengan tunang aku. Jodoh kan?! Tapi ingat!! aku takkan lepaskan kau. Satu hari nanti kalau kau aku halau, ni! Anak ni aku yang punya!! " ujar Adib lalu keluar dari biliknya. Izzati terduduk. Saat itu, dia merasa tendangan anaknya.
" maafkan mama sayang, mama banyak berdosa dengan papa kamu. Mama akan cuba selamatkan keluarga kita" ujarnya sambil mengusap perutnya. Lagi beberapa minggu dia akan bersalin dan dugaan ini yang harus dia tempuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience