Bab 23

Romance Series 22361

Selesai sudah majlis resepsi mereka malam itu yang diadakan di sebuah hotel yang terkenal di kuala Lumpur. Majlis diadakan sekali bagi kedua pihak. Mereka berjalan bersam menuju ke bilik yang telah ditempah untuk malam itu. Faiz Hakim segak memakai tuxedo berwarna biru gelap. Sangat kacak dia malam itu. Norhana pula mengenakan gaun yang agak kembang berwarna putih. Nampak seperti seorang puteri. Faiz Hakim mengenggam erat tangannya. Apabila mereka berdua sedang menunggu lif, tiba tiba Norhana menbongkok. Rupanya dia menanggalkan kasut tumit tinggi yang dipakainya untuk beberapa jam yang lepas.
" sakit kaki ke?" soal Faiz Hakim prihatin. Norhana tersengih.
" lenguh, lama berdiri tadi" balas Norhana lembut. kasihan Faiz melihat isterinya itu lalu dia mencapai kasut tumit tinggi itu dan membimbit di tangan sebelah kiri. Tangan kanannya masih erat memegang tangan Norhana. Sampai di tingkat bilik mereka, tak semena mena Faiz Hakim mendukung Norhana. Ibarat seorang putera raja sedang mendukung puterinya. Merona merah wajah Norhana, nasib baik tiada orang di sekitar itu. Sampai di depan pintu,
" help me please, access card ada dalam kocek atas ni" ujar Faiz Hakim romantik. Rupanya sebelum dia mendukung Norhana, dia sudah meletakkan kad akses itu ke dalam kocek blazernya. Norhana mengambil lalu pintu di buka, Faiz meletakkan Norhana di birai katil.
" abang mandi dulu lepas tu Hana pula, lepas ni kita solat berjemaah ye" ujar Faiz memandang tepat pada matanya. Renungan yang sukar ditaksir namun mengundang debar di hatinya. Norhana hanya mengangguk. Faiz menanggalkan tuxedo dan juga kemejanya. Dia hanya memaki singlet dan seluarnya ditanggalkan saat tuala dipakai. Norhana cuba mengawal debarnya. Pertama kali berada satu bilik bersama suaminya. Semalam selepas akad nikah, ibu mentuanya Datin Normala memaksa Faiz Hakim balik dulu kerana dia taknak seri hilang sebelum bersanding. Masam mencuka wajah Faiz Hakim ketika itu. Sisi lain suaminya bila dikalangan keluarganya, dia agak manja dan suka mengusik adiknya walaupun mereka sudah besar. Norhana tergelak geli hati.
" gelakkan apa tu?" tegur satu suara betul betul di tepi telinganya sehingga deru nafas suaminya itu dapat dirasakan. Dia menelan air liur.
"pergi la mandi, kita solat sama sama" ujar Faiz Haki tersenyum menggoda. Dia yang hanya bertuala, menarik minat Norhana melihat dada suaminya yang bidang itu. Tak lama, lau dia mengalihkan pandangannya. Malu. Norhana pergi ke meja solek, dia menganggalkan crown dikepalanya, lalu menanggalkan tudungnya.. Rambut yang terikat dilepaskan. Dia tak sedar kelakuannya sedang diperhatikan sang suami. Gelora dijiwa Faiz Hakim cuba ditahannya. Walaupun dia pernah melihat gambar Norhana ketika tidak bertudung. Lain perasaannya bila sekarang menjadi isterinya. Norhana masuk ketandas bersama gaunnya. Lepas menukar baju dan meletakkan gaun diluar baru la dia membersihkan diri.
Saat dia keluar, Faiz Hakim sudah berada di sejadah lalu dia mencapai telekung yang dibawanya lalau mereka bersama sama menunaikan solat isyak dan solat sunat kahwin.

Selepas mengaminkan doa, Norhana menyalami Faiz Hakim dan dengan laju lelaki itu mencium dahinya. Norhana tersenyum bahagia. Mungkin ini kebahagiaan untuk dia. Sesungguhnya dia akan menjaga rumahtangga yang baru dibina dan setia mencintai suaminya.
Faiz Hakim mengenggam tangannya erat.
" Abang tak sangka, depan abang sekarang ni isteri abang. Terima kasih sayang sebab sudi terima abang sebagai suami sayang" ujar Faiz Hakim lalu mengucup lembut jarinya. Norhana tersenyum bahagia.
" Hana yang sepatutnya ucap terima kasih dekat abang kerana pilih Hana." Faiz tersenyum bahagia mendengr pamggilan oleh isterinya buat pertama kali.
"Hana akan setia bersama dengan abang hingga bila bila. Saat sah akad antara kita, Hana akan berikan sepenub cinta Hana buat abang, suami Hana." ujar Norhana tulus. Faiz Hakim laju memeluk isterinya.
" thank you sayang. I love you so much" ujar Faiz Hakim mengeratkan pelukan. Lama mereka begitu, norhana merenggangkan pelukan.
" Hana minta maaf, sebab buat abang terkilan dengan layanan Hana sebelum kita kahwin" akui Norhana menunduk.
" Dont be sayang, abang pun sama. Tapi sayang jangan salah faham. Dalam hati abang nak sangat ucap i love u dekat sayang setiap hari. Tapi kita kena jaga pergaulan kita kerana ketika itu, syaitan akan cuba menghasut kita. Dan sekarang kita dah jadi suami isteri yang sah. I will say love words every day" bisik Faiz hakim romantik. Wajah Norhana merona merah.
" i like when you blushing sayang. Nampak seksi" usik Faiz Hakim lagi. Norhana bangun lalu melipat telekungnya. Dia duduk di birai katil lalu mengeluarkan minyak urut dari dalam beg dia. Di mula mengosok kakinya. Rasa sakit yang makin mencengkam kakinya ditahan agar Faiz Hakim tidak nampak.
"sakit ke? Meh abang urut" ujar Faiz Hakim lalu duduk di tepi Norhana, mengambil minyak urut lalu meletakkan kaki Norhana di atas pahanya.dia yang sudah menukar baju melayu ke singlet itu ralit mengurut kaki Norhana. Masa itu Norhana meneliti wajah suaminya.. Berkulit putih, rambut yang hitam lebat serta alis matanya yang menawan, hidung pula mancung bibirnya separa pink. Dia tahu Faiz Hakim merokok cuma bila di depannya, dia tidak pernah meroko. Mempunyai lesung pipit di sebelah kanan dan dagu agak terbelah jika diperhatikan dengan betul betul. Mempunyai badan tegap dan tadi dia sudah tertengok six packs suaminya. Patut la mejadi kegilaan wanita. Teringat Alia pernah cakap yang Faiz Hakim selevel dengan jutawan muda, Syed Haydar tan sri syed Nazim. Siapa tak kenal usahawan berjaya itu.

"sayang? “
“hah? Abang tanya apa". Kantai pula mengelamun.
" kalau dah tahu sakit kaki kenapa tak bagitahu abang? Boleh la tukar kasut tadi" ujar Faiz hakim.
Kalau pkai flat shoes memang jauh la beza dia dan Faiz. Dia tak ada la rendah sangat berketinggian 165cm tapi Suaminya mempunyai ketinggian 187cm..lagi tinggi dari abangnya Hariss. Sebab itu dia bertahan agar mereka dilihat sepandan dan sekarang ni la akibatnya.
" malam pertama ingat digoda dengan minyak wangi, sekali bau minyak urut" usik Faiz lalu ketawa terbahak bahak. Wajah Norhana merah saat dengar perkataan malam pertama.
" Sayang, your face. U turn me on" ujar Faiz menggoda lalu menghampiri wajah Norhana, tiada ruang dikepala katil itu membuatkan Norhana terperangkap. Renungan Faiz Hakim amat daring...
" you know how much i love you sayang" usai berkata, dengan berani Faiz Hakim membenam bibirnya ke bibir isterinya. Norhana yang terkedu hanya diam kaku. Sentuhan itu mengasyikkannya dia memejam mata. Gelora Faiz yang membara tidak dapat ditahan lagi. Malam itu, malam pertama cinta mereka bersatu dalam sebuah ikatan sebuah cinta. Hanya pergerakan menzahirkan cinta mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience