BAB 6

Romance Series 22361

Norhana merapikan dirinya di depan cermin. Hari ni hari pertamanya bekerja setelah hampir 4 bulan dia rehat selepas tamat belajar. Sijil pon hampir berhabuk. Dia nekad untuk lupakan kisah lalu dan mulakan hidup baharu. Memegang jawatan sebagai jurutera, impian ayahnya. Walaupun minatnya terhadap nyanyian dan ayahnya tidak pernah menghalang dia dan abangnya menyanyi Namun cita cita harus diutamakan. Dia mengambil jurusan kejuruteraan pun kerana mahu mengembirakan ayahnya itu dan dia tidak pernah menyesal. Nyanyian cover lagu bersama abangnya Hariss yang di upload di media sosial hanya sekadar hobi. Media sosial dia pun dinyahaktifkan buat sementara waktu. Hariss juga terkejut pada mulanya namun apabila melihat penampilan dirinya baru abangnya itu faham. Dia sudah bertudung. Semestinya yang paling gembira adalah ayah dan mamanya. Encik Hashim menitis air mata saat melihat perubahan dirinya. Disaat itu dia sedar, mengembirakan keluarga lagi penting dari meratapi orang yang buang kita.

"jom sarapan dulu. Hari ni Hana first day kerja kan?" tegur Encik Hashim apabila melihat Norhana menuruni tangga. Anaknya itu mengenakan baju kurung berona ungu lembut dipadankan dengan selendang berwarna krim yang dihadiahkannya sempena dapat kerja. Cantik sekali dimata seorang ayah melihat anaknya menutup aurat. Norhana melabuhkan punggung di kerusi. Dia mengambil nasi goreng dan secawan kopi.
"Aah ayah. Nervous pula rasa. Yela, dah lama cuti. Doakan Hana ye ayah" ujar Norhana tersenyum. Encik Hashim tersenyum.
"Ayah sentiasa doakan Hana"

Dia menyarungkan kasut tumit tingginya. Saat masuk ke keretanya, Hariss berlari anak masuk ke laman rumah. Baru lepas berjoging la tu. Desis Norhana.
"abang tak ada flight ke?" soal Norhana sambil memanaskan keretanya. Pelik kerana abangnya itu agak kerap ada di rumah semenjak dua menjak ni. Walaupun mempunyai rumah sendiri namun Hariss tak pernah lupa untuk datang menziarah ibu bapanya dan kak Mawar juga amat membantu mama dan Mak Yan di dapur.
"hurm itulah, lama sangat duk dalam gua, abang ajak berborak pun taknak sampai tak tau isu semasa" perli Hariss sambil tersenyum. Norhana menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
"balik nanti abang cerita. Good luck for first day! Cantik adik abang. Jangan ada yang ikut balik nanti sudah lah" usik Hariss lagi. Norhana mencebik. Dia mengundur keretanya dan laju Mazda CX-5 merah milik Norhana yang dihadiahkan oleh Hariss dan ayahnya meluncur ke jalan raya.

Dia sampai ke reception Mutiara FH Sdn Bhd. Ramai yang memandang ke arah diabaikan.
"selamat pagi, saya Norhana Hashim, nak melapor diri untuk hari pertama." ujar Norhana kepada salah seorang staff di situ. Staff itu tersenyum manis.
" selamat datang Cik Norhana, tunggu sekejap ye. Saya panggil staff yang bertugas" jawab staff itu lembut. Dia mengangguk perlahan. Tak lama selepas itu datang seorang perempuan ke arah mereka. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Nadia, merangkap HR syarikat itu. Mereka naik ke tingkat dua. Disitu dia dibawa ke departmentnya.
"okay cik Norhana. Ini department cik, mari saya kenalkan rakan rakan sekerja cik" ujar Nadia lembut.
"panggil saya Hana je Nadia. Tak perlu ber cik cik" ujar Norhana tersenyum. Nadia mengangguk, senang dia berbicara dengan staff baru itu.
"ini bilik Hana, stationery pon saya dah letakkan. Jom saya kenalkan dengan staff disini." Norhana membuntuti Nadia. Nadia mengetuk bilik di sebelah biliknya.
" ini encik Khairul, selaku senior engineer disyarikat ini. Dia merupakan head of department. Anything Hana boleh rujuk encik Khairul. Encik Khairul, ni Norhana, engineer baru kita, dia ganti tempat encik Lokman." ujar Nadia. Encik Khairul bangun lalu menghulurkan tangan untuk berjabat tangan namun Norhana menundukkan kepalanya tanda hormat.
" maafkan saya, selamat datang ke Mutiara FH, saya harap Cik Hana dapat memberikan sesuatu yang baru bagi syarikat ujar Encik Khairul tersenyum. Macam familiar muka staff barunya itu tapi di mana yer. Desis hatinya.
" terima kasih encik Khairul. Panggil Hana sahaja. Sila beri tunjuk ajar kepada saya" ujar Norhana sambil senyum. Seram pula dia tengok cara pandangan HOD dia tu.
"kalau macam tu kami keluar dulu yer encik Khairul. Jom Hana" celah Nadia. Dia dah mula la tu, pantang nampak perempuan cantik sikit, omel Nadia dalam hati.
"awak jangan layan sangat encik Khairul tu, dia tu dah kahwin tapi gaya macam tak ada bini tapi kalau bab kerja dia memang professional" ujar Nadia. Norhana tersenyum, dah agak dah...
Selesai memperkenalkan staff di department itu, Nadia membawa Norhana ke bahagian pengurusan tertinggi. Dia dibawa ke bilik CEO. Tertera nama DATO FAZIL AHMAD. Nadia mengetuk lalu masuk setelah dibenarkan masuk.
"Dato, ini engineer baru di syarikat ini, Norhana Hashim" ujar Nadia tertib. Dato Fazil tersenyum lalu menjemput mereka berdua duduk.
" Selamat datang Hana, ayah kamu apa khabar?" soal Dato Fazil. Norhana agak terkejut.
"Alhamdulillah sihat dato." jawab Norhana perlahan.
" jangan terkejut pula, saya memang dah lama kenal ayah kamu, kami pernah belajar bersama dulu. Dan bila dia tahu kamu dapat kerja di syarikat uncle terus dia telefon uncle. Uncle pun ada datang masa Hariss kahwin, kamu yang tak perasan uncle kot. Uncle harap kamu dapat sama sama membangunkan lagi syarikat ini" ujar Dato Fazil. Tersenyum dia melihat anak kawannya itu, makin manis bertudung, kalau la dapat satukan dengan anaknya kan bagus.
" insyaallah Dato" balas Norhana sambil tersenyum. Lega dia, ingatkan apa tadi.

Nadia memberhentikan langkahnya di depan salah satu bilik dan dipintu bilik itu tertera nama ENCIK FAIZ HAKIM DATO FAZIL.
"Ini bilik bos kecik kita, pengarah urusan, encik Faiz anak Dato Fazil, tapi dia cuti hari ni. Nanti dia dah masuk kerja saya kenalkan awak ye" ujar Nadia. Norhana hanya mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience