BAB 14

Romance Series 22361

Tepat pukul 6 petang. Saat dia sampai, Faiz Hakim sudah menunggunya disitu.
" Dah lama tunggu?" soal Norhana.
" baru je. Jom la" ajak Faiz Hakim.
" saya ajak Alia sekali boleh kan? " ujar Norhana. Alia di sebelah sudah tersengih.
" kenapa pula tak boleh. Lagi ramai lagi meriah" balas Faiz Hakim tersenyum. Haihh makin handsome bila dia tersenyum. Saat meninggalkan kafe, mereka terserempak dengan Helmi.
"Lia! Nak pergi mana?" tegur Helmi.
"hurm... Ni lagi sorang, asal nak relaks sikit mesti dia muncul" omel Alia perlahan. Norhana tersenyum.
"suka hati la nak pergi mana, yang awak sibuk ni kenapa?" soal Alia. Helmi menggarukan kepala yang tidak gatal.
"kami nak pergi tengok sunset. Jom la kalau nak ikut" Ajak Faiz Hakim. Helmi tersengih. Lalu Norhana dan Alia mengekori Faiz Hakim dan Helmi di depan.
"Encik Faiz ni pun, tak ada orang lain ke dia nak ajak. Nak juga ajak si lurus bendul ni" omel Alia.
" ala, sebenarnya kau suka kan Helmi ada. Boleh la layan sunset sama sama nanti" usik Norhana. Dia kenal sangat Alia ni, mulut je kata tak suka, dalam hati punya la sayang. Kalau tak, tak adanya Alia curi curi ambil gambar Helmi.

Mereka sampai di atas bukit. Disitu dapat dilihat beberapa orang pelancong yang sudah duduk untuk menikmati pemandangan yang indah itu.

" Subhanallah..." ucap Norhana perlahan, memuji kebesaran Allah. Masing masing diam sambil menghayati keindahan ciptaan yang Esa. Norhana mengeluarkan telefon bimbitnya lalu merakam gambar. Peluang yang datang ini dia takkan dia sia- siakan. Nanti dia akan muat turun di Instagram, boleh jadi panduan untuk para pengikutnya.
" Cantiknya Hana, wei tolong ambil gambar aku" ujar Alia. Norhana mengambil kamera di tangan Alia lalu merakam gambar kawannya itu. Pelbagai pose yang dilakukan Alia. Helmi pula terkebil kebil melihat aksi Alia. Alia juga mengajak Helmi bergambar bersama. Selesai dia berposing, Alia terus mengambil kamera di tangan Norhana.
" dah, kau pergi duk sana pulak. Aku ambilkan gambar kau. Encik Faiz, masuk la sekali." arah Alia selamba. Faiz Hakim yang dari tadi melihat pemandangan mengalih pandangan saat namanya disebut. Pandangannya dan Norhana bertembung. Lama. Lalu dia berjalan ke arah Norhana yan sedang berdiri di satu sudut. Masing masing agak kekok.
" uishh jauh nya, encik Faiz rapat sikit. Dah macam laki bini gaduh dah gaya nya" arah Alia. Muka Norhana berona merah. Alia ni datang selamba dia, tak kira dah dengan siapa dia bercakap.
" okay cantik! Ok sekarang kentut!! Eh senyum" jerit Alia. Saat itu juga la Faiz Hakim dan Norhana menghamburkan tawanya. Snap!.
Beberapa keping sempat diambil Alia. Alia tersenyum, sepadan betul mereka berdua tu. Desis hati Alia.

Sabrina merenung tajam ke arah Faiz Hakim yang sedang berjalan bersama Norhana. gelak ketawa antara mereka menyakitkan hati Sabrina.
"Faiz!!" U pergi mana hah? " soal Sabrina.
" Jalan- jalan" jawab Faiz Hakim selamba.
" Kenapa tak ajak I? Sampai hati tinggalkan I! I join trip ni sebab U je tau!" marah Sabrina.
" Kalau U nak jalan jalan pergi jela, tak semestinya kena tunggu I yang ajak. Lagipun U yang nak datang kan?" balas Faiz Hakim bosan. Norhana yang berada di situ tidak selesa melihat mereka berdua bertikam lidah lalu meminta diri untuk ke bilik. Sabrina memberi jelingan maut kepadanya. Faiz Hakim pun berlalu meninggalkan Sabrina disitu.
" Faiz! Faiz!! " jerit Sabrina. Beberapa mata yang memandang tak di hiraukannya.
"arghhh!!!" jerit Sabrina geram.

Hari ketiga di pulau Redang, mereka melakukan sukaneka pantai. Ada 5 acara semuanya. Norhana, Alia, Helmi dan Ray satu kumpulan. Dari satu acara ke satu acara. Kini tinggal acara terakhir iaitu acara bola beracun. Mereka akan melawan kumpulan Faiz Hakim, dan dianggotai Sabrina, encik Khairul dan Nadia. Sekarang kumpulan Norhana berada didalam dan perlu mengelak bola yang dibaling. Bola berada di tangan Faiz Hakim. Dia mula membuat balingan. Mereka berempat mula mengelak. Setelah beberapa balingan Alia dan Helmi terkeluar. Tinggal dia dan Ray. Bola berada di tangan Sabrina. Senyuman sinis terpamer diwajahnya. Siap kau perempuan! Desis Sabrina. Dia mengumpul seluruh tenaga lalu membaling ke arah Norhana, Bukk!! Tepat dimuka. Norhana jatuh terjelepok.
" Hana!!" Alia berlari ke arah kawannya. Sabrina tersenyum puas.
Faiz Hakim serta beberapa yang lain mendekati Norhana.
" Kau okay tak ni?" soal Alia. Norhana mengangguk
"Aku okay" kepalanya masih menunduk dan mata terpejam. Dia rasa pedih di dalam mata. Mungkin ad pasir yang masuk. dia mendongak kepalanya.
"Hana! Hidung kau... Darah!!" jerit Alia terkejut. Norhana yang masih blur meraba hidungnya. Darah merah melekat ditangannya.
" Aku okay. Korang main la, Lia kau ganti aku" ujar Norhana. Faiz Hakim yang diam dari tadi mula mengambil first aid. Dia duduk di sebelah Norhana. Sebelum itu dia juga arahkan permainan dihentikan. Semua staff mula beredar tinggal ahli kumpulannya dan juga Faiz Hakim, Sabrina pada mulanya tidak berganjak mula beredar kerana takut melihat jelingan Faiz Hakim.
Faiz Hakim membasahkan kapas lalu menyuruh Alia mengelap darah di hidung Norhana.
" ambil ni dan sumbat ke hidung nak bagi berhenti darah." ujar Faiz Hakim lalu menghulurkan kapas. Norhana menyambut dan mengikut arahan bosnya itu.
"buka mata saya tengok" arah Faiz lagi. Norhana membuka matanya perlahan namun hanya sekejap, rasa pedih membuatkan dia memejam kembali mata.
" awak buka perlahan lahan. Takpe sakit sikit je." ujar Faiz lagi. Norhana membuka perlahan. Faiz Hakim mendekatkan tubuhnya Lalu secara spontan dia meniup ke mata norhana. Alia dan Helmi yang menyaksikan adegan itu terkedu. Norhana mengerdipkan matanya beberapa kali. Setelah kurang pedih, dia meluaskan matanya dan saat itu dia terpana. Faiz Hakim duduk begitu dekat dengannya. Dia memandang Alia dan Helmi yang sudah tersengih. Dia berdehem perlahan lalu berdiri. Faiz yang seakan baru tersedar itu automatik bangun. Dia cuba mengawal riak malu.
" err. Terima kasih encik Faiz" ujar Norhana ikhlas.
"Sama-sama. Saya pergi dulu" ujar Faiz Hakim lalu beredar. Helmi membuntuti Faiz Hakim di belakang.
"untungla kau Hana, putera charming selamatkan. Aku pun untung dapat tengok secene hindustan tadi" usik Alia.
"takde maknanya scene hindustan, secene hidung aku berdarah ada la" jawab Norhana sambil mengambil begnya.
"aahkan... Tak guna punya minah obor-obor. Dia memang saja nak kenakan kau.kalau bukan sebab dia tu sepupu bos, memang makan pasir lauk cengkeram la jawabnya" ujar Alia geram.
"amboi gangster nya makcik. Sabar, control sikit. Kan dengar dek Helmi terus tak jadi nak buat isteri." usik Norhana sambil berlalu.
" okay apa dapat bini garang. Baru la dia takut nak curang" ujar Alia. Norhana yang sudah jauh meninggalkan dia ketawa. Alia mengejar kawannya itu lalu ketawa bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience