BAB 25

Romance Series 22361

Norhana mengemas meja makan. Hari ini dia sempat balik masak, gembira hatinya saat Faiz Hakim berselera menjamah hidangan yang disediakan, siap bertambah. Mamanya selalu pesan, ikat suami dengan air tangan kita sendiri. Selesai mengelap dia membancuh kopi o pekat kegemaran suaminya. Dia meletakkan cawan di atas meja.
" air bang" ujar Norhana lalu melabuhkan punggung di sebelah Faiz Hakim yang sedang menonton tv.
"thanks sayang" balas Faiz Hakim. Dia mencapai air kopi itu. Aroma yang amat memikat. Sejak kahwin, air yang dibancuh isterinya menjadi kegemarannya hingga dipejabat pun dia akan menyuruh Norhana bancuh untuknya.
"abang minta maaf sayang. Kalau tak kita dah berada di Mekkah sekarang ni" ujar Faiz Hakim lemah. Tangannya mengenggam erat tangan Norhana.
"takpe bang, Hana faham. Mungkin belum rezeki kita untuk ke sana lagi. Abang tak salah pun" ujar Norhana tenang.
" sayang... Abang tengok dekat Instagram sayang ramai yang frust tengok gambar kahwin kita" ujar Faiz Hakim. Ada riak cemburu. Norhana tergelak. Dia sudah muat turun gambar kahwinnya di laman sosialnya. Rata rata mengucapkan tahniah namun ada komen nakal menyatakan mereka kecewa.
" abang jealous ke? Sepatutnya Hana yang kena jealous sebab ramai puji abang tau. Ala biasa la orang kan ada hak untuk berkata kata. Yang penting Hana dapat jadi isteri abang, dan abang milik Hana sorang" ujar Norhana lembut. Faiz Hakim tersenyum senang.
"tau takpe" ujar Faiz Hakim lalu mencuit hidung Norhana.
" Abang.... Mana sabrina? Masa kita kahwin pun Hana tak ada nampak dia datang" soal Norhana.
" ohh.. aunty cakap dia pergi oversea. Sabrina tu suka berjalan sayang, merata dia pergi" ujar Faiz hakim. Matanya sedang asyik menonton tv.
" Ooo..." balas Norhana.
" abang, besok lepas kerja abang free tak? Hana nak keluar cari hadiah la untuk anniversary ayah dan mama la" soal Norhana.
" tak pasti sayang. Esok abang ada meeting dekat Putrajaya. Lau meeting tu cepat habis kita pergi ye" balas Faiz Hakim.
" eh! Takpe kalau abang busy, esok Hana boleh minta Alia temankan Hana"
" betul ni?"
" yer... Takpe Hana faham"
" im sorry sayang. Lately abang busy sikit. Lepas settle semua kita cuti ye" ujar Faiz Hakim memujuk.
Norhana mengangguk kepalanya lalu Faiz Hakim menarik isterinya kedalam pelukan. Mereka sama sama menonton tv sambil bergelak ketawa.

"kau nak cari hadiah apa untuk parents kau Hana?" soal Alia. Mereka sedang berjalan di sekitar shopping mall itu.
" aku pun tak pasti. Aku plan nak beli jam tangan untuk ayah aku dan gelang emas untuk mama aku. Ok tak?" soal Norhana kembali.
" ok gak tu..Hana, Encik Faiz busy lagi ke? " soal Alia.
" aah... Tu yang aku ajak kau teman aku."
"kesian korang, baru kahwin tak dapat cuti lama dah kena masuk kerja. Aku tengok encik Faiz tu jarang ada dekat office sekarang. Datang pun sebab nak jemput kau" ujar Alia. Norhana tersenyum.
" nak buat macam mana dah kerja dia beb. Lagipun aku lagi suka kalau dia busy, tak ada la duk keluar masuk bilik aku je. Kan satu kerja tak jalan duk layan dia. Aku bukan apa segan staff lain nampak." luah Norhana. Bukan dia tak suka cuma takut staff lain memandang serong kepadanya.
" alah, dah kau isteri bos, nak segan apanya. Ok la tu. Cuma aku tengok encik Faiz lagi ceria dari dulu. Dulu bukan main serius muka. Sekarang haa, dah macam terlebih gula" tambah Alia lagi. Norhana ketawa geli hati. Kawannya itu memang lucu.
Sedang berjalan sekitar situ, mata Alia terpandang sepasang susuk yang dikenalinya.
" Eh, Hana... Tu bukan encik Faiz ke?" ujar Alia mencuit Norhana yang sedang sibuk melihat deretan kedai. Norhana menoleh ke arah yang sama. Dia tersenyum saat melihat suaminya sedang bercakap bersama seseorang perempuan, mungkin klien atau rakan business dia. Tiba-tiba wanita itu menoleh ke arah yang sama seperti Faiz Hakim terus mati senyumannya. Sabrina!!?
"eh! Hidup lagi minah obor-obr ni. Bukan main gedik lagi dia tu.. Jom pergi dekat nak" ajak Alia.
"tak payah la, mungkin diorang tengah bincang pasal kerja" tolak Norhana namun tengok kepada kemesraan mereka berdua pasti bukan tentang kerja.
"tapi..." Alia tak puas hati.
"dah jom, aku nak masuk kedai jam tu" Norhana menarik tangan Alia. Mereka memasuki kedai jam berdekatan. Sambil Norhana memilih jam,
"Kau tak cemburu ke?" soal Alia. Pelik melihat reaksi tenang kawannya itu.
"kita perlu bersangka baik. Lagipun mereka kan sepupu, mestilah rapat. Lagipun aku taknak tuduh melulu" ujar Norhana namun Alia tak tahu resah dalam hatinya. Teringat kembali mesej yang diterimanya dulu.

"assalamualaikum sayang" bisik Faiz Hakim. Dia tertidur di sofa semasa menunggu suaminya balik. Dia bangun lalu memandang suaminya yang sedang melepaskan lelah.
"waalaikumusalam, abang dah makan? Kalau belum pergi mandi nanti Hana panaskan lauk. Kita makan sama-sama" ujar Norhana, dia mencapai blazer serta beg bimbit suaminya.
"baiklah, abang mandi dulu ye" ujar Faiz Hakim lalu masuk ke bilik untuk membersihkan diri.
Saat makan, Norhana hanya memandang suaminya makan Faiz menoleh kepada Norhana.
"kenapa sayang tak makan?" soal Faiz Hakim.
" hah? Aaa nak makan la ni, seronok tengok abang makan" ujar Norhana tersenyum.
"sayang masak sedap sangat, abang rasa berat abang dah naik la sayang, nak kena work out lebih sikit" gurau Faiz Hakim.
"errr...lepas meeting tadi abang terus balik office ke?" soal Norhana. Faiz Hakim menyudahkan suapannya yang terakhir.
" Aah, banyak kerja sayang. Tu yang balik lambat tapi balik lambat pun kalau sayang masak memang abang akan makan, air tangan sayang memang terbaik" puji faiz Hakim. Norhana tersenyum.
" dah jumpa hadiah mama dan ayah?" soal Faiz Hakim.
"dah, pergi beli dekat KLCC tadi dengan Alia" ujar Norhana menguji suaminya dan riak Faiz masih sama. Hanya mengangguk sahaja.
Hana keluar dari bilik air di dalam bilik mereka. Faiz pula duduk bersandar dikepala katil sambil tengok ipadnya.
" abang minta maaf sebab tak dapat teman sayang" ujar Faiz Hakim lalu meletak ipadnya di meja tepi katil.
" takpe.. Hana yang kena ucap terima kasih sebab abang bagi guna kad kredit abang untuk belikan hadiah untul ayah dan mama" balas Norhana pula.
"mama ayah abang juga. Lagipun ni hadiah pertama abang sebagai menantu ayah dan mama" ujar Faiz tersenyum.
"Abang... Hana nak tanya sikit abang marah tak?" Faiz menoleh ke arah Norhana.
"belum tanya lagi dah tanya abang nak marah ke tak?" usik Faiz Hakim. Norhana tersenyum nipis.
"tanya la sayang."
"abang sayang Hana?" soal Norhana sambil merebahkan badannya di sebelah Faiz Hakim.
" of course la sayang. Cinta abang hanya untuk sayang" ujar Faiz ikut berbaring lalu memeluk isteri yang dinikahi hampir sebulan itu. Wangian rambut Norhana membuai gelora jiwanya.
" abang janji takkan tinggalkan Hana?" soal Hana lagi.
" ye sayang... Kenapa ni? Tiba tiba je, are you tryingg to seduce me sayang?" ujar Faiz hakim. Nafasnya sudah tidak teratur. Renungan mata Norhana yang amat menggoda itu membuatkan dia tidak mampu untuk melawan. Norhana mengeratkan pelukan, merelakan sentuhan sang suami. hujan diluar menambah rencah asrama mereka berdua. Sebuah cinta yang membara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience