BAB 29

Romance Series 22361

Dia bangun dengan payahnya. Keadaan yang sarat membuatkan pergerakannya terbatas.
"sayang nak pergi mana?" soal Faiz Hakim sambil keluar dari dapur sambil membawa sepinggan buah.
" nak ke tandas" jawab Norhana payah. Sakit di bawah pinggang membuatkan mukanya berkerut. Faiz Hakim memimpin isterimya dengan penuh hati hati. Saat sampai ke pintu tandas tiba- tiba air jernih membasahi seluar tidurnya.
" ya Allah sakitnga bang!" jerit Norhana.
" sayang dah nak bersalin ni. Jom kita pergi hospital" ujar Faiz Hakim lalu membawa isterinya ke kereta. Nasib baik la mereka sudah letak segala keperluan ke dalam kereta memandangkan tarikh bersalin Norhana sepatutnya minggu depan.
" sabar yer sayang" ujar Faiz Hakim sambil menekan minyak. Norhana cuba untuk bertahan.

"Allah!!" jerit Norhana. Faiz Hakim disisi tak lepas memberi semangat. Sakit Tangannya digenggam kuat oleh Norhana tak dihiraukan,yang penting isterinya selamat.
" ok puan Hana, kita dah nampak kepala baby, bismillah ok sekarang push puan" ujar doktor wanita itu.
" bismillah... Arghh" jerit Norhana. Suara tangisan bayi lelaki kedengaran, Norhana menangis gembira.
" terima kasih sayang. Abang cintakan sayang sangat sangat. Terima kasih kerana sanggup lahirkan anak kita" bisik Faiz Hakim lalu mengucup lembut dahi serta pipi isterinya. Bayi diletak di dada Norhana. Tangisan anaknya menghilangkan rasa sakit bersalinnya.
"assalamualaikum anak mama" bisik Norhana.

Faiz Hakim mengambil anaknya di dalam baby court lalu dibawa puteranya itu ke katil isterinya.
"sayang, abang rasa baby lapar la. Dari tadi mulutnya ternganga-nganga." ujar Faiz Hakim memberi anaknya kepada Norhana. Selepas 3 hari di hospital, dia dibenarkan pulang dan berpantang di rumah ibu bapanya.
Saat Norhana ingin menyusukan anaknya, dia memandang Faiz Hakim.
" kenapa pandang abang" soal Faiz Hakim senyum.
" Hana nak bagi susu ni" ujar Norhana segan.
"ok bagi la.." balas Faiz Hakim masih tidak berganjak.
"abang....." ujar Norhana.
" sayang, abang takkan lepaskan peluang bonding kita sekeluarga. Abang nak rasai setiap kenangan keluarga kita, sayang dah banyak berkorban untuk lahirkan anak kita. Nak malu lagi ke dengan abang? Lebih dari ni pun abang dah tengok sayang" ujar Faiz Hakim berbaur nakal.
" gatal...." balas Norhana sambil menjeling.
" sayang jangan nak jeling abang macam tu. Sayang tu baru seminggu pantang. Jelingan sayang tu buat jantung abang ni macam terhenti" usik Faiz Hakim lagi.
" abang... Terima kasih kerana sentiasa di sisi Hana. Maafkan Hana sebab pernah berdosa dengan abang. Hana rasa bertuah sebab Allah kurniakan abang sebagai suami Hana" ujar Norhana sambil mengusap pipi suaminya. Faiz Hakim tersenyum bahagia.
" daddy yang bertuah sebab dapat mommy yang macam bidadari kan Faliq Haq?" agah Faiz kepada puteranya. Bulat mata Anaknya memandangnya.
"sayang dan Faliq adalah segalanya buat abang, sayang tak pernah ada dosa dengan abang sebab setiap masa abang ampunkan sayang." ujar Faiz Hakim sambil memeluk bahu Norhana. Norhana menyandarkan kepalanya ke bahu suaminya. Bahagia.
Sedang anaknya menyusu, Norhana bertanyakan keadaan Sabrina.
" macam tu la sayang, kesian abang tengok uncle dan aunty sedih melihat keadaan Sabrina. Doktor pun cuba sedaya upaya untuk pulihkan dia" ujar Faiz Hakim. Sepupunya itu mengalami masalah mental kerana sikapnya yang terlalu obses dengan cinta terhadap Faiz Hakim. Setiap hari dia meracau memanggil nama Faiz namun apabila Faiz Hakim pergi menemuinya Sabrina langsung tidak mengenalinya.

"hana harap Rina dapat sembuh kembali." ujar Norhana.
Faiz Hakim senyum lalu mengangguk kepala.
" amin..." ujar Faiz Hakim lalu mencium pipi isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience