BAB 4

Romance Series 22361

Laptop dimatikan. Selesai urusan menghantar permohonan kerja ke beberapa syarikat. Norhana merancang selepas kahwin, dia ada pekerjaan. Hampir 2 bulan dia bercuti. Sedar tak sedar lagi 2 bulan lebih dia akan melangsungkan perkahwinannya. Keluhan kecil dilepaskan. Dia memandang telefon dia atas meja. Adib sudah jarang menghubunginya. Mungkin sibuk dengan kerjanya.

Minggu lepas, selesai majlis perkahwinan abangnya, Hariss dan Mawar. Cinta yang hampir 5 tahun itu akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Apa yang mengecewakan Adib tidak datang ke majlis itu kerana outstation. Mengenangkan tunangnya itu membuatkan dia pening. Perubahan sikap Adib dapat dirasai Norhana.
"Abang ada masalah ke?" Soal Norhana saat makan malam bersama Adib.
"kenapa Hana tanya macam tu?" soalan dibalas dengan soalan oleh Adib. Dia hanya mengunyah makanannya langsung tidak memandang wajah cantik didepannya itu.
" takde la.. Mana tahu abang ada masalah kerja ke? Boleh kongsi dengan Hana, lagi pun lagi 3 bulan kita nak kahwin. Masa pergi fitting baju kahwin pun abang asyik dengan telefon je" jawab Norhana, tanda merajuk. Adib meletak sudu dan garfu.
"Look Hana, abang memang busy sekarang ni and you should understand me. Hana, abang serahkan semuanya dekat Hana uruskan. Abang ikut je. Okay!" ujar Adib agak keras. Lalu meneruskan makan
"cepat makan, lepas ni abang hantar Hana balik. Abang ada urusan" ujar Adib. Riak muka Norhana seperti ingin menangis. Kenapa dengan tunangnya itu?

Selepas Isyak, dia duduk di laman rumahnya. Norhana mengeluh lemah. Hariss yang kebetulan lalu di situ terpandang adiknya itu mendongak ke langit. Dia menghampiri Norhana perlahan.
"jauh termenung" tegur Hariss sambil duduk di depan adiknya itu. Dia perasan semenjak dua menjak ni Norhana banyak mendiamkan diri. Norhana senyum nipis.
" Hana ada masalah ke? Taknak kongsi dengan abang?" soal Hariss lagi. Norhana memandang Hariss sayu.
"macam mana kalau Adib tinggalkan Hana?" soalnya.
"ishh... Ada ke cakap macam tu. Hana dah nak kahwin kan? Lagi sebulan lebih lagi kan" marah Hariss
"Hana tak sedap hati la. Semalam Hana mimpi Adib bersanding dan pengantin perempuan bukan Hana" ujar Hana sayu. Entah kenapa mimpi itu menjadi bayangannya.
"mimpi tu mainan tidur. Kalau tersedar tengah malam tu maknanya Allah nak Hana solat sunat. Cuba Hana buat solat tahajud. Minta ditenangkan hati dan dipermudahkan segala urusan. Abang taknak Hana fikir yang bukan bukan okay,hilang seri pengantin nanti." Hariss cuba tenangkan hati adiknya itu. Hana mengangguk lemah.
" abang pergi la masuk, kesian kak Mawar takdak batal peluk dia" usik Norhana.
"amboi, mentang mentang nak kahwin pandai ek. Awak tu baru lesen L, dah dapat lesen P nanti entah entah tak keluar bilik" balas Hariss sambil ketawa. Norhana mencubit perut abangnya itu lalu Hariss lari ke dalam rumah sambil ketawa. Norhana tersenyum, menggeleng kepala dengan perangai abangnya yang suka mengusik.
Dia kembali melihat bintang di langit. Tangannya diletakkan di dadanya. Entah kenapa hatinya berdebar. Ya Allah, Kau permudahkanlah urusanku ini. Bisik Norhana didalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience