BAB 20

Young Adult Completed 21813

Syazlin menghayunkan buaian yang didudukinya di kawasan perumahan itu. Alang-alang duduk berseorangan, baik dia stalk Ezmeer. Cadangan yang sangat baik.

Kenapa indah betul ciptaan-Mu ini Ya Allah. Cis, poyo je kau.

Tiba-tiba namanya dipanggil. Syazlin menoleh dan dia menghela nafas panjang. Apa lagi yang dia nak?

"Kau nak apa?" Tanya Syazlin tanpa memandang wajah pemanggil namanya itu. 

"Say-- saya nak minta maaf pasal hari itu. Saya tak sangka diorang tu adik awak dan maaf sebab saya dah buat kepala awak luka." Ya, dia Laura Hanna.

"Hmmm." Syazlin malas layan.

"Please maafkan saya. Sumpah saya tak sengaja buat awak macam tu. Mulut saya lancang sangat time tu. I'm really sorry for those words. " Laura menunduk di tepi Syaz sambil bermain dengan jarinya.

"Nah, it's okay. Nabi pon maafkan umatnya, takkan aku yang macam setan ni tak dapat maafkan kau? " tambah Syazlin sambil menghayun buaiannya perlahan-lahan. Matanya masih memandang ke arah hadapan.

"Tapi orang cakap 'it's easy to forgive not to forget'. Saya yakin awak mesti akan ingat apa yang saya kutuk awak haritu." Ujar Laura perlahan.

"Yes macam yang kau cakap, easy to forgive hard to forget. Tapi aku seorang manusia yang mudah melupakan. So, kau jangan yakin sangat dengan ayat kau tu. Aku tak ingat pon apa yang kau cakap kat hospital haritu. " Syazlin tersenyum senget.

"Awak jangan tipulah. Takkan awak tak ingat apa yang saya cakap hari tu? Selalunya manusia ni akan ingat perkara-perkara yang buruk. Lepastu jadi dendam." Naif Laura berkata.

"Kau nak aku jadi pendendam? Dan kau nak jadi orang yang aku benci dan dendam? Kau nak ke? Bila aku cakap aku tak ingat apa yang kau maki aku hari tu means benda tu tak penting langsung buat aku. So, kau jangan risau. Aku tak berdendam dengan kau even benci pun tak cuma meluat je." jujur Syazlin meluahkan rasanya. Ha ambik kau Laura,kan dah membebel si Syazlin.

"Ohhh okay. I'm glad because you've forgive me. It's really meaningful for me, Syaz. Thank you."  tutur Laura sambil melabuhkan punggungnya dia buaian bersebelahan Syazlin.

"Ya ya ya, most welcome. "

Suasana senyap melanda untuk beberapa ketika. Syazlin dan Laura hanya menghayun perlahan-lahan buaian sambil menikmati angin yang menghempas wajah.

Tenang.

Hanya itu yang mampu digambarkan.

"Laura." suara Syazlin memecah kesunyian. Dia mengalihkan pandangan menghadap Laura. Entah kenapa, tiba-tiba dia rasa hendak berbual dengan minah itu.

"Macam mana kau boleh ada kat sini? Bukan rumah kau jauh dari taman ni ke?" Syaz terpinga-pinga.

"Haah, tadi saya keluar dengan kakak saya lepastu dia ada hal. So, saya suruh dia drop saya kat sini. Tak sangka pon boleh jumpa awak. " Laura bermain-main dengan hujung tudung labuhnya.
Syaz hanya mengangguk tanda faham.

"Syaz, boleh tak saya nak berkawan dengan awak? " ujar Laura secara tiba-tiba.

Syazlin hanya diam membiarkan soalan Laura tidak terjawab. Bukan tak sudi tapi tak mahu. Eh? Dia hanya mengangkat bahunya.

"Kau kalau nak kawan dengan aku boleh... "

Muka muram Laura bertukar teruja.

"...tapi kau kena tanya Adam dulu. Kalau dia on, so that's means aku pon on. Tapi aku rasa dia okey kot." Tambah Syazlin lagi.

"Okey inshaAllah, nanti saya tanya Adam sebab saya nak sangat-sangat bersahabat dengan awak." Excited Laura menjawab. Semangat betul. Apa yang seronoknya kawan dengan Syazlin tu?

"Buat apa kau nak tanya nanti sedangkan kau boleh tanya dia sekarang?" Syazlin menjongketkan sebelah keningnya sambil memandang Laura yang blur-blur alam.

Syazlin memuncungkan mulutnya ke arah belakang Laura. "Tu, dia ada belakang kau. Cepatlah tanya. Tunggu apa lagi?" Tak menyabar betul Syazlin Ameera ni.

Perlahan-lahan Laura memandang ke belakangnya. Kelihatan Adam yang tersengih sambil menggosok-gosok belakang kepalanya.

Gedik.

"Er--- hai? " Adam melambai tanganya ke arah Laura. Wow! You know what? This situation is really awkward.

Laura tersenyum sambil membalas lambaian Adam. Telinga Adam memerah. Malu.

"Yang kau gedik sangat sampai merah telinga tu apahal sia. Macam tak sesuai je dengan kau." Kedengaran suara menyambar seperti petir. Siapa lagi kalau bukan Syazlin, si mak lampir cacat.

Adam menjelingnya tajam. Spoil betul minah ni. Syaz hanya tersengih. Kau ingat aku tak tahu yang kau suka minah ni Adam? Nampak sangat la bro!

"Awak buat apa kat sini Adam? " Laura menegur Adam setelah suasana di situ menjadi tersangatlah kekok.

"Saya datang nak lepak dengan Syaz. Hanna pulak buat apa datang sini?  Nak join kitorang lepak ke? " Adam datang mendekat dengan buaian mereka.

"Err boleh ke saya join?" Tanya Laura. Dia takut. Dia takut ganggu Adam dan Syazlin.

"Eh asal pulak tak boleh? Awak classmate kitorang lah. Kan Syaz?" Adam menolak sedikit bahu Syaz yang khusyuk main handphone. Stalk Ezmeer je kerja kau.

"Ya, tengah lepak kan sekarang?  And haa, Laura nak jadi gang kita. Kau on tak? " Tanya Syazlin tanpa basa-basi.

"Serious lahh?!  Of course lah on. So, jom lepak!! " jerit Adam kuat. Terbang semuanya burung yang melepak di atas rumput.

Burung pon tak suka kau Adam.

"Terima kasih Syaz, Adam sebab sudi kawan dengan saya. Saya suka sangat dengan your friendship." Laura menunduk sambil tersenyum.

"It's nothing Laura. But, kau kena ingat jangan tak nak keluar pulak bila kitorang ajak lepak. Kau kan geng kitorang sekarang." Ujar Syazlin sambil memandang wajah suci Laura dan Adam.

Mereka terpinga-pinga. Syazlin mengerutkan dahinya.

"Korang dah kenapa tengok aku macam nak telan?"

"Aku macam tak percaya je kau ajak Hanna lepak tadi." Kata Adam yang masih memandang Syaz.

"Asal? Tak boleh?"

"Bukan tak boleh tapi aku cuma pelik. PELIK KAU TAHU TAK PELIK?!" jerit Adam di tepi telinga Syazlin.

"Bengang telinga aku, gila!" Syazlin menampar kuat telinga Adam. Lantak kau lah nak pekak ke apa.

Soalan Adam dibiarkan seperti angin berlalu.

Laura hanya tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience