BAB 34

Young Adult Completed 21813

Syazlin dan dua adiknya kini seronok melepak di atas sofa empuk di rumah Adam. Adam baru pulang dari Amsterdam 2 hari lalu jadi hari ni adalah masa terbaik untuk mengganggu. Nak tengok hadiah yang Adam beli sebenarnya. Hah!

"Nah air. Kau ni duduk elok-elok sikit tak boleh ke?" Adam yang menatang dulang terus meletakkannya di atas meja kopi di ruang tamu. Anak dara apalah yang boleh selamba badak baring atas sofa rumah orang.

"Baik bos." Terus Syazlin duduk langsung menyilangkan kakinya. Aryan dan Amril hanya menggelengkan kepala melihat perilaku kakak mereka. Buat baik tu sebab takut tak dapat hadiah lah tu.

Syazlin hanya mengendahkan pandangan adiknya sebelum mengambil minuman untuk membasahkan tekak.

"Mana mama Ani?" tanya Syazlin sambil mencari-cari keberadaan ibu kepada rakan baiknya itu. Adam hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu sebelum duduk berdekatan Aryan dan Amril. Sambung main game la, apa lagi.

"Mama ada ja kat sini." Jawab Datin Ani sebelum duduk di tepi Syazlin. Syazlin terus mencapai tangan Datin Ani untuk disalamnya. Dia tersengih memandang Datin Ani.

"Lama betul Syaz tak datang sini kan, dah lupakan mama ke?" Datin Ani mula menyerkap jarang. Dia memegang tangan anak perempuannya itu.

"Mana boleh Syaz lupakan mama Ani. Adam yang tak bawak Syaz datang sini. Syaz mana reti bawak kereta." Syazlin menjeling Adam yang khusyuk bermain game bersama adik-adiknya.

"Eh kau apahal sabitkan aku pulak ni. Cepuk kang baru tau." Ujar Adam walaupon matanya tidak terlepas daripada telefon pintarnya.

Syazlin mencapai bantal yang berada di sebelahnya lalu membalingnya ke arah Adam. Siapa suruh cari pasal?!

Adam berdiri dan mengambil tersebut untuk membalas perbuatan Syazlin tapi terhenti apabila melihat Datin Ani berada bersebelahan perempuan gila itu.

"Asal tak baling?" acah Syazlin sambil menjelirkan lidahnya kepada Adam.

"Kalau mama aku tak ada kat situ, dah lama bantal ni melekat kat muka kau. Dahla janganlah kacau aku main game." Adam kembali duduk di sofa sebelum kembali mengambil telefon pintarnya itu.

Syazlin tergelak besar melihat Adam yang mula protes itu. Takut kena marah dengan mama Ani lah tu.

Datin Ani menepuk perlahan peha Syazlin yang tak henti-henti ketawa untuk menyakitkan hati anak terunanya itu.

"Anak dara tak elok ketawa kuat-kuat macam ni." Tegur Datin Ani lembut sambil tersenyum memandang Syazlin yang telah dianggap seperti anaknya sendiri.

"Maaf ma,Syaz tak tahan tengok muka monyok Adam. Kelakar." Kata Syaz sambil memegang perutnya yang keras akibat ketawa terlalu banyak.

"Ada-ada saja kamu berdua ni, pening kepala mama. Syazlin dan adik-adik datang dengan apa tadi? Rasanya Adam tak keluar rumah pon hari ni." Tanya Datin Ani untuk kali keberapa sebelum bersandar pada sofa empuknya.

"Kami datang dengan Pak Mat tadi. Tak nak menyusahkan Adam. Mesti dia jet lag lagi tu." Kedengaran lembut suara Syazlin menjawab pertanyaan Datin Ani.

"Elehhh, kau memang suka menyusahkan aku pon." Bersahaja Adam menyampuk percakapan mereka berdua.

"Diamlah kau. Aku tengah bercakap dengan mama. Takyah la sibuk sangat." Syazlin memandang Adam dengan pandangan maut. Ni yang nak marah ni!

"Ikut suka hati akulah, tu mama aku bukan mama kau." Tanpa memandang wajah Syazlin, Adam menjawab. Dia memang sengaja mecari alasan untuk bergaduh dengan Syazlin. Macam anjing dengan kucing dah.

Belum sempat Syazlin membalas ayat pedih Adam, Datin Ani mengajaknya ke dapur untuk membuat dessert. Aktiviti yang sangat baik untuk mengelakkan pergaduhan besar antara Adam dan Syazlin.

"Nasib mama ajak Syaz ke dapur. Kalau tak, habislah rambut Adam. Syaz rasa macam nak tarik-tarik je rambut dia tu." Syazlin berkata sebelum melompat untuk duduk di atas kabinet dapur Datin Ani yang sedikit tinggi.

"Kamu berdua ni dari kecil sampai besar kerja bergaduh je. Mama dah tak tahu nak buat apa." ujar Datin Ani sebelum mengeluarkan segala peralatan untuk membuat puding jagung.

"Sebab tu kami rapat ma. Tak pernah berpisah." Jawab Syazlin sebelum mendekati Datin Ani.

"Nak buat apa ni ma?" Syazlin mula membelek segala bahan yang diletakkan di atas meja.

Ada satu tin jagung, tepung, gula, garam dan santan.

"Mama rasa mcam nak buat puding jagunglah. Okey tak?"

"Okey, lagi pun Syaz tahu cara-cara nak buat puding tu." Jawab Syazlin sambil menarik lengan bajunya hingga ke siku.

Syazlin mula mengambil mangkuk besar lalu dia masukkan satu persatu bahan yang telah disediakan oleh Datin Ani iaitu 1 tin jagung manis, I cawan tepung kastard, 1 cawan gula pasir, 4 cawan santan dan garam secukup rasa. Dia menggaulkan semua bahan sehingga sebati.

Syazlin menuangkan adunan itu dengan berhati-hati ke dalam periuk anti-lekat yang telah Datin Ani letakkan di atas dapur. Dia mula mengacau adunan itu sehingga menjadi pekat dan berkilat. Dia menutup api dan menunggu adunan itu sejuk seketika sebelum menuangnya ke dalam acuan yang berbentuk bulat.

Syazlin menepuk tangan melihat hasil puding jagungnya. Dia tersenyum memandang Datin Ani sebelum memasukkan puding itu ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.

"Pandai eh anak mama Ani buat dessert. Nanti papa Azman balik kita makan sama-sama okay." Puji Datin Ani sebelum memeluk Syazlin yang tinggi lampai itu.

Syazlin berasa selesa dan membalas pelukan itu. Ya Allah, dia rindu mummy. Dia mengeratkan lagi pelukannya dan menyembamkan wajahnya di pangkal leher Datin Ani sebelum tersedu menahan tangisan.

"Eh Syaz, kenapa menangis ni?" tanya Datin Ani dan cuba untuk meleraikan pelukan Syazlin tapi dia lagi mengeratkan pelukan.

"Let me hug you for a while. I miss her. I miss her so bad." Kata Syazlin perlahan tapi masih boleh didengari oleh Datin Ani. Habis basah baju Datin Ani disebabkan air mata Syazlin.

Her yang dimaksudkan Syazlin ialah ibunya. Ibu kandung Syazlin yang telah pergi menghadap Ilahi 10 tahun yang lalu.

Kasihan betul anak-anak ini. Hanya dapat merasa kasih sayang ibu dalam jangka masa yang singkat.

Datin Ani menepuk perlahan belakang Syazlin untuk menenangkan hati yang bersedih.

"Tak apa, mama Ani ada. Mama kan boleh jadi mama Syaz." Bisik Datin Ani ke telinga anak gadis ini.

Pelukan terasa dilonggarkan. Syazlin memandang wajah Datin Ani yang sudah lewat 40-an itu. Dia menyapu air matanya yang membasahi wajah.

"Terima kasih ma. Terima kasih sebab sudi izinkan Syaz dan adik-adik menumpang kasih sayang mama. Syaz sayang mama sangat-sangat."

Menitis air mata Datin Ani mendengar ayat Syazlin. Ya Allah, kau kuatkanlah mereka. Kentalkan hati mereka untuk menempuh ujian yang mendatang.

"Mama pon sayang Syaz dan adik-adik. Kita akan jadi satu keluarga sampai bila-bila okey." Kedua-dua belah tangan Syazlin dipegang dan dipaksa menarik senyuman.

Syazlin terharu dan terangguk-angguk mendengar ayat Datin Ani. Habis basah wajahnya dengan air mata yang tidak henti-henti mengalir seperti air terjun.

Ya Allah, terima kasih kerana hadirkan insan bernama Ani dalam hidup aku. Panjangkanlah umurnya Ya Allah. Aku sayang dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience