BAB 21

Young Adult Completed 21813

"Satu!"

"Dua! "

"Tig---- alaaaaa." semua penyokong mengeluh apabila Syazlin tidak dapat melakukan spike.

Ya, Syazlin tengah main bola tampar sekarang. Jangan risaulah, dia dah sembuh sepenuhnya selepas beberapa bulan.

Syazlin mengelap peluhnya yang menitik-nitik sebelum dia kembali fokus bermain.

Situasi sekarang berpihak kepada pihak lawan dengan mata 19-15.

Beza 4 mata! Set pertama sekolah Syazlin telah memenanginya.

Kalau mereka kalah set kedua, ya selamat datang set ketiga. Rubber match.

Syazlin mula mengambil posisinya di hadapan jaring. Dia mengangkat kedua tangannya tinggi dan melompat untuk menahan bola pihak lawan. Dan dia berjaya! Sekolah Syazlin mula mengejar pihak lawan.

Kedengaran suara pelajar-pelajar SMK Bukit Ungu, sekolah Syazlin, bersorak untuk pasukan mereka. Adam dan Laura juga bersorak untuk pasukan sekolah mereka.

Adam yang basah akibat peluh setelah sudah perlawanan bola tampar antara sekolahnya dan MRSM. Pihak lelaki bawah 18 telah memenanginya dengan 25-20 dan 25-24.

"Syaz,fighting! Awak boleh banggakan sekolah kita!" Jerit Laura yang berada di tempat penonton. Sis,  adakah anda lupa bahawa suara itu aurat? Jeng jeng jeng.

Adam hanya menggelengkan kepala sambil mengelap mukanya dengan tuala 'good morning.'. Dia berada agak jauh dari Laura kerana Adam tahu dia tidak selesa. Tambahan lagi, Adam yang hanya memakai jersey volleyball tanpa lengan.

Seksi sungguh.

Ralit dia memerhati Laura Hanna yang bertudung bidang 60 itu bersorak kepada Syazlin. Sejak berkawan haritu, mereka menjadi sangat rapat. Serupa belangkas!

Jeritan pelajar yang kuat menyedarkan Adam.

Oh, pasukan sekolahnya telah menjuarai set ini. Ini bermakna, pasukan bola tampar lelaki dan perempuan bawah 18 dapat masuk semi-final! Yihaaaaaaa!

Adam bangun dari duduknya lalu bergerak ke pasukan sekolahnya. Opssss, cari Syazlin sebenarnya.

"Woi!" Jerit Adam di tepi telinga Syaz yang sedang bersembang dengan Laila, player libero; player yang paling rendah.

"Eh bengang telinga aku! Kau ni kenapa?!" Jerit Syaz kepada Adam sambil menggosok telinga kanannya.

Adam ni, suka sangat jerit dekat telinga Syazlin. Cair tahi telinga.

"Maaf sayang, bukan kau tak tahu sebab apa kan?" Jawab Adam bersahaja tanpa menghiraukan Laila di situ.

"Sebab apa?" Soal Syazlin sambil mengerutkan dahinya yang banjir dengan peluh.

"Sebab kau tu pekak badak sumbu, badak air, segala badak ada dekat kau. Tu yang kena jerit tu. Bagi berdengung sikit gegendang telinga kau dengar suara aku yang merdu lagi lunak ni." Jawab Adam sambil tersengih seperti kambing. Kambing hitam yang paling hodoh sekali!

Syazlin yang kegeraman terus menampar lengan Adam yang tidak berlapik itu bertalu-talu. Laila yang memerhati terus berlalu pergi. Malas masuk campur hal rumah tangga orang.

Adam hanya mengelak. "Woii dah dah! Sakitlah bingai." Adam menggosok lengan putihnya yang mula kemerahan. Tamparan spiker! Memang menyengat!

"Ha padan muka kau. Cari pasal lagi." Balas Syazlin sambil membuka penutup botol minumannya. Haus.

Adam yang memerhati Syazlin melanggah air terus menolak kuat botol itu.

Dia terkejut dan tersedak. Dia batuk kuat dan mula tidak boleh bernafas. Air masuk ke dalam hidung! Syazlin memegang dadanya dan cuba bernafas perlahan-lahan walaupun sakit.

Adam hanya terkedu. Tak sangka jadi macam ni. Mampos aku.

Syazlin membongkokkan badannya sambil mengusap perlahan dadanya yang perit.

Dah lah letih baru habis game, sekarang tambah dengan sakit yang Adam kasi. Memang cari mati la mangkuk ni.

Dia menjeling Adam tanda kau-nak-mampos-ke?

Adam hanya menggaru kepalanya seperti beruk albino. Dia bergerak mendekati Syazlin.

"Kau memang nak aku mati ke weyh?" Tanya Syazlin tanpa sempat Adam membuka mulut.

"Kau memang suka kan kalau aku mati. Kan kau dah ada kau punya Laura tu. Aku dah tak penting kan? Sebab tu kau nak matikan aku terus. Betulkan Adam Cassiel?" Serang Syazlin sekali lagi.

Ah, sudah! Kenapa perempuan ni touching sangat ni.

"Mana ada Syaz. Kau janganlah pikir macam tu. Takkan aku nak bunuh kau. Kau kawan dunia akhirat aku weyh. Walaupun kita dah dapat kawan baru but you're still my favorite girl jarak friend." Adam mula membina ayat-ayat pujangga yang langsung tak lut dekat Syaz.

"Kau ingat aku kisah? Air masuk hidung kau ingat tak perit? Nak bernafas pon tersangkut-sangkut kau tau tak?! Tak guna betul."

"Sorrylah babe. Aku tak expected kot benda tu nak jadi. Maaf eh bobo." Adam menahan tawanya apabila melihat wajah Syaz yang masam berasid.

"Bobo? Bobo kepala hangguk kau lah! Benci betul lah bobo tu. Jangan sebut lagi boleh tak?" Syazlin mula menggosok telinga sekuat hati.

Anti betul dia dengan lagu terbaru Sajat itu.

"DI TELFON
NGGAK DI ANGKAT,ANGKAT
DI WASAP
NGGAK DI BACA,BACA
SMS
NGGAK DI BALAS,BALAS
OH SAYANG
KAMU DI MANA."

Adam mula berjoget di depan Syazlin. Eh perangai! Atlet sekolah ke ni?

Adam meninggalkan gadis itu dan terus bergerak ke stage yang ada mic di situ.

"Di telpon gak diangkat angkat
Di Whatsap gak dibaca baca
SMS gak direspon juga
Oh sayang kau lagi dimana

Sayang jangan gitu dong
Aku takkan berbohong
Aku akan jujur sayang
Aku tak akan berdusta

Semalam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja
Tadi malam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja

Semalam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja
Tadi malam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja

Semalam bobo dimana
Bobo sama siapa
Kamu ngapain aja
Sampai tak ingat pulang

Ditelpon gak diangkat
SMS gak dibalas
Di Whatsapp gak dibaca
Aku jadi curiga

Syazlin menepuk dahinya berkali-kali. Laki ni dah kenapa?

Aku akan jujur
Jangan kau banyak ngatur
Semalam aku tidur
Tapi bukan aku kabur

Semalam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja
Tadi malam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja

Katanya kau pergi ke kantor
Tetapi kok gak pulang pulang
Bilangnya kerjaan mu molor
Oh sayang ku jadi curiga

Sayang jangan gitu dong
Aku takkan berbohong
Aku akan jujur sayang
Aku tak akan berdusta

Semalam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja
Tadi malam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja

Semalam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja
Tadi malam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja

Semalam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja
Tadi malam bobo dimana
Bobo sama siapa
Ngapain aja
Bobo dimana

Dan Adam menyambung nyanyian dengan penuh semangat. Nasib suara sedap macam Junhoe iKON.

Syazlin tersengih. Dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu mula merakam Adam yang syok menyanyi.

'Balik ni aku edit, pastu post IG. Padan muka kau Adam. ' Syazlin tergelak kecil.

Adam memang tak tahu malu. Gila betul. Setelah selesai menyanyi, dia mula menyimpan mikrofon untuk dihantar ke pejabat sekolah.

Syazlin terus berlalu ke locker. Nak ambil beg, nak balik.

Nak lari dari Adam sebenarnya.

"Woi Syaz! Tunggulah." Jerit Adam sambil berlari-lari anak ke arahnya.

Syazlin hanya mengangkat sebelah kening sambil mencekak sebelah pinggangnya.

"Cepatlah, lembap betul."

"Kau tu yang laju. Cepat-cepat nak pi mana? Dok kalut tang pa?"

"Ishh aku nak balik lah. Letih. Esok dahlah ada game lagi." Ujar Syazlin lalu mula berjalan.

"Ya aku tahu. Aku pon ada game esok. Hah, kau balik dengan apa?" Tanya Adam setelah dia dan Syazlin mengambil beg masing-masing di locker, di bilik pemain bola tampar yang disediakan unit kokurikulum.

"Jalan kaki."

"Uishhh gila ke? Sekarang dah pukul 6 petang. Nanti kau sampai rumah dah malam." Adam memandang Syazlin dari sisi. Gadis itu mengeluh perlahan.

"Nak buat macam mana. Aku dah takda transport. Aku terpaksa jalan kaki lah. Selama ni pon aku jalan kaki, okey je." Balas Syaz tanpa memandang wajah Adam.

"Memang la okey sebab ada kembar. Petang ni kau sorang weyh! Kau jangan buat gila lah. Kau balik dengan aku petang ni. Okey?"

"Okey. Untuk kau semua okey. Lagi pon boek jugak, tak payah aku nak lenguh kaki bagai. Terima kasih sayangku!" Balas Syazlin kuat sambil tersenyum lebar.

"Amboi kau seronok tapi sebelum balik jom asar dulu. Aku belum solat lagi." Ajak Adam sebelum melencong ke surau sekolah.

"Jom, aku tunggu dekat meja luar lah." Balas Syazlin sambil meletakkan beg hitamnya di meja batu di luar surau.

"Asal tak masuk?"

"Cuti plus aku malas nak buka kasut. Hehehehe"

"Patut mood kau macam taik tadi. Rupa-rupanya hormone tak stabil." Bersahaja Adam membalas sambil melangkah masuk ke dalam surau.

Syazlin mengetap bibir. 

Tak guna punya Adam!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience