Dengan langkah longlai Syazlin melangkah masuk ke dalam kelasnya. Seperti biasa, dia hanya berseorangan di bahagian belakang tanpa kawan.
Bukan dia tiada kawan tapi dia tiada Adam.
Hidup yang selama ini ceria seperti sinaran matahari kini kelam tak ubah seperti langit yang mendung.
Syazlin kini lebih gemar menyendiri berbanding bergaul dengan rakannya yang lain.
Biarlah rakan sekelasnya mahu berkata buruk tentangnya. Dia sudah tidak kisah dan malas mahu ambil peduli.
Siapa tegur,dia layan. Tak tegur, Syazlin hanya melakukan halnya sendiri.
Lebih kepada mengulangkaji pelajaran sebenarnya. Walaupun dia tahu, tiada siapa pon yang akan bangga dengan keputusan yang mungkin dia akan terima nanti.
Tapi dia lakukan ini semua untuk dirinya, bukan untuk orang lain.
Kepalanya sentiasa menunduk, lebih kepada merendah diri buat masa sekarang.
"Kak! kak! " kedengaran suara budak lelaki menjerit daripada luar kelas.
Syazlin hanya menjeling seketika sebelum dia kembali menelaah bukunya.
Tak ada kaitan dengan aku, jadi aku malas nak masuk campur.
Pen diketuk-ketuk di dagunya sebelum kepala yang gatal digarunya.
Aku tak suka betul soalan matematik tambahan ni. Tapi, betapa yakinnya aku jawab addmath guna pen.
Dia mengeluh perlahan sebelum pen diletakkan di atas meja lalu badan disandarkan ke kerusi.
"Kak! Saya panggil akak dari tadi akak tak dengar ke? " mejanya ditepuk kuat membuatkan Syazlin terkejut lantas mengucap pantas.
Wajah budak lelaki yang menyergahnya itu dipandang sebelum nafas dihela perlahan.
"Ya, ada apa cari akak tengah hari macam ni? " Syazlin bertanya dengan keningnya yang terangkat sebelah.
"Saya penat betul la panggil akak tadi, habis air liur saya. " Dia berdecit perlahan.
Eh budak ni, aku pulak yang dimarahnya.
"Ha dah kenapa dok seru akak daripada tadi? Bagitahu cepat sikit boleh tak? " dengan perasaan geram dia memandang tajam budak lelaki yang berdiri tegak di hadapan mejanya.
"Akak tahu tak abang Adam bergaduh? Akak still boleh wak lek wak peace lagi kat sini? "
Syazlin yang mendengar terus berdiri tegak.
"Apa yang kau cakap ni? Dia bergaduh dengan siapa? "
"Dia bergaduh dengan Ezmeer, instafamous tu. "
"What?! "
Kuat suara Syazlin menyebabkan budak lelaki itu terlompat satu langkah ke belakang. Dadanya dipegang. Terkejut boboy.
Nasib tak mati kejung tengah hari panas macam ni.
"Janganlah jerit kak, mahu tercopot jantung saya. "
"Adam dekat mana sekarang? Cepat bagitahu aku sekarang! " Syazlin mencekak kolar baju sekolah budak lelaki itu kuat.
Badannya digoyangkan ke kiri dan kanan. Mata lelaki itu membulat. Ganas betul seniornya itu.
"At--atas rooftop bangunan lama sekolah kak. " tergagap-gagap suara lelaki itu.
Kalau lambat jawab, mesti dia mati tercekik.
Dengan pantas, genggaman di kolar baju lelaki itu dilepaskan.
Langkah besar diatur menuju ke arah bangunan lama sekolahnya. Kain sekolahnya diselak sehingga memperlihatkan legging hitam panjang di dalam.
Lariannya dilajukan. Dia perlu cepat tiba di bumbung sekolahnya.
Syazlin tak tahu sebab apa mereka berdua bergaduh.
Adam tak pernah berkelakuan begini. Kenapa dia tiba-tiba buat perangai.
Dada yang terasa perit dipegang sebelum larian diatur laju. Entah kenapa, dia sering sakit dada sekarang.
Tangga berlumut itu dipanjat laju.
Setibanya di bumbung sekolah, kelihatan kelibat Adam, Ezmeer dan juga Laura.
Apa ni?
Adam dan Ezmeer yang bertumbuk menyebabkan dia bernafas laju.
Laura yang menangis di tepi meja buruk itu dipandang seketika.
"Adam! " suara petir Syazlin memberhentikan perbuatan mereka untuk beberapa saat sebelum mereka kembali bergaduh.
Ya tuhan, kenapa ni?
Dengan pantas, Syazlin meluru ke arah mereka berdua dan menyelit di tengah.
Dada Adam dan Ezmeer ditolak ke tepi dengan sepenuh tenaga.
"SUDAH! SUDAH! BERHENTI! "
"Tolonglah berhenti! "
"Stop it! I said stop it! "
Pergerakan mereka berdua terhenti. Kedua-dua pasang mata lelaki itu memandang pada satu wajah.
Wajah Syazlin yang memerah seperti udang kena bakar menahan marah.
"Kenapa korang bergaduh ni? Kenapa? "
Perlahan sahaja suara Syazlin menyoal mereka namun masih dapat didengarinya dengan jelas. Sangat jelas.
"Kau tanya kawan kau sendiri." Ezmeer orang pertama yang membuka mulut setelah beberapa minit berdiam diri.
Syazlin mengalihkan pandangannya ke arah Adam. Menghadap wajah yang sukar untuk dia jumpa dalam beberapa bulan ini.
"Adam? Please explain. "
Gigi Adam digertap kuat. Penumbuknya digenggam kuat.
"Buat apa kau nak tanya aku? Kau tanyalah diri kau sendiri. Semua ni berpunca daripada kau! " jerkahan Adam menyebabkan bahu Syazlin terangkat akibat terkejut.
"Apa yang kau cakap ni? Aku tak faham?" wajah Adam dipandang. Kepalanya terdongak memandang Adam yang tinggi.
"Tak faham? Hah? Tak faham kau cakap" Adam ketawa kuat. Ketawa yang dibuat-buat. Rambutnya dikusut dengan kasar sebelum dia berjalan mengelilingi Syazlin.
Bahu Syazlin dicengkam kuat sebelum matanya tajam membalas pandangan Syazlin.
"Lepaslah, sakit. " Syazlin berdecit perlahan sambil cuba untuk melepaskan diri daripada cengkaman Adam.
"Syazlin Ameera, kenapa kau sanggup biarkan kawan kau ganggu tunang aku? Kau sepatutnya halang. Bukannya kau biarkan mereka berdua! Kawan jenis apa kau ni? " Ezmeer mula bersuara.
Syazlin yang terpinga-pinga sejak dari tadi terus faham dengan apa yang berlaku.
Semuanya sebab cinta bodoh mereka.
"Kenapa aku yang kau nak salahkan? Kenapa bukan tunang kau? Kalau dia tak melayan, tak adanya Adam nak dekat dengan dia. "
Cengkaman Adam dibahu cuba dilepaskan namun hampa. Makin kuat dicengkamnya.
"Eh perempuan, kau cakap baik-baik sikit. Kau tuduh tu tunang aku tau! " Ezmeer menjerit kuat dihadapan muka Syazlin.
"Memang tunang kau yang gatal. Jangan nak salahkan aku! "
Serentak itu, tamparan padu melekat di wajahnya serta badannya ditolak laju.
Diperlakukan serentak oleh lelaki yang pernah kau sayang adalah perkara yang sangat menyakitkan.
Sumpah, sakit sangat.
"Awak! Jom kita balik. Jom, saya dah tak nak awak bergaduh. Jom kita pergi dari sini. " Laura yang berdiam diri terus menarik tangan Ezmeer turun daripada bumbung sekolah.
Ezmeer hanya menurut sebelum memandang Adam lama tanda memberi amaran.
"Adam. " tubuh Adam didekati oleh Syazlin.
"Kenapa kau tipu aku? " Adam menundukkan kepalanya memandang lantai yang kotor.
"Aku bukan tipu kau. Tapi, aku tak sanggup tengok kau makan hati. Aku minta maaf Adam"
"Maaf? Aku rasa macam tak boleh nak maafkan kau. Hati aku sakit. Sakit sangat. " Adam menggenggam kuat bajunya.
"Adam, jangan macam ni." Dia cuba memegang lengan Adam yang berlapik baju lengan panjang.
"Don't touch me. "
Syazlin hanya mengendahkan amaran Adam lalu tetap mendekati sahabatnya itu.
"Aku cakap jangan dekat, jangan dekatlah! Kau ni bodoh ke? " Adam menolak kuat tubuh Syazlin sehingga dia terjatuh lalu dihempap meja yang reput.
Walaupun reput, sakitnya sangat luar biasa.
Dahi yang terasa berdarah dipegang. Allah.
"Aku mintak maaf Adam. Aku tahu kau suka Laura sebab tu lah aku tak bagitahu kau yang dia dah tunang. Aku tak nak kau kecewa." Dahi yang darah mengalir seperti air sungai itu ditekup kuat.
"Aku benci kau Syaz. Sumpah aku benci kau sangat-sangat. Sampai hati kau buat aku macam ni. Sampai hati kau buat aku kecewa macam ni. Kalau boleh putarkan masa, aku taknak kenal dengan kau. Aku tak nak ada kaitan langsung dengan kau. Aku benci kau Syazlin Ameera! Aku benci kau! " kata Adam sebelum meninggalkan Syazlin berseorangan di atas bumbung sekolah itu.
Sakit.
Hatinya sakit bagai ditusuk ribuan pedang mendengar kata-kata Adam.
Matanya berbalam-balam sebelum dia nenangis teresak-esak di situ.
Kenapa kau sanggup ucapkan begitu Adam?
Teruk sangat ke aku ni?
Aku cuma tak nak kau kecewa.
Tangan kanan yang dipenuhi darah menggenggan kuat baju sekolahnya. Tangan kirinya terketar-ketar menekup mulut menahan esakan yang semakin menggila.
Badan cuba dibawa ke tangga untuk keluar daripada bangunan itu.
Mata yang berbalam dek air mata menyebabkan penglihatannya tidak jelas. Fikirannya juga melayang melayan perasaan.
Satu persatu anak tangga dipijak sehingga dia tersilap langkah.
Lalu jatuh tergolek sehingga lantai yang terakhir.
Darah bertambah banyak keluar daripada kepalanya.
Pandangannya semakin kabur.
Tuhan, ampunkan segala dosaku.
Allah.
Kelam.
sakitnya bila sahabat sendiri tak percayakan kita
Share this novel