BAB 47

Young Adult Completed 21813

Badan yang letih terus dihempaskan ke atas katilnya. Syazlin terus mencabut tudung sekolahnya sebelum menarik nafas panjang. Hari yang memenatkan. Tapi apa yang memenatkan? Dia hanya baca novel je sepanjang petang itu.

Dia bingkas bangun lalu menuju ke tandas untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat asar.

Selesai sahaja berdoa, Syazlin terus mencapai al-Quran terjemahan yang agak berhabuk. Tanda sudah lama dia tidak membacanya. Dia mengeluh perlahan sebelum memeluk lama naskhah al-Quran itu.

Sumpah, dia rasa sangat berdosa. Dia seperti tidak mempunyai masa langsung untuk membaca walau sebaris ayat al-Quran. Walaupun dalam masa satu hari, mempunyai 24 jam. Ya Allah, dia rasa sungguh berdosa sekarang ni.

Helaian yang bertanda dibuka. Tempat terakhir dia mengaji beberapa bulan yang lalu. Ayat-ayat suci al-Quran mula dibacanya dengan keadaan yang tergagap-gagap. Bacaannya sudah tidak lancar seperti dulu.

Menitis air matanya membasahi helaian al-Quran. Air mata dan air hidung diseka sebelum di menyambung bacaannya.

Azan maghrib menyedarkannya daripada khusyuk membaca al-Quran. Agak lama juga dia mengaji.

Syazlin segera bangun untuk mengambil wuduk walaupun dia masih berwuduk pada waktu itu.Tak salahkan nak double wuduk?

Solat maghrib ditunaikan dalam keadaan syahdu. Entah kenapa dia berasa sangat lemau dan sedih pada saat ini. Doa dibacanya dengan sepenuh hati. Tidak dilupakan juga doa untuk kekasihnya yang telah lama pergi menghadap Ilahi, mummynya.

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya.

Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi

Dengan telekung yang masih belum dibuka, Syazlin mula bertafakur di atas sejadah. Dia mula termenung lama.

"Aiy kak, jauh termenung. Teringat pakwe ke?" suara Aryan mengejutkan Syazlin yang sudah jauh dalam lamunan.

Aryan berbaring mengiring di atas sejadah berhadapan kakaknya sambil menopang kepala. Wajah kakaknya ditilik seketika sebelum tersengih.

"Sejak bila Ari masuk bilik akak ni?" Syazlin membuka telekungnya sebelum memandang Aryan dengan muka toya.

"Lama dah, siap sempat tengok akak menitiskan air hidung tanpa sedar lagi." Kata Aryan sebelum mengekek ketawa.

Syazlin memegang hidungnya. Tak ada hingus pon?

Syazlin yang geram terus melemparkan telekungnya kepada Aryan. Budak ni suka mengusik. Telinga adik kesayangannya itu dipiat perlahan. Karang tercabut pulak.

"Aduh akak, janganlah main telinga. Pedih tahu tak." Adu Aryan dengan telekung yang terletak elok di atas kepalanya. Telinganya yang dipiat Syazlin digosok laju sambil memuncungkan mulut.

Dengan kelajuan cahaya,Syazlin terus menarik kuat bibir adiknya itu. Ha, nak muncung sangatkan? Biar jadi itik terus.

Wajah Aryan memerah mungkin kerana geram akan perlakauan kakaknya.Tangan Syazlin ditampar kuat.

"Woi sakit tahu tak?" Syazlin menggosok laju tangannya yang terasa perit dek penangan Aryan. Kulit yang putih itu bertukar merah. Boleh tahan juga tamparan Aryan ni.

"Siapa suruh usik Ari, kan dah mendapat. Dah lama dah Ari geram dengan akak ni. Alhamdulillah baru sekarang lunas rasa tu." Aryan tersenyum lebar sebelum menjelirkan lidah kepada kakaknya.

"Ngok-ngek betul lah kau ni." Syazlin menggelengkan kepalanya sebelum bergerak ke penyidai untuk menyangkut telekung dan sejadah yang digunakan tadi. Kepala Aryan sempat ditujal perlahan.

Aryan memegang kepalanya. Syazlin ni menyempat betul. Dia bergerak ke arah Syazlin sebelum menyangkut tangannya ke tangan Syazlin. Gaya seperti budak perempuan yang berkelakuan manja dengan buah hati. Tapi, situasi sekarang dah macam terbalik.

Syazlin memandang pelik Aryan yang secara tiba-tiba memeluk lengan kurusnya itu. Sebelah keningnya diangkat tanda 'kau apahal?'

"Jom turun, lapar. Ibu Ida masak tomyum malam ni."

"Lagipun, semua orang ada malam ni. Kan dah lama kita satu family tak dinner sama-sama?"

Syazlin yang mendengar perkataan tomyum, terus bercahaya matanya. Fuhhh, tomyum Ibu Ida yang paling sedap yang pernah dia rasa setakat ini. Ayat Aryan yang lain itu hanya diabaikan, yang penting makanan adalah segala-galanya.

Tudung sarung diambil, Aryan yang tidak melepaskan tangan kakaknya itu turut mengikut jejaknya. Sibuklah dia ni.

Who need clingy boyfriend when you have the most clingy yet annoying little bro?

"Jom turun!" ajak Syazlin sebelum dia mengheret Aryan turun ke bawah dengan cepat. Siapa suruh kau nak menyendel sangat kan?

"Kak, sabarlah!"

-----

Aiman Aqil terus menyembunyikan diri ke dalam bilik agak kelibatnya tidak disedari oleh Aryan dan Syazlin.

Aryan dan Syazlin yang bergelak ketawa di bahagian tangga itu diperhatikan buat masa yang lama sehingga mereka hilang daripada pandangan matanya.

Aiman bergerak menuju ke mejanya sebelum memegang beberapa keeping gambar yang bersaiz 4R. Gambar itu ditenung lama sebelum dilemparkan kembali ke atas meja. Dia mengeluh berat. Mukanya diraup kasar.

Kerusi ditarik kasar sebelum dia melabuhkan punggungnya. Tangan kirinya ditongkat untuk menampung berat kepalanya.

"Haih anak mama, kenapa ni?" Entah datang dari mana, Datin Amnah terus menegur anak terunanya itu. Dengan wajah yang ceria, Datin Amnah terus menepuk perlahan bahu Aiman.

"Tak ada apa pon ma. Kenapa mama masuk bilik Aiman ni? Nak bagitahu something ke? Tangan mamanya ditarik daripada terus menyentuh bahunya.

"Jom turun makan. Harini daddy pon ada untuk kita dinner sama-sama."

Aiman hanya menganggukkan kepalanya. Datin Amnah yang sudah bergerak ke pintu biliknya dipanggil. Datin Amnah berpusing dan memandang muka anaknya dengan penuh tanda tanya.

Sampul coklat bersaiz A4 diberikan kepada mamanya dengan wajah yang tidak boleh digambarkan. Rambut yang melurut jatuh ke dahi, ditolaknya ke belakang.

"Apa ni?" soal Datin Amnah dan dengan segera dia cuba membuka sampul itu. Aiman dengan pantas menghalang perbuatan mamanya.

"Nanti-nantilah mama tengok, jom kita turun. Aiman dah lapar." Kata Aiman sambil mengusap perutnya perlahan. Datin Amnah tersenyum memandang anaknya itu sebelum mengheret Aiman ke biliknya lalu sampul itu disimpan di dalam almari baju.

"Okay dah selesai. Jom kita turun sekarang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience