Disebabkan doktor tidak mahu mereka bertiga mengganggu Syazlin yang sedang tidur dan berehat, jadi mereka bertiga bergerak ke surau untuk menunaikan solat subuh.
5.57 a.m.
Lama betul mereka stay di hospital itu.
Keadaan Syazlin?
Entahlah, belum melawat lagi.
Mereka berteleku di atas sejadah surau itu sambil memikirkan sesuatu.
Nak pergi sekolah ke tak?
Pergi? Tak pergi?
Pergi? Tak pergi?
Mereka memandang muka masing-masing dan membuat keputusan iaitu :
i) Kembar tak pergi sekolah
ii) Adam pergi sekolah.
Amacam? Bernas tak idea itu?
"Jom kita pergi jenguk akak." Ajak Amril setelah sekian lama mereka bertiga membisu.
"Hmm jom lah. Kejap lagi aku kena pergi sekolah pulak, bukan macam dua orang tu." Adam sempat memerli kedua-dua kembar itu sambil melipat sejadah dan diletakkan kembali ke dalam rak yanh disediakan.
Aryan dan Amril hanya tersengih.
Mereka bertiga menuju ke wad Syaz.
Aryan menolak pintu wad itu dan dia terkejut bukan kepalang apabila melihat kakak kesayangannya itu.
Sebab apa?
Syazlin Ameera boleh duduk bersilang kaki dan makan epal sambil tengok televisyen pagi-pagi begini. Kau rasa? Tak macam orang sakit langsung.
Adam, Aryan dan Aryan hanya ternganga menonton aksi Syazlin yang tak serupa orang sakit walaupun dah macam mumia.
Syazlin yang tersedar ada orang yang memerhatinya terus mengalihkan pandangan ke arah pintu wad yang sedia tertutup. Dia tersengih memandang triple A yang mulut ternganga itu.
"Korang apahal tengok aku macam tu? Seram tahu pagi-pagi macam ni. " Syazlin mula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Jam dipandang, 6.30 pagi.
Mereka berjalan mendekati Syazlin. Amril berada di sebelah kiri katil Syaz manakala Aryan di sebelah kanan. Adam berada di hadapan katilnya.
Syazlin mengangkat-angkat kening ala-ala Ziana Zain sambil melihat mereka bertiga.
Aryan melekapkan tapak tangannya ke dahi Syaz yang berbalut kain putih.
"Hmmm tak panas pon." Gumam Aryan perlahan.
"Ari, memanglah dahi akak ni tak panas. Kau nampak tak berapa lapis dia balut ni? Aduhhh adik kesayangan aku ni, bengong juga ye?" Kata Syazlin sambil gelak terkekek-kekek.
"Kak. " panggil Amril.
"Yes? " balas Syaz sambil memandang wajah handsome adiknya itu.
"Akak ni tak trauma ke? Am pelik la, kalau perempuan lain mesti menangis meraung macam orang gila. Tapi akak ni relax macam tak ada apa-apa. Siap boleh bergelak ketawa lagi tengok tv. " Amril memandang wajah kakaknya yang penuh luka dan calar itu. Curious.
Aryan dan Adam hanya menganggukkan kepalanya.
Syazlin mengeluh perlahan.
"Akak ermmm haih. Akak bukan tak rasa takut langsung, to be honest, I'm really scared but I have to fight those feelings. Akak kena lupakan perkara tu walaupun sekejap. Siapa je boleh lupa orang yang hentuk kepala sendiri ke dinding kan?" Syaz tergelak kecil. Mereka memandang Syaz seperti hendak telan.
"Owhh tak lawak eh? " Syazlin bertanya.
"Syaz, kau ingat benda ni semua lawak ke? Aku kecut perut tau time Amril call aku cakap kau hampir kena rogol. Macam nak luruh jantung aku. Aryan pon menangis tak ingat dunia kau tahu? Yang kau boleh buat lawak pula. Kau tak faham perasaan kami Syaz." Adam meluahkan rasa. Baru puas hati.
Syazlin menunduk memandang tilam yang dia duduki ketika itu. Hujung jari dimain.
"I'm sorry. I-- I cannot think properly right now. I'm sorry because I've made that matter as a joke. I'm sorry, I don't even know that I'm near to be raped yesterday. I'm sorry because I'm disturbing your time. I really really sorry. I--" kata-kata Syaz terhenti apabila Aryan memeluknya.
"Akak jangan cakap lagi please. Kami dah maafkan akak, lagipun akak tak buat apa-apa salah dengan kami. Ari sayang akak." Aryan tumpas sekali lagi. Dia menangis teresak-esak di dalam pelukan Syaz.
Like a baby, Shah Aryan.
Cengengnya Ya Allah.
"Hey my baby. Janganlah nangis. Ari ni dah lebih dari akak la. Akak sakit tau Ari? Tapi Ari yang menangis ni kenapa?" Syazlin tergelak kecil melihat karenah adik bongsu merangkap adik kesayangannya. Mereka bertiga hanya ketawa melihat perilaku Aryan.
Boleh lari makwe kau ni Aryan. Aduhh.
"Ermmm Syaz. Aku nak balik sebab aku kena pergi sekolah. So, bye. Take care. " Adam memberitahu Syaz.
Syazlim mengangguk. "Kau dah maafkan aku kan Adam? And thanks sebab kau dah tolong. You're really my best friend till Jannah. " Syazlin merenung anak mata sahabat baiknya itu.
"Aku sentiasa maafkan kau Syaz and welcome. " dan Adam berlalu keluar dari wad itu.
"Kak, kenapa Am rasa korang sweet eh?" Tanya Am tanpa menunggu masa yang lama.
"Kau baru tahu ke? " soalan dibalas soalan. Syazlim mengangkat-angkat kening kepada Amril.
"Err." Amril berlalu masuk ke dalam tandas yang terdapat dalam wad. Syazlin hanya tersengih memandang adik lelakinya yang terlebih matang itu.
Dia mangalihkan pandangannya kepada Aryan yang berada dalam dakapannya.
'Aik, asal senyap je ni?'
Syazlin menepuk bahu Aryan dan memanggil nama adiknya.
Bahu terasa berat sebelah. Aryan sudah membuat air liur basi di baju hospitalnya. Haih, nasib sayang.
Dia menunggu Amril keluar dari tandas supaya dia dapat mengheret adiknya ke sofa.
Amril yang baru keluar tandas memerhatikan kakak dan adiknya.
Hmmm rapat betul.
Snap gambar kejap. Nak post dekat instagram.
Caption; They are part of my life. Love♥
Amril tag syazlin.ameera dan s.aryan.
Gambar Aryan yang tertidur di atas bahu Syazlin sambil berpelukan itu siap dipost oleh Amril. Gambar itu nampak sweet sangat. I kennot lah!
Amril menuju ke sofa lalu menonton televisyen. Dia hanya membuat tak tahu dengan Aryan yang sudah tertidur.
Amril terbahak-bahak apabila melihat aksi yang dipertonton di tv. Nak tahu cerita apa? Dora the explore.Apa yang lawak sangat pon dia tak tahu.
"Am Am. " terdengar Syaz memanggil suaranya. Terus laju dia meluru ke arah kakaknya itu.
"Angkat Aryan jap Am. Letak dia kat sofa. Dah sakit dah bahu akak plus kepala tengah mencucuk-cucuk je sekarang. Tolong eh Am. " Syaz memohon pertolongan adiknya itu sambil memicit-micit kepalanya.
'Arghhhh apahal sakit sangat ni? '
"Okey, kejap. " balas Amril lalu mengheret adiknya itu ke sofa. Lena betul. Letih menangis kot.
"Akak okey?" Tanya Amril apabila melihat wajah Syazlin yang berkerut menahan kesakitan. Dia hanya menggelengkan kepala.
Amril berlari keluar untuk memanggil doktor sesudah dia memberitahu kakaknya.
Doktor dan beberapa orang jururawat berlari mendapatkan Syazlin. Amril diminta tunggu di luar. Aryan? Biarlah dia tidur dalam wad itu.
Setelah beberapa ketika, doktor pon keluar dari wad kakaknya.
"Macam mana keadaan kakak saya doktor?"
"Dia okey cuma kepala dia agak sakit sikit akibat side effect kepada hentakan. Encik jangan risau, tiada yang serius. Saya beransur dulu ya." Doktor lelaki itu tersenyum.
Amril hanya mengangguk perlahan sebelum masuk kembali ke wad kakaknya.
Rest well akak, semoga cepat sembuh. Amril pon sayang akak sangat-sangat.
Share this novel