BAB 25

Young Adult Completed 21813

Pukkk!

Tepat bola tampar yang dispike pasukan lawan terkena pada muka Syazlin. Syazlin jatuh terduduk di gelanggang bola tampar sekolahnya itu. Dia memegang batang hidungnya yang terasa kebas penangan pasukan lawan.

'Macam mana aku boleh tak perasaan bola ni ditujukan ke arah aku?'

Well, adat permainan. So, no hate to them.

Pengadil mula meniup wisel untuk memberhentikan permainan untuk sementara waktu. Syazlin yang jatuh terduduk terus bergerak ke pasukan medik untuk merawat hidungnya yang berdarah. Boleh tahan kuat ahli pasukan lawan menampar bola itu tadi.

"Awak okey tak Syaz? Hidung awak macam patah je." Laura yang bertugas sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah bertanya tentang keadaan rakannya. Dia mula mencuci darah di hidung Syazlin menggunakan kapas.

Hanya itu yang mampu dilakukan oleh ahli pasukan medik sekolah apabila berlaku sesuatu kecederaan. Kecederaan yang serius akan dibawa terus ke hospital.

"Aku okey je. Tak adalah sakit sangat, tak mungkinlah patah. Kau bukan doktor pon kan Laura?" ujar Syazlin sambil tersenyum kecil melihat rakan barunya itu.

"Ish memanglah saya bukan doktor tapi hidung awak nampak macam teruk je. Risau saya dibuatnya." Laura yang masih meneliti muka Syaz membuka suara.

"Woaa girl, you got no chill la! Cuba relaks sikit, aku takkan mati hanya disebabkan hidung ni berdarah. Annoying pulak aku tengok kau sekarang ni. Haish." Syazlin bercakap secara terus tanpa mengambil pusing tentang perasaan Laura.

Kenapa?

Sebab semua orang dah masak sangat dengan perangai si Syazlin Ameera.

"Ishh awak ni. Kalau awak mati waktu awak tengah main nanti macam mana? Ajal tak kira waktu, tak kira tempat." Laura dah masuk mood nak mencucikan otak rakannya itu.

"Baiklah ustazah. Ana pergi dulu ya. Game dah start and I'm getting bored with your tazkirah cuci otak tu. Ciao dulu ya." Balas Syazlin sambil berlari-lari anak masuk ke dalam gelanggang permainan.

"Ish Syazlin ni. Degil betul." Omel Laura sendirian sebelum menggelengkan kepala lalu mula mengemaskan barangan yang telah diguna sebentar tadi.

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang keberadaan Adam Cassiel? Adam pon tengah bertungkus untuk memperoleh kemenangan bagi pihak SMK Bukit Ungu di gelanggang sebelah.

Kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan bawah 18 tahun mara sehingga peringkat akhir. Perkara biasa untuk sekolah yang telah diiktiraf sebagai 'Hurricane Spiker'.

Kedua-dua games yang berlangsung serentak telah tamat. Pasukan lelaki SMK Bukit Ungu telah mengalahkan pasukan sekolah SMK Sultanah Azizah dengan memenangi kedua-dua set pertandingan.

Pasukan perempuan SMK Bukit Ungu juga telah memenangi pertandingan kali ini dengan kemenangan tipis 25 berbalas 24 pada set kedua. Pihak lawan iaitu SMK Simpang Tiga juga sangat tangkas bertanding dengan mereka.

Kalau tidak cekap, tak adanya bengkak hidung si Syazlin tu.

"Woi, jom lepak." Adam entah datangnya dari mana secara tiba-tiba menyampuk perbualan Laura dan Syazlin. Setelah selesai majlis penyampaian hadiah, baru muncul wajah si Adam ni.

"Nak lepak mana?" tanya Syaz sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Haah awak. Nak pergi mana?" sampuk Laura.

"Jom pergi tengok wayang nak? Untuk meraikan kejayaan kita bersama gituw." Idea gila Adam terlintas dalam otaknya secara tiba-tiba.

"Aku rasa aku yang kena cium dengan bola tadi, bukannya kau. Yang kau jadi gila sangat kenapa?" peril Syazlin sambil memandang Adam dengan wajah yang pelik.

"Apa yang gilanya? Aku ajak kau dengan Laura pergi tengok wayang je kot." Adam mengerutkan dahinya. Patutlah Adam dan Syazlin menjadi sahabat baik, dua-dua buruk benar muka bila buat begitu.

"Sekarang?" tanya Syazlin sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Yes. Now!" Adam menekankan perkataan 'now' itu.

"Dah lah, aku malas nak layan manusia gila macam kau. Jom Laura kita balik. Apa bendalah ajak orang pergi tengok wayang waktu macam sekarang. Dengan peluhnya, bau busuk lagi. Gila punya Adam." Syazlin membebel panjang sebelum memasukkan segala barangannya ke dalam beg.

Dia menarik lengan Laura untuk berjalan menuju ke pagar sekolah.

Laura hanya tergelak melihat pergaduhan mini dua orang sahabat ini. Dah faham sangat perangai gila-gila mereka.

"Aku tak gila, kau yang gila." Adam muncul tiba-tiba setelah Syazlin dan Laura hampir tiba di pagar sekolah yang agak jauh daripada gelanggang yang mereka duduki tadi.

Syazlin yang terkejut hanya mengurut perlahan dadanya sebelum menjeling Adam. Laura hanya beristighfar perlahan akibat terkejut.

"Macam hantu lah kau ni. Terkejut tahu tak. Lain kali bagi salam dulu. Hehh."

"Betul tu Adam. Awak buat saya terkejut tadi. Mujur tak terberhenti jantung saya tadi." Laura menyokong Syazlin dengan kata-katanya.

Adam hanya tersengih seperti kerang busuk sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Dah korang berdua tinggalkan aku kat belakang. Tahulah dah jadi kawan baik sekarang tapi janganlah tinggal putera hensem yang kacak lagi comel ni. Kalau aku kena culik macam mana? Kesian mama aku nanti." Adam membuat muka comel di hadapan mereka berdua. Geli-geli jelah dia ni. Macam lapaq kaki saja.

"Stop it, Adam. Geli tahu tak. Jom lah hantar aku balik. Lagi lama dekat sini,lagi naik meluat aku tengok perangai kau la Adam." Syazlin mula menjulingkan matanya ke atas. Tanda dia sudah naik geli dengan perangai luar jangkaan Adam ni.

"Eleh kau geli la sangat. Sebenarnya kau suka kan. Mengaku je lah." Usik Adam sambil menyendelkan bahunya ke bahu Syazlin. Dahla berpeluh, melekap dengan orang pulak. Pengotor betul.

"Comel lah awak berdua ni, kahwin je lah." Laura yang hanya tersenyum dari tadi mula mengeluarkan suara.

"What?! Kau jangan cari pasal Laura. Tak nak aku." Ujar Syazlin sebelum melabuhkan punggungnya di atas bangku sekolah yang terdapat di wakaf berdekatan wakaf sekolah.

"Apa benda la awak ni Hanna, saya tak nak dekat Syaz ngok ngek tu. Err." Adam membuat gaya geli sebelum duduk di bangku berhadapan dengan Syazlin.

Syazlin hanya menjelingkan matanya kepada Adam. Kau ingat aku nak sangat dekat kau? Hak alahhhh.

"Korang bergaduhlah dulu. Walid saya dah datang, saya balik dulu ye. Bye!" Laura Hanna berlari anak ke kereta walidnya sebelum dihempuk oleh Syazlin yang panas baran itu. Dia tergelak kecil sambil melambai tangan ke arah Adam dan Syazlin.

"Tak guna punya Laura. Geram pulak aku dengan dia ni. Kau tengoklah nasib kau minggu depan. Eiiiiiii!" Syazlin mula membebel sendirian tanda geram.

"Dahla berhenti membebel, jom kita balik." Ajak Adam sebelum menggalas beg sandangnya dan juga beg Syazlin. Aik baik pulak kau?

"Crush kau tu la, tak habis-habis nak usik aku dengan kau. Dia tu tak tahu ke yang kau suka dia. Tak habis-habis nak kenenkan aku dengan kau." Ujar Syazlin sejurus masuk ke dalam kereta Adam.

"Dia mana tau aku suka dia. Kang dia tak nak berkawan dengan aku pulak kan? Yang kau ni asyik tak nak dekat aku je kenapa? Aku ni full package tau. Dah la hensem, comel, pandai,beriman pulak tu. Ruginya kau. Untungnya Hanna aku." Adam mula berangan sambil memeluk stereng keretanya.

Ha sudah mamat ni. Masuk bakul angkat sendiri nampak gayanya. Syazlin menepuk perlahan dahinya. Masalah juga ada kawan kuat perasan macam dia ni.

Syazlin menampar lengan Adam yang mula berangan itu. Adam melihat wajahnya sambil berkerut dahi dengan muka yang penuh tanda soal.

"Kau nak hantar aku balik ke tak ni? 10 minit dah masuk dalam kereta ni, kau start enjin pon belum."

"Oh ye eh? Minta maaf tuan puteri. Ayuh kita gerak sekarang." Adam mula memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan ke rumah Syazlin.

"Pagi tadi kau cakap nak cerita pasal problem kau tu. Cepatlah cerita dekat aku sekarang. Jauh lagi nak sampai ke rumah kau ni." Tanya Adam secara tiba-tiba.

Syazlin yang mendengar hanya membuat tidur. Dia malas mahu bercerita tentang hal itu. Buat sakit otak saja.

Adam yang berasa pelik apabila soalannya tidak berjawab terus memandang ke sebelah kirinya. Dia mengeluh perlahan. Tidur rupanya minah ni, patut tak jawab soalan aku.

Syazlin hanya tersenyum kecil mendengar suara Adam yang bernyanyi kecil sepanjang perjalanan menuju ke rumahnya. Dia berpura-pura tidur sehingga tiba di kediamannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience