BAB 60

Young Adult Completed 21813

Matanya yang tertutup sejak dari tadi cuba dibuka perlahan-lahan.

Namun, cahaya yang menerobos masuk tepat ke dalam matanya menyebabkan Syazlin kembali menutup matanya.

Setelah beberapa saat, dia kembali membuka matanya lalu mengelipkannya beberapa kali.

Hidung yang terasa gatal ditonyoh dengan penuh perasaan. Mujur sahaja tidak tercabut.

Mulut yang ternganga dek kerana kuapan ditutup menggunakan tangan kanannya yang terasa berat.

Tangan itu dilihat seketika sebelum Syazlin menganggukkan kepalanya tanda memahami situasi sekarang.

Tangan kanan yang telah cantik dilekatkan jarum IV drip itu dibelek berkali-kali.

Sedikit darahnya bercampur dengan cecair Sodium Chloride yang elok bergantung pada tiangnya. Warnanya sangat memikat hati walaupun tangan Syazlin sudah mula membengkak.

Syazlin cuba bangun daripada terus berbaring di katil hospital itu.

Entah kenapa, kali ini doktor cantik mahu tahannya di wad. Selalunya, Syazlin hanya akan dirawat di bahagian pesakit luar atau  di pejabat doktor cantik.

Kakinya diturunkan ke sebelah katil dan dia menghayunkan kakinya ke depan dan belakang. Tudung sarung hitam yang senget dibetulkan.

Matanya meliar ke sekeliling wad yang boleh menempatkan 4 orang dalam satu masa. Katil di kiri dan hadapannya kosong.  Manakala, katil kiri yang bertentangan dengannya itu diduduki oleh seorang wanita tua. Mungkin, sebaya dengan arwah mummynya.

"Eh Syaz, dah bangun? " tegur Kak Siti, salah seorang jururawat di hospital kerajaan itu.

"Dah boleh berlari dah kak. " Syazlin tersengih memandang wajah ayu perempuan itu. Sungguh comel.

"Eh memandai je awak tu. Cubalah lari kalau nak kena ceramah dengan doktor cantik awak tu. " bebel Kak Siti sambil mula memeriksa tubuh badannya berserta IV infusion itu.

Kak Siti cakap, badan aku kurang air sebab itulah mereka cucuk aku. Tapi, aku kuat kencing kot. Datang mana airnya tu?

"Kenapa doktor cantik nak tahan saya kak?  Selalunya buat kemoterapi ni sekejap je . Pastu rehat dekat rumah kan? " Matanya berkerdip memandang mata Kak Siti yang tersenyum lebar.

Jarang nak jumpa nurse kuat senyum, selalunya garang gila. Takut betul.

Syazlin sudah memulakan rawatan untuk penyakitnya beberapa bulan yang lalu setelah disahkan dia menghidapi Kanser Hati tahap 3 atau nama saintifiknya Hepatocellular carcinoma (HCC)

Hampir ke tahap kritikal.

Kanser hati memang sukar dikesan dan kebanyakkannya dikesan setelah berada pada tahap yang teruk seperti Syazlin.

Tepat satu minggu setelah keputusan SPM dihebahkan, dia disahkan ada kanser.

Awalnya, luluh perasaanya apabila mendapat tahu tentang perkara itu.

Namun, dia cuba untuk terima dengan hati yang redha walaupun hatinya tidak dapat berfungsi sepenuhnya sekarang.

Sekarang, Syazlin menjalankan regimen pertamanya iaitu selama 18 minggu dan mengandungi 6 kitaran kemoterapi.

Syazlin telah berada di kitaran ketiga.

"Yang itu, awak kena tunggu doktor cantik datang. Nanti dia akan terangkan sebab awak kena tahan kali ini okay sayangku? "

Syazlin hanya mengangguk faham sebelum dia menghantar pemergian Kak Siti dengan hujung matanya.

Mata Syazlin sekarang agak sedikit kekuningan dan tubuh badannya sedikit susut.

Perutnya juga sering kembung. Mungkin disebabkan Hepatomegaly iaitu hati yang membesar dan membengkak.

Sakit sebenarnya. Sakit sangat-sangat.

Selipar jepun dipakai. Tiang yang disangkut dengan botol Sodium Chloride itu ditolak mendekati katil wanita tua yang menarik perhatiannya sejak dari tadi.

"Assalamualaikum mak cik. Mak cik sihat? Kerusi di sebelah wanita itu ditarik sebelum didudukinya dengan selamba badak.

"Waalaikumsalam. Tak sihat sebab tu la ada dekat hospital ini. " tenang sahaja wanita itu menjawab pertanyaan Syazlin.

Syazlin hanya tersengih sebelum menggaru-garu kepalanya yang terasa gatal tiba-tiba.

Dah kenapa jadi bodoh pulak kau ni?

"Maaf mak cik, terlupa pulak kita ada di hospital sekarang ni. Apa nama mak cik?  Nama saya Syazlin, mak cik boleh panggil saya bidadari. " Syazlin menghulurkan tangannya untuk menyalami wanita tua itu.

"Nama mak cik Fatimah, boleh panggil Mak Teh saja. "

Mak Teh menyambut huluran Syazlin sebelum tangannya dicium.

"Patutlah panggil bidadari, cantik betul anak ni ye. " Mak Teh menggosok perlahan kepala Syazlin.

"Kan, cantik macam bidadari dari sorga. " kata Syazlin sebelum disambut oleh tawa Mak Teh.

"Syazlin sakit apa? " Mak Teh memandang tepat ke dalam mata kuningnya itu. Salah satu tanda untuk penyakitnya itu.

"Sakit biasa-biasa saja Mak Teh. Sesuai untuk orang biasa-biasa macam Syaz. " senyuman kecil ditariknya.

"Kamu ni positif orangnya. Untung ibu bapa kamu dapat anak macam kamu. "

Tapi, daddy benci saya mak cik. Dia buang saya. Dia tak percayakan saya langsung. Walaupun sedikit.

Syazlin hanya tersenyum hambar.

"Syazlin ni umur berapa?  Nampak seperti muda lagi. Macam sebaya anak mak cik aje. " air muka Syazlin yang berubah kelat cepat dikesan oleh Mak Teh lantas dia cepat-cepat dia menukar topik perbualan.

"Saya baru 18 tahun. Sama ke dengan anak mak cik? " Syazlin menopang dagu memandang wajah tua itu.

"Anak mak cik baru 16 tahun. Tak samalah pulak."

"Kalau tak, Syaz bolehlah jadi menantu Mak Teh." ayat yang keluar daripada mulut Syazlin mendapat cubitan kecil daripada Mak Teh.

"Anak Mak Teh perempuan lah. Mana boleh jadi menantu. "

Mereka serentak ketawa mendengar ayat Mak Teh.

Kau ni Syazlin, selalu malukan diri sendiri.

"Tapi Mak Teh ada anak lelaki, nak try ke? "

"Eh boleh try ke? Bak sini number phone dia Mak Teh. "

Perbualan mereka makin lama makin mengujakan sehingga mendapat teguran daripada sister kerana ketawa terlalu kuat.

Ops, maaf sis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience