BAB 10

Young Adult Completed 21813

"HAHAHAHAHA kak, tengok muka piggy-piggy tu! Macam muka Am la kak! " jerit Aryan yang sedang baring di sebelah kakaknya.

"Haah lah Ari! Sama gila weyh!" Jerit Syazlin kembali. Tak padan dengan sakit.

"Kau cakap baik-baik sikit eh Ari. Kalau muka aku macam piggy-piggy, kau pon muka macam piggy-piggy jugak! " Amril menjeling adiknya. Dasar kembar tak sedar diri!

"Eh, kenapa pulak? " Aryan mengerutkan dahi.

"Yalah, kau tu kembar aku. Muka kita dahla sama. Jadi kita piggy-piggy bersama." terang Amril sambil menggigit sebiji epal merah. Dia juga turut berbaring di sebelah kiri Syazlin.

Jadi, mereka bertiga berbaring di atas satu katil hospital. Relax la. Katil besar.

"Haah jugak kan Am. Tapi aku handsome dari kau la weyh." Aryan mengurut dagunya seperti berfikir.

"Cis, aku lagi handsome okay. " Amril menjeling adiknya, Aryan.

"Aku lagi handsome! Full stop. " jerit Aryan sekuat hati. Dasar anak bongsu manja, tak sedar diri ke yang kau sekarang dekat hospital?

"Eh diamlah! Aku nak layan kartun ni pon tak boleh lah! Bising betul. " marah Syazlin yang sudah terasa bingit dengan suara nyaring kembar itu. Buat naik darah aku je.

"Erm maaf. " ujar pasangan kembar itu.

Syazlin menjeling lalu kembali menggigit epal merahnya. Lapar.

Sedang mereka berseronok menonton televisyen, Adam datang.

"Hye guys!" sapa Adam sambil meletakkan dua kotak pizza di tepi katil Syazlin.

"Hye." ketiga-tiganya membalas.

"Kau baru balik sekolah ke Dam? Lambatnya. Sekarang dah pukul 3.30 petang dah." Tegur Syazlin apabila dia perasan yang Adam masih lagi memakai pakaian rasmi sekolahnya itu.

"Tak lah. Aku balik sekolah pukul 1.30 p.m. tadi. Kau ni baru kena hantuk sikit takkan dah lupa jadual kelas kot?" balas Adam lalu bergerak ke arah sofa yang empuk di hadapan katil Syazlin. Dia duduk lalu menyandarkan diri sambil memejamkan mata. Fuhhhh heaven.

"Ishhh kurang ajar eh kau ni. Taklah, aku hairan tengok kau yang tak pernah-pernah pergi jalan pakai baju sekolah dan kenapa kau tak balik rumah dulu tadi? Tukar baju dulu, baru datang sini.Kau kan selalu smart je. Nak jaga ke-handsome-an lah katakan. " Syazlin menjeling sahabatnya di sofa itu sambil menggigit epalnya yang masih bersisa.

"Tadi lepas habis sekolah aku pergi lepak. Lepastu pergi PizzaHut sebab nak belikan kau pizza lah. Aku tau kau bukannya suka makan makanan hospital. By the way, aku memang handsome. " Adam memandang Syazlin lalu mengenyitkan mata.

"Auchhhhh!" Aryan mengaduh kesakitan sambil memegang dadanya. Berkerut-berkerut dahinya seperti menahan kesakita yang teramat.

"Kau kenapa Ari?" tanya Syazlin dan Amril serentak.

"Kenapa akak dengan Adam sweetttttttt sangat. Sakit jantung Ari." Perkataan sweet itu ditarik panjang olehnya.

Amril dan Syazlin terus menampar perlahan kepala dan lengan adiknya. Biasa nih!

Adam hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah tiga orang adik beradik itu.

Dia mengalihkan pandangan ke arah siaran tv dihadapannya.

'Cartoon? Dah tak ada cerita lain ke yang depa boleh tengok? Aiyyyy. '

Baru sahaja Adam memanjangkan tangannya untuk menggapai remote, handphonenya berbunyi menandakan suatu mesej telah masuk.

Dia mengambil Huawei p20 lalu membuka aplikasi whatsapp.

Ezmeer rupanya yang send message.

Ezmeer

Kau dekat mana ward mana Adam?

Ward Syaz lah. Tanya pulak

Ishhh yang tu aku taulah!

Ward Meera number berapa bingai.

Ward 25, aras 4

Selepas sahaja membalas chat Ezmeer, Adam menukarkan phonenya kepada aeroplane mode. Nak save battery and nak mengelakkan gangguan seperti Ezmeer.

Adam kembali menonton televisyen sambil berbaring di atas sofa panjang. Selesanya.

Matanya mula memberat lalu dia terlelap di situ.

Syazlin hanya duduk menyandarkan dirinya kepada dada Shah Aryan. Manjanya.

Syazlin memeluk pinggang adik kesayangannya itu sambil menonton tv. Shah Amril yang cemburu terus memeluk kakaknya dari tepi. Dah macam kereta api.

Syazlin memandang Amril yang memeluknya.

"Hey Am, kenapa ni hmm? " tanya Syazlin perlahan. Dia mengelus perlahan rambut adiknya itu.

Cukup-cukuplah membawang tu, kami bukan sumbang mahram okay. Masih tahu halal haram.

"Tak ada apalah kak. Cuma cemburu bila tengok 'kemesraan' akak dengan Ari haha." luah Amril sambil mendongak memandang kakaknya.

"Janganlah jeles Am. Akak pon sayang Am sama macam akak sayang Ari. Cuma Ari ni manja terlebih, kan dia anak bongsu. Dia punya manja tu boleh dikasi kaki. " mereka berdua tergelak setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut Syazlin.

"Yelah, Am janji. Lepasni Am tak jeles lagi." ujar Amril sambil mengangkat sebelah tangannya gaya seperti ikrar.

"Hah macam ni lah adik Syazlin Ameera!" jerit Syazlin, kuat.

"Aduhhh. " mengaduh sakit Syazlin apabila kulit dahinya rasa seperti mahu terkoyak. Tulah, excited sangat. Kan dah sakit.

"Eh kenapa akak? " terus terduduk Amril apabila terdengar suaranya kakaknya mengaduh sambil memegang dahinya yang berbalut.

"Sakit sikit sebab terover jerit hehe. Tak ada apa-apa pon. "

Tergeleng-geleng kepala Amril melihat kakaknya. Tak matured lah.

Tiba-tiba pintu wad itu diketuk, terjengullah muka seorang mamat yang Syazlin puja.

Siapakah dia?

Ezmeer Adly.

"Am, Am lindung akak jap. Akak nak pakai tudung ni. " arah Syaz sambil kalut menyarung tudung. Tadi dia hanya memakai selendang sebab Adam kan dah tertidur. So, bebaslah sikit masa tu.

"Ya okay kak. " Amril bergerak menghalang pandangan Ezmeer daripada melihatnya.

"Okay dah. Thanks Am" ujar Syazlin sambil tersenyum lalu menarik tangan adiknya supaya duduk disebelahnya. Aryan sudah enak dibuai mimpi.

Syazlin mengalihkan pandangannya ke arah Ezmeer lalu tersenyum.

"Hai Meer!" senyum. Ezmeer senyum kepadanya kembali. Ahhhh cair.

"Hai Meera. Sihat? " tanya Ezmeer sambil menarik kerusi yang disediakan di tepi katil.

"Macam ni lah haha. " balas Syaz sambil mendepakan sedikit tangannya.

"Macam mana kau boleh tahu aku masuk hospital ni Meer? " tanya Syaz dengan nada curious.

"Adam yang bagitahu. Aku yang paksa dia. By the way, kenapa kepala tu teruk sangat Meera? Kau accident ke apa?" Tanya Ezmeer kembali.

Errr nak jawab apa eh? Dia memandang Amril. Amril hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Syazlin mengeluh perlahan.

"Haah aku accident semalam." Hampir dirogol pon dikira sebagai accident jugak kan?

"Macam-macamlah kau ni. Apa-apa pon get well soon, dear. " ujar Ezmeer dengan tenang.

Dear?! I'm melting! Haha.

"Haha thanks!" Balas Syazlin kembali.

"Welcome."

"Meera. "

"Ya? "

"Mana Adam? "

"Tu, tengah tidur kat sofa. Letih sangat kot." Ketiga-tiga mereka yang berada di situ memandang Adam yang nyenyak tidur.

"Mungkin. Sebab dia pon tidur dalam kelas tadi and dia nampak letih sangat. " terang Ezmeer.

"And, who's those boys? Sorry, I'm just curious."

"Nah it's okay. Dorang adik aku. Twins. Yang ni Shah Amril dan yang tengah terbongkang tu Shah Aryan." Gigih Syaz memperkenalkan mereka.

"Hi bro. " tegur Amril sambil tersenyum.

"Hi. Hensem eh kau ni haha. " puji Ezmeer. Ikhlas.

"Eh yeke bro? Thanks! " kembang semangkuk Amril apabila dipuji sebegitu.

"Excuse me. Aku nak ke toilet jap boleh? " sopan Ezmeer meminta izin.

"Ha pergilah. Toilet tu dekat situ je."

Dan Ezmeer terus lesap ditelan tandas.

Syazlin pon perlahan-lahan bergerak menuruni katil itu.

"Eh akak nak pergi mana?" Tanya Amril.

"Nak kejutkan Adam. Amril tolong pimpin akak jap eh. Kaki tempang pulak hmm."

"Ishh apa cakap macam tu. Tak baiklah akak. Akak cuma terseliuh bukannya tempang. Dah-dah jom Am pimpin akak berjalan." Bebel Amril si lelaki cool.

Dan proses untuk mengejutkan Adam adalah sangat lama. Tidur mati betul mamat ni.

Setelah masuk kali ke sepuluh, Syazlin sudah berputus asa.

"Adam bangunlah. Aku kiss kau nanti baru tahu." Jerit Syazlin di tepi telinga Adam.

Dan-dan Adam membuka mata sambil memandang Syazlin Amboi sebut pasal cium laju je kau buka mata eh?

Dasar jantan gatal.

"Mana kiss aku Syaz?" Tanya Adam sambil menyuakan pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience