BAB 14

Young Adult Completed 21813

Adam melangkah longlai masuk ke kelas. Tiada semangat langsung mahu belajar. Dia memandang si Laura Hanna yang berada di tempatnya. Buat homework maybe?

Adam bergerak ke meja gadis itu.
"Hai Hanna." Tegur Adam sambil duduk di kerusi berhadapan dengan meja Laura.

Laura memanggungkan kepalanya lalu tersenyum kepada Adam. "Eh, hai Adam."

"Awal awak datang hari ni, Adam?" Tanya Laura yang berasa pelik.

"Haah, saya bangun awal tadi. Malas nak tidur balik." Adam memberitahu Laura. Selepas dia keluar dari hospital pagi tadi, dia terus mandi dan terus datang ke sekolah.

Laura hanya meng-oh-kannya saja. "Eh, Syaz datang lagi tak hari ni? " Tanya Laura.

"Tak. Dia belum dapat keluar dari hospital. Maybe, dalam dua tiga hari dia boleh discharge ." Kata Adam yang teringatkan kawannya yang mulut becok itu. Macam tak sakit je.

"Syaz sakit apa sebenarnya? Sampai masuk hospital tu. Teruk ke?" Tanya Laura lagi. Homeworknya juga sudah ke mana apabila topik Syazlin dibuka.

"Kalau dah masuk hospital tu agaknya memang teruk la kan, Hanna?" Tanya Adam kembali sambil tergelak kecil. Comel je Laura Hanna ni.

"Ishhh awak ni." kata Laura perlahan sambil tersenyum malu. Dia menundukkan kepalanya menghadap meja.

Adam tersenyum lebar. Comel!

'Aduh, Hanna. Asal kau ni comel sangat eh? Aigo.'

"Awak tak nak melawat Syaz? " Adam bertanya setelah lama berdiam diri. Agak kekok kerana suasana kelas yang sunyi. Rakan sekelas mereka belum datang.

"Boleh ke saya melawat Syaz?" Tanya Laura dengan teruja.

"Eh boleh. Asal pulak tak boleh?" Adam membalas sambil mengerutkan dahinya.

"Yalah, saya takut Syaz marah. Dia kan tak suka saya." Perlahan Laura berkata.

"Ishh mana ada. Syaz tu memang macam tu. Perangai dia dari dulu tak berubah-ubah. Kalau awak nak melawat dia, awak boleh ikut saya lepas sekolah nanti. Okey?" Adam meng-offer-kan dirinya untuk membawa Laura berjumpa dengan teman baiknya.

"Hmmm, okeylah kalau macam tu. Saya ikut awak je lah." tenang Laura membuat keputusan.

Adam mengangguk lalu bergerak ke tempat duduknya apabila beberapa orang classmatesnya telah tiba. Adam tersenyum sendiri. Ya, dia happy sebab dapat berbual dengan crushnya walaupun sekejap.

Adam terus mengeluarkan buku kimianya dari beg sekolah. Sekarang waktu kimia, dan pelajar 4 Dahlia perlu ke lab sebelum diketuk oleh Cikgu Sarah. Dia memang pantang pelajar yang lambat datang ke kelasnya. Ayatnya yang paling diingati oleh 4 Dahlia ialah 'pelajar kimia kena berjalan seperti doktor, bukan seperti selebriti' tapi tetap ada pelajar yang masuk lambat ke kelasnya. Memang cari nahas.

Adam mengambil tempat duduk di meja nombor dua, bersebelahan dengan Syazwan. Sunyi pulak bila belajar tanpa Syazlin. Kalau tidak, dia yang sering bertanya soalan kepada Cikgu Sarah. Adam dengan tekun menyalin isi-isi penting yang ditayangkan. Mahunya biul kepala kalau tidak menyalinnya. Yalah, kena tuju dengan heels Cikgu Sarah. Fuh.

Setelah mengajar bab ikatan kimia. Cikgu Sarah memberikan soalan kepada setiap pelajar. Sampai sahaja dimeja Adam, Cikgu Sarah berasa seperti kekurangan.

"Ada orang yang tak hadir ke Syazwan?" Tanya Cikgu Sarah.

"Ya cikgu, Syazlin tak datang sekolah hari ni." Jawab Syazwan.

"Eh bukan semalam pon Syazlin tak datang ke?" Tanya Cikgu Sarah lagi.

"Ya, cikgu. Kalau cikgu nak tanya sesuatu tentang Syazlin, cikgu tanya je Adam. Diorang kawan baik." Syazwan sewenang-wenangnya mencanangkan nama Adam. Adam yang tengah khusyuk menjawab soalan kimia terus tegak badannya memandang wajah Syazwan dan Cikgu Sarah.

"Ha Adam, kenapa Syazlin tak datang? " Tanya Cikgu Sarah sambil memandang Adam yang tidak meneruskan lagi menyelesaikan soalan yang baru diberi olehnya.

"Syazlin masuk hospital cikgu. Sebab dia masuk hospital tu saya tak boleh nak bagitahu. Maaf ya cikgu?" Adam meminta maaf bersungguh-sungguh.

"Hmm okay. Tapi bila Syazlin boleh keluar dari hospital? Kalau lambat lagi bolehlah cikgu pergi melawat." Tanyanya dengan penuh prihatin.

"Ermmm mungkin dua atau tiga hari lagi kot. Kalau cikgu nak melawat Syazlin, cikgu bagitahu je saya." Adam membalas pertanyaan cikgu subjek kegemarannya itu.

Cikgu Sarah hanya mengangguk sebelum bergerak untuk berlalu pergi.

"Eh cikgu!" Panggil Adam sekali lagi.

"Ya Adam?" Cikgu Sarah memandang wajah anak muridnya itu.

"Boleh cikgu bagi lagi satu kertas soalan tu? Saya nak kasi dekat Syazlin." Adam tersengih memandang cikgunya itu. Cikgu Sarah memberi soalan itu kepada Adam dan menyuruhnya mengajar Syaz kerana peperiksaan pertengahan tahun semakin dekat.

Adam mengharungi hari itu dengan bosan. Subjek-subjek yang tidak menyeronokkan. Dia hanya menunggu masa untuk pulang. Dan pergi jumpa Syazlin, my bestie!

Kringggg!

Tepat jam 1.30 petang loceng berbunyi. Adam bergegas menyimpan semua bukunya. Dia berjalan keluar dari kelas.

"Eh Adam! Adam! Adam! " Adam terdengar seseorang menjerit memanggil namanya. Dia memusingkan badannya ke belakang dan terlihat Laura yang tengah berlari anak ke arahnya.

"Eh kenapa ni Hanna?" Tanya Adam.

"Tadi awak cakap nak bawa saya jumpa Syaz tapi awak keluar tak tunggu saya." Ujar Laura tercungap-cungap.

Adam menepuk dahinya. "Maaf,maaf. Saya terlupa. Dah, jom kita gerak sekarang."
Laura hanya mengangguk dan mengikut langkah Adam.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta Adam lalu bergerak ke hospital. Jarak tetap dijaga walaupun Laura Hanna berasa sangat kekok.

Ezmeer yang ternampak crushnya menaiki kereta bersama Adam terus berasa cemburu. Ezmeer menggenggam tangannya ke handle motosikalnya. Dia menghidupkan motosikannya lalu bergerak mengikut kereta Myvi merah Adam.

Dasar cemburu buta.

-----

Syazlin membaling bantal ke arah adik kembarnya yang tidur tak habis-habis. Bangun, solat subuh pastu tidur balik. Sampai sekarang tak bangun-bangun. Dah mati ke apa?

"Woi bangunlah! Hampa ni dah mati ke apa?" Jerit Syazlin dari katilnya. Adik kembarnya hanya membuat tak tahu. Syazlin berasa geram lalu terus bergerak ke arah sofa yang menempatkan kedua-dua budak hingusan itu.

Dia mengejutkan adiknya bangun sekali lagi. Namun tiada respon. Syazlin tersengih dengan idea gila yang tiba-tiba muncul di fikirannya.

Dia bergerak lalu duduk dia atas Amril yang tidur meniarap. Mahu mati itu budak!

Syazlin menjerit separa kuat di atas badan Amril.

"Kau nak bangun ke tak Am? Akak ni berat kau tahu?" Ujar Syazlin lagi.

"Aduh kak, bisinglah!" Jerit Amril sambil menutup sebelah telinganya.

Aik, tak berat ke?

Syazlin memberatkan lagi dirinya yang berada dia atas Amril.

"Kau nak bangun ke tak hah?" Tanya Syaz sekali lagi sambil menongkat dagu. Amboi, selambanya kau. Adik kau macam dah nak mati tu.

"Woih kak! Aduhhhh sakit. Bangunlah woi!!! ADUHHHHHHHHH! BANGUNLAHH!" jerit Amril sekuat hati sambil menampar kakaknya walaupon tangan tak berapa sampai.

"Ishhh apa bising-bising ni?" Aryan yang berada di sofa yang lain terjaga dek terdengar suara abang kembarnya menjerit. Dia menenyeh matanya sambil memandang ke arah kakak dan abangnya.

"Woi kak, mati lah Am nanti." Jerit Aryan lalu bergegas ke arah mereka. Dia memeluk kakaknya dan membawa dia turun.

Syazlin mengekek ketawa.
"Tulah,aku dah kejut banyak kali korang tak bangun jugak. Dah pukul 1.30 petang kot. Kan dah kena." Syaz tersengih memandang wajah Amril. Dia mengangkat-angkat kening melihat adiknya yang menggosok-gosok pinggangnya.

"Sakit? tanya Syazlim sambil menahan ketawa.

"Gila kau tak sakit kak. Akak tu dahlah berat macam kingkong. Duduk atas badan Am yang kecil macam kucing ni." Amril berhiperbola dengan kakaknya.

"Hotak kau, kecik macam kucing!" Syazlin terus membaling bantal yang berada di sebelahnya.

Aryan memandang abangnya. Amril memandang adiknya. Eh, amende ni?

"Am, apa kata kita serang akak pulak? " soal Aryan sambil tersenyum sinis memandang Amril.

"Jom. Aku on je."Balas Amril sambil smirk kepada kakaknya.
Syazlin hanya mengangkat sebelah keningnya.

"Jom, serang!!!!" Jerit kedua-dua kembar itu lalu bergerak menindih Syazlin yang berada di sofa. Dia hanya mengelak dan tergelak besar apabila tangan salah seorang adiknya itu menggeletek pinggangnya.

"Woiii, akak ni sakit lah. Ahahahahahah tak guna lah korang!" Jerit Syazlin yang masih berada di bawah adik-adiknya. Bertinju ke apa ni? Mereka bertiga ketawa bahagia.

"Hah, ambik ni kak. Ambik. Rasakan balasan dari Shah Amril! Haiyakkkk!" Jerit Amril sebelum menggeletek kakaknya itu. Mereka mengekek-ngekek ketawa.

Perutnya terasa keras dengan gelak tawa sehinggakan nafas terasa pendek.

"Astaghfirullahalazim! Apa awak buat ni Syaz! " terdengar suara dari arah pintu wadnya. Mereka bertiga berhenti ketawa dan memandang pintu yang terbuka luas itu.

"Oh damn, who bring her here? " kata Syazlin sambil menjulingkan matanya ke atas. Adik-adiknya ditolak sebelum dia berdiri menghadap perempuan itu.

Mata mereka bertentangan. Suasana di bilik itu terasa semakin hangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience