Datuk Mansor yang berdiri tegak di hadapan pintu rumahnya didekati. Tangan dihulur untuk disalam namun hanya renungan tajam yang Syazlin terima. Dia menarik kembali tangannya.
Wajah kedua-dua adiknya yang berdiri di belakang ayahnya itu dipandang. Minggu depan, kedua-dua adiknya akan mendaftarkan diri di MRSM Beseri, Perlis.
Aryan kelihatan seperti mahu menangis manakala Amril kelihatan muram.
Ibu Ida hanya menundukkan kepala tanpa memandang Syazlin.
Kepalanya dipalingkan kepada ibu tiri berserta abang tirinya. Perempuan tua itu kelihatan tersenyum sinis memandangnya. Aiman pula hanya melarikan pandangannya daripada melihat Syazlin.
Apa semua ni?
Tangan Datuk Mansor yang elok berpeluk tubuh dipegang. Wajah tua ayahnya itu dilihat.
"Daddy, kenapa ni? Kenapa semua barang Syaz ada dekat luar? Daddy nak buang ke?" dengan suara yang rendah Syazlin menyoal ayahnya. Namun, lelaki itu langsung tidak memandang wajahnya.
"Ya, dengan kau sekali aku nak buang." Tajam matanya memandang Syazlin.
Syazlin tersentak mendengar ayat daddynya itu. Mesti dia silap dengar kan? Dia silap dengar kan? Cakaplah ya!!!
"Daddy ni, kalau nak bergurau pon tunggulah Syaz tukar uniform sekolah dulu. Panas ni daddy." Syazlin cuba menarik senyum memandang daddynya yang agak tinggi itu.
"Aku tak ada masa nak bergurau dengan kau lah. Aku tak sangka aku ada anak yang tak berguna macam kau. Patutlah zaman jahiliyah dulu, bayi-bayi perempuan dibunuh. Takut bila besar jadi macam kau ni lah!" naik satu oktaf suara Datuk Mansor. Terangkat bahu Syazlin mendengar suara getir ayahnya itu. Matanya membulat mendengar ayat kejam ayahnya itu. Apa yang aku dah buat?
"Ap—apa daddy cakap ni. Syaz tak fahamlah daddy."
Beberapa keping gambar yang berada di tangannya dilemparkan tepat ke muka anak perempuannya itu.
"Kau tengok sendiri gambar tu! Kau dah menconteng arang ke muka aku. Bukan itu saja, video aku belasah kau haritu pon dah tersebar! Puas hati kau sekarang?" Naik turun dadanya melemparkan marah kepada Syazlin. Datin Amnah dengan pantas mengurut dada suaminya dan berbisik supaya bersabar.
Dengan tangan yang terketar-ketar Syazlin menunduk untuk mengambil gambar yang dilemparkan oleh ayahnya.
Mulut ditutup oleh jarinya ketika melihat gambar-gambar itu. Syazlin dengan pantas menuju ke arah ayahnya yang masih berada di tempat yang sama. Matanya berbalam-balam dengan air mata. Kepalanya laju digelengkan tanda dia tidak melakukan semua itu.
"Daddy, Syaz tak buat semua ni. Demi Allah, Syaz takkan buat perkara terkutuk ni!"
Gambar dia dan Adam melakukan perkara terkutuk itu dikoyakkan. Sumpah, dia bukannya jahil sehingga membelakangkan agama untuk melakukan perkara sebegini.
Dengan pantas dia memeluk kaki syurganya itu. Kuat kaki tua itu dipeluk. Air mata yang jatuh dibiarkan.
"Daddy, tolonglah percaya cakap Syaz. Syaz tak buat semua ni." Mendayu-dayu suaranya menagih kepercayaan ayahnya itu.
"Dengan apa yang kau buat, kau ingat aku nak percaya apa yang kau cakap? Hell no! Kau dah hilangkan seluruh kepercayaan aku terhadap kau." Datuk Mansor menolak kuat badan Syazlin yang memeluk kakinya. Tetapi, Syazlin menguatkan lagi pelukannya.
Syazlin menggelengkan kepalanya laju. Air mata dan air hidung diseka. Jarinya terketar-ketar dan sejuk. Jantungnya berdegup laju dan dadanya terasa sempit.
"Ya Allah daddy, please trust me! i never did that such thing. Adam is with me, you can ask him. Please, daddy trust me. Jangan terpedaya dengan fitnah ni, tolonglah." Wajah didongakkan untuk memandang wajah bengis ayahnya.
Kepala dialihkan untuk mencari keberadaan Adam. Dia berdiri kaku di bawah garaj sambil memerhati ke arah Syazlin. Mulutnya terkunci tanpa dapat berbicara.
"No, I don't need your explanation. Now, get your ass out from my house!" getir suaranya sehingga mampu memecahkan cermin.
Tubuh Syazlin ditendang dengan sebelah kakinya yang masih bebas daripada dipeluk oleh Syazlin. Tendangan yang sangat kuat daripada lelaki berusia itu menyebabkan Syazlin terlentang ke atas rumput karpet yang menghijau di lamannya.
Perut anaknya itu dipijak kuat tanpa ada belas kasihan. Baju sekolah yang berwarna putih kotor dengan bekas tapak kasut dan tanah. Muka Syazlin ditampar berkali-kali dengan penuh perasaan.
Air mata dan esakan anaknya itu seakan-akan tidak memberi kesan terhadap seorang ayah sepertinya. Tudung Syazlin ditarik,rambut anaknya yang disanggul kemas itu ditarik kuat sehingga Syazlin terdongak memandang langit.
Genggaman Datuk Mansor dirambutnya dipegang. Mata yang berbelam dengan air mata itu memandang wajah ayahnya dengan harapan terselit sedikit perasaan kasih sayang yang mampu memadamkan api marah dalam dirinya.
"Daddy, sa—sakit." Tergagap dia berkata. Hujung bibir yang berdarah cuba untuk dibuka.
Namun hampa. Semakin kuat rambutnya ditarik malahan dia juga mendapat tumbukan padu di bahagian perut.
"Arghhh!" Syazlin terjerit kuat setelah menerima tumbukan itu. Tubuhnya dihentak ke tanah sebelum Syazlin memeluk kakinya gaya janin di dalam rahim seorang ibu. Perutnya terasa sangat senak.
Tiba-tiba terasa cecair yang melawan arah pergerakan di dalam esofagusnya. Mulutnya spontan dibuka maka cecair berwarna merah membuak-buak keluar daripadanya. Bau besi menyucuk hidungnya.
"Akak, akak!" Aryan yang daripada tadi ditahan oleh Ibu Ida bergegas menuju ke arah kakaknya yang dibelasah teruk oleh Datuk Mansor. Matanya berair. Sampainya hati daddy.
Dia terjatuh melutut di sebelah Syazlin lalu terus menggengggam erat tangan kakaknya. Amril yang terkaku juga turut meluru ke arah kakaknya. Terketar-ketar tangannya memegang wajah Syazlin yang berconteng dengan darah yang dimuntahnya tadi.
"Shah Amril, Shah Aryan! Kamu masuk rumah sekarang! Jangan kamu dekat dengan perempuan tak guna itu." keras suara Datuk Mansor sebelum mengheret dua orang anak kembarnya masuk ke dalam rumah. Rontaan mereka berdua hanya diabaikan.
Dengan kesempatan yang ada, sampul coklat yang berisi wang berjumlah RM5000 dilemparkan ke arah Syazlin yang sudah tidak berdaya.
"Kau ambik duit tu dan kau jangan sesekali berani jejakkan kaki ke rumah ini! Semua orang dalam rumah ni aku haramkan daripada berhubung dengan budak ni. Faham! Kalau aku dapat tahu, siap!" Sejurus itu, Datuk Mansor terus memanjat tangga menuju ke biliknya. Dia perlu menyejukkan hatinya yang sangat panas ketika ini.
Mereka semua hanya menunduk termasuk Aiman Aqil yang berasa bersalah. Namun, cepat-cepat dia menyembunyikan wajahnya itu sebelum dia bergegas menuju ke kamar tidurnya. Aku minta maaf Syaz, aku minta maaf.
Datin Amnah yang memerhati hanya tersenyum sinis. Rancangan aku dah berhasil. Sila berambus wahai Syazlin, daddy kau dah tak percaya cakap kau. Daddy kau lagi percayakan aku, isteri yang cantik lagi bijak ini.
"Ida, tutup pintu cepat kalau tak mahu datuk mengamuk lagi. Jangan sesekali berjumpa dengan Syazlin. Ini arahan. Faham?" tegas suara Datin Amnah yang matanya menatap tajam wajah Ibu Ida.
Ibu Ida dengan perasaan gentar terus menutup pintu utama rumah agam itu. Tubuh Syazlin yang masih berbaring kesakitan di atas rumput itu diperhati seketika sebelum pintu itu ditutup laju. Air mata yang mengalir diseka sebelum dia bergerak menuju ke dapur. Jauh daripada keluarga durjana ini.
Hujan secara tiba-tiba turun dengan lebatnya seakan memahami rasa hati Syazlin ketika itu.
Air mata yang sudah bercampur dengan air hujan itu dibiarkan. Biar hati yang lara ini dicuci oleh air hujan kurniaan tuhan.
Aku penat.
Share this novel