BAB 9

Young Adult Completed 21813

Ezmeer mencari-cari keberadaan Syazlim di dalam dewan. Ya sekarang mereka ada perhimpunan dan Ezmeer pula terjenguk-jenguk mencari manusia yang baru sahaja bertukar status menjadi rakannaya itu.

"Mana Meera ni? Tak datang sekolah ke? Baru semalam kot kitorang chat. Takkan malu dengan aku kot haha. " Ezmeer menggumam perlahan.

Naufal yang berada di sebelahnya hanya memandang pelik. "Kau cakap apa Meer?"

"Huh? Tak ada apa pon." Ezmeer tersengih lalu menggaru kepalanya yang gatal.

Manakala Adam yang berada di barisan tingkatan empat pula sudah tersengguk-sengguk. Mengantuk. Semalaman dia tidak tidur sebab risaukan keadaan Syazlin.

Setelah sekian lama, pengerusi majlis membenarkan semua pelajar masuk ke dalam kelas.

Adam dengan langkah longlai terus menuju ke kelasnya untuk melaksanakan misi yang tertangguh.

Misi apa?

Tidur.

Selalunya setelah selesai perhimpunan, guru-guru akan ada mesyuarat yang agak lama. So,dia kan memanfaatkan masa itu dengan tidur.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, Syazwan si ketua kelas datang ke mejanya.

"Adam"

"Hmmm"

"Mana Syaz? Dia tak datang ke hari ni?" Tanya Syazwan sambil matanya melilau mencari kelibat Syazlin.

Adam yang masih belum mengangkat kepala menjawab " Tak, Syaz dia tak datang hari ni. Dia masuk hospital. Kalau ada siapa-siapa yang cari dia,kau bagitahu aku je Wan."

"Kenapa Syaz masuk hospital Dam? " Syazwan yang ingin tahu terus bertanya.

"Kau jangan banyak tanya Wan. Aku mengantuk ni. Nanti-nanti la aku jawab soalan kau tu." Syazwan yang mendengar terus mengangguk lalu berlalu ke tempat duduknya.

Dan Adam pon dapat tidur dengan tenang akhirnya.

-----

Ezmeer menghantar beberapa chat ke ig Syazlin.

Active 7 hours ago?

7 hours? Jadi last dia online time dia chat dengan aku je lah?

Ish dia pergi mana?

Dia bangun dari tempatnya dan berura-ura untuk ke keluar kelas.

"Woii Meer! Kau nak pergi mana?" Jerit Naufal dari dalam kelas.

"Aku nak pergi blok form 4 jap. Bye!" Ezmeer terus berlalu pergi.

"Woi Meer! Aku nak ikut! " Tanpa aba-aba, Ezmeer terus meninggalkan Naufal. Naufal mengeluh lalu duduk di tempatnya kembali.

'Tak guna punya kawan.'

-----

4 Dahlia

Kroh kroh prrrrr kroh kroh.

Sesekali Adam menggosok hidungnya yang berasa gatal. Apa kes? Resdung kot.

"Assalamualaikum. " terdengar suara seorang manusia berhalkum memberi salam di pintu kelas.

Adam masih di alam mimpi.

Siapa manusia berhalkum itu? Sudah semestinya Ezmeer Adly.

Ezmeer yang berada di depan pintu hanya mencari kelibat Syazlin Ameera kesayangannya. Lehernya dipanjang untuk mencari gadis itu.

'Mana dia ni? ' bisik hati Ezmeer.

Sedang dia mencari, dia ternampak seorang gadis bertudung labuh tunduk membaca al-Quran di bahagian belakang kelas. Dia terkedu seketika.

Allah! Kenapa tak boleh larikan pandangan ni? Merdunya suara dia. Terpikat.

Eh kau ni nak cari Meera ke nak menggatal?

"Bro" Ezmeer tersentak. Dia memandang ke arah kanannya. Seorang budak lelaki memandangnya.

"Ada apa kau datang sini bro?" Tanya Syazwan, lelaki tadi.

"Aku nak cari budak kelas kau lah. "

"Budak kelas aku? Nama apa?" Tanya Syazwan lagi.

"Meera. Syazlin Ameera. " dengan muka bersahaja Ezmeer menjawab.

"Syaz? Buat apa kau nak jumpa dia? " Syazwan menyoal lagi.

"Ishhh suka hati aku lah nak jumpa siapa pon. Dia ada ke tak?" Ezmeer malas-malas menjawab. Kepoh lah mamat ni.

"Dia tak datang sekolah lah hari ni."

"Eh kenapa?" Terus segar otak Ezmeer mendengar ayat yang keluar dari mulut Syazwan itu.

"Entah. Katanya masuk hospital. " Syazwan mengangkat bahu lalu bergerak ke bingkai pintu yang bertentangan dengan Ezmeer.

"What?!!! Hospital?! "Ezmeer yang terkejut terus mendekati Syazwan.

"Kenapa dia masuk hospital? " Ezmeer bertanya sambil mencekak kolar baju sekolah Syazwan.

"Wo wo wo relaks la bro. Aku pon tak tahu. Kawan baik dia yang bagitahu aku." Syazwan sambil berusaha keras untuk membebaskan kolar bajunya dari tangan Ezmeer yang berurat tu. Kalau kena penumbuk mahu berterabur gigi.

"Kau pergi panggil kawan dia jap. Aku nak jumpa." Ezmeer memandang tajam mata Syazwan.

Entah kenapa Ezmeer menjadi terlebih baran hari ini. PMS mungkin?

"Okey bro. Tapi lepaskanlah aku dulu. Mahu mati kejung aku kat sini dek penangan genggaman kau yang kuat nak mampos ni. "

"Ehh sorry sorry hehe." Ezmeer menggosok belakang kepalanya. Malu.

Syazwan hanya menjeling panas lalu bergerak ke meja Adam yang sedang tidur.

Syazwan menepuk-nepuk bahu Adam.

"Adam, ada orang nak jumpa kau."

"Woi mangkuk,bangunlah."

"Adam!!"

"WAHAI SYAITAN DURJANA,BANGUNLAH DIKAU. ADA SEEKOR LAGI SYAITAN MAHU BERJUMPA DENGAN DIKAU!"

"Ishhh kau ni bising lah Wan! " marah Adam sambil menenyeh matanya. Berterabur tahi mata.

"Kau tu yang tidur macam orang mati, nak salahkan aku pulak?" Bidas Syazwan kembali.

"Hmmm yelah yelah. Ada apa kau kacau mimpi indah aku bersanding dengan Sajat ni? " tanya Adam tidak puas hati.

"Ada orang nak jumpa kau? "

"Siapa? "

"Tuuuu, pakwe Syaz. " Syazwan memuncungkan mulutnya ke arah pintu.

Adam mengalihkan pandangannya ke arah pintu kelas.

'What the fish! Ezmeer Adly. Apa yang dia buat dekat sini'

"Err Wan, ada apa dia nak jumpa aku ni duh?" Tanpa teragak-agak Adam menyoal.

"Entah, kau pergilah jumpa dia. Okay, aku chaw dulu. Bye"

Adam bangun lalu menuju ke pintu. Keraguan dalam hati menemani perjalanan Adam.

"Kau nak apa jumpa aku Meer?" Soal Adam tanpa teragak-agak.

"Kau kawan baik Meera? " Ezmeer menanya soalan pertama kepada Adam.

Adam hanya mengangguk.

"Betul ke dia masuk hospital? "

Adam mengangguk lagi.

"Kenapa? "

"Kalau kau nak tahu, petang ni lepas balik sekolah kau ikut aku jumpa Syaz. Habis cerita. " ya, Adam hidupnya tersangatlah mudah.

"Ishhh, tapi aku tak habis tanya kau lagi ni weyh." Gesa Ezmeer.

"Lantak kau lah. Kalau kau nak tahu, ikut aku. Kalau tak nak, lantak kau sana."

"Ishhh yelah. Susah betul cakap dengan pondan macam kau. " balas Ezmeer sambil membuat muka.

Kau ingat kau hensem?

"Kau cakap baik-baik sikit okay. Nasib aku tengah mengantuk je sekarang ni. Kalau tak bersepai muka kau, apa pon tak dapat. Jumpa Meera kau pon tak sempat. " Adam menekankan perkataan Meera lalu tersenyum sinis.

Meera kau panggil dia? Tak sesuai lah gila dengan perangainya yang ganas.

"Aku--" belum sempat Ezmeer menghabiskan ayatnya, Adam menghalaunya balik ke kelas. Menyemak je kat sini.

Adam berlalu ke mejanya meninggalkan Ezmeer di situ.

Kepoh!

Bising!

Sewel!

Suka paksa orang!

Macam mana kau boleh minat dia Syaz! Dia tu annoying gila weyh!

Dan Adam menyambung tidurnya yang tertangguh.

Ezmeer yang memerhati hanya mengepalkan penumbuknya sambil berzikir 'kurang ajar' dan dia berlalu ke kelasnya.

Nanti kau Adam, tak guna punya budak!

-----

Di suatu sudut, seseorang berasa cemburu dengan Syazlin Ameera yang sering diambil berat oleh setiap orang. Quran ditutup rapat sebelum diletakkan dalam laci meja. Kepala ditongkatkan dengan lengannya sebelum memerhati meja Syazlin yang kosong.

Indahnya jadi kau kan? Semua orang suka.  Kau hilang, ada orang tercari-cari.

Bahagia betul hidup kau, Syazlin Ameera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience