"Daddy, we need to talk. Once again, Aiman nak bagitahu semuanya. Aiman dah tak sanggup nak hadap semua ni. " Aiman terus mengikut langkah Datuk Mansor yang terus bergerak laju ke ruang tamu.
"Sit. Sekarang, Aiman bagitahu semuanya dekat daddy. I'm listening." Datuk Mansor duduk disofa empuknya dengan kaki yang bersilang. Dia berpeluk tubuh memandang anak tirinya yang semakin matang sejak berhijrah ke negara orang.
"Ni semua pasal mama. Mama seorang perempuan yang sangat tamak. Daddy sedar atau tak, mama sekarang sedang bertungkus-lumus nak rampas harta daddy. Aiman--" belum sempat Aiman menghabiskan percakapannya, Datuk Mansor terus memotong dengan wajah yang tegas.
Aiman menelan liur.
"What are you talking about? Mama tak mungkin macam tu lah. I know my wife so well. " Datuk Mansor memandang tajam wajah Aiman yang menunduk.
Aiman menarik nafas dalam sebelum dia memberanikan diri untuk melawan panahan mata Datuk Mansor.
"Aiman bukan cakap kosong, Aiman ada bukti." Aiman memainkan video Datin Amnah yang berhubung dengan peguan tentang cara untuk mengubah wasiat suaminya secara haram.
Datuk Mansor berkerut-kerut menonton video itu sebelum dia tergelak kuat.
"Nonsense."
"You need to trust me. It's real! " suara Aiman naik seoktaf sebelum dia menyedarinya dan memohon maaf.
"Pasal Syaz dan Adam. Itu semua rancangan mama. Mereka berdua tak bersalah dalam hal ini. Mama yang salah! Mama yang fitnah Syaz supaya daddy benci dia. Maka berkuranglah satu penghalang dia untuk dapatkan harta daddy. " terang Aiman bersungguh-sungguh.
Datuk Mansor yang kelihatan terkejut terus memicit dahinya yang terasa berdenyut-denyut.
"Percayalah cakap Aiman, Aiman anak dia. Aiman tahu semua rancangan dia. Jadi daddy,please ambil tindakan sepatutnya. Aiman dah tak sanggup nak bersubahat dengan mama. Aiman dah insaf. " kata Aiman sambil mendekati bapa tirinya. Tubuh Datuk Mansor dipeluk erat.
"Maafkan Syaz daddy. Ini semua bukan salah dia. Dia tak bersalah langsung dalam hal ini walaupun sedikit. Selama ini, dia tersiksa disebabkan perbuatan mama. She has no one but you." Aiman menepuk perlahan belakang badan Datuk Mansor yang tegang.
Dia kelihatan marah.
Datuk Mansor hanya berdiam diri tanpa berbicara. Ekspresi wajahnya merungkaikan segala-galanya.
Habislah Datin Amnah apabila melangkah masuk ke rumah ini nanti.
"I'm home! Eh sayang, you tak kerja hari ini? " Sebaik sahaja Datin Amnah melangkah masuk ke dalam rumah, dia terus bergerak untuk memeluk Datuk Mansor.
Datuk Mansor hanya menolak tangannya kuat ssbelum berdiri menghadapa isterinya. Matanya mencerlung tajam menghadap wajah isterinya. Gigi dikertap kuat.
Datin Amnah tetap cuba untuk memegang lengan suaminya namun cepat-cepat ditarik oleh Datuk Mansor.
"Don't touch me! "jerkah Datuk Mansor kuat sehingga terangkat bahu Datin Amnah.
"You ni kenapa? Kenapa nak marah I tiba-tiba ni? " Datin Amnah terus memandang suaminya itu dengan pandangan menyampah.
"Sebab I dah tahu semuanya pasal you. Pasal rancangan jahat you. I sangat tak sangka I beristerikan perempuan hati busuk macam you! Sampai hati you nak musnahkan keluarga I? " Datuk Mansor mencengkam kuat bahu isterinya. Rayuan Datin Amnah yang kesakitan itu hanya diabaikan.
"You baru sedar I ni perempuan berhati busuk? Kesiannya you. " Kata Datin Amnah sambil tertawa besar.
Kelakar jugak laki aku ni.
"For your information, I kahwin dengan you sebab harta je. I tak pernah pon cintakan you. Euw, nak bercinta dengan orang tua macam you? Lambet lagi. " Datin menjulingkan matanya sambil melarikan pandangan ke arah lain. Malas nak tengok muka tua Datuk Mansor itu.
Dada Datuk Mansor turun naik menahan amarah. Penumbuknya digenggam kuat.
"Oh satu lagi Datuk Mansor, I rasa bahagia sangat bila Syazlin tu dah berhambus daripada rumah ni. I rasa macam I dah menang dah perempuan tu dah kalah. " sekali lagi Datin Amnah berkata lalu tergelak besar seakan-akan ia sangat lucu.
Panggg!
Terteleng kepala Datin Amnah apabila memdapat tamparan padu daripada Datuk Mansor.
Kesabarannya sudah hilang.
Aiman yang melihat hanya terpaku tanpa sempat berbuat apa-apa.
"Kau bahagia musnahkan hidup anak aku? Kau bahagia?! " jerkah Datuk Mansor.
Kini giliran aku pula yang bercakap.
Sekali kau cakap, penampar ni melayang ke muka kau.
"Kau dengar sini aku nak cakap. Amnah binti Razali, aku ceraikan kau dengan talak tiga. " dengan sekali lafaz, Datuk Mansor melepaskan perempuan itu.
Datin Amnah yang mendengarnya terus membeliakkan biji matanya.
Dia memeluk kaki Datuk Mansor kuat.
"Kau kemas semua barang-barang sekarang. Aku nak kau berhambus daripada rumah aku. Aku taknah tengok muka kau lagi. Berhambus! " Datuk Mansor terus berjalan meninggalkan Datin Amnah yang menangis di ruang tamu.
Aiman terus mendekati mamanya dan memeluk erat ibunya itu.
Mungkin sampai sini sahaja rezeki kita.
"Mama ikut Aiman balik London ya? Kita mulakan hidup baru di sana. " Aiman cuba memujuk ibunya.
Datin Amnah hanya mengangguk pasrah sebelum memeluk erat anaknya.
Aku berdosa.
Datuk Mansor yang baru sahaja mahu membuka pintu mini librarynya terus dikejutkan oleh wajah kedua-dua anak kembarnya yang sembap.
Dah kenapa pulak ni?
"Amril, Aryan kenapa ni? Kenapa kamu menangis?" Datuk Mansor terus bergerak mendekati anak kembarnya.
"Daddy--" Aryan tak sempat berkata apa-apa kerana dia sudah hanyut dalam tangisannya. Datuk Mansor terus memeluk bahu anak Aryan. Dia mengerutkan dahi tanda tidak faham sebelum melihat terus wajah Amril.
"Amril, terangkan apa yang berlaku. Daddy tak faham. "
"Daddy. "
Amril menelan liurnya yang terasa kelat. Mata yang berkaca dikerdipkan berkali-kali sebelum dia mula membuka mulut.
"Akak.. Syazlin dah meninggal. "
Serentak dengan ayat itu, telefon yang daripada tadi berada dalam genggaman Datuk Mansor terus terlepas.
Matanya terbeliak memandang Amril yang kini turut menangis.
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
-----
Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik
Dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa
Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala
Wahai Syazlin Ameera binti Suraya,
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah
Ingatlah wahai Syazlin Ameera binti Suraya,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut
Ketahuilah wahai Syazlin Ameera binti Suraya,
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solah lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".
Wahai Syazlin Ameera binti Suraya,
tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar
Insaflah wahai Syazlin Ameera binti Suraya,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi
rabbil alamin.
Bacaan talkin itu didengari dengan khusyuk oleh mereka yang berada di kubur itu.
Tanah yang masih merah itu direnung lama.
Orang ramai beransur pulang ke rumah masing-masing. Yang tinggal hanyalah keluarga terdekat.
Datuk Mansor terus mencangkung ditepi kubur Syazlin lalu tangannya memegang kayu penanda yang dibaluti kain putih.
"Daddy minta maaf, daddy berdosa dengan Syaz. Daddy sayang Syaz sampai bila-bila. Tunggu daddy dekat syurga okay? " Air mata yang menitis disapu laju.
Dia berdiri sebelum membelakangi semua orang. Terhinjut-hinjut bahunya bergerak. Dia menangis dengan penuh perasaan. Dia bersalah terhadap Syazlin.
Amril dan Aryan terus memeluk bapa mereka sebelum dipimpin ke kereta yang sudah ditunggu oleh Pak Mat dan Ibu Ida yang turut bersedih.
Syazlin disukai ramai.
Siapa saja yang tak sedih bila dapat berita mengejutkan seperti ini.
Apabila Adam telefon dan memberitahu kembar bahawa Syazlin sudah tiada, mereka fikir Adam hanya mahu bergurau.
Namun, realitinya dia memang betul-betul pergi tinggalkan dunia.
Adam duduk mencangkung ditepi kubur Syazlin.
Hingus yang meleleh terus disapu menggunakan hujung lengan baju melayunya.
Bahunya ditepuk perlahan menyebabkan dia mendongak memandang figura itu.
"Adam jangan terlalu bersedih, kesian arwah Syaz. " Datin Ani senyum hambar.
Dia turut bersedih apabila dikhabarkan anak angkatnya itu meninggal dunia. Malahan, Datin Ani pengsan sebaik sahaja mendapat berita itu.
"Mama dan papa tunggu Adam di kereta tau. Kami pergi dulu ya. "
Ayat mamanya hanya dibalas dengan anggukan perlahan daripada Adam.
Kini tinggalnya sendiri bersama kubur Syazlin yang masih merah warnanya.
Adam menunduk dan tersenyum hambar.
Lepasni kau dah tak perlu nak tanggung sakit kau lagi.
Kau dah bebas daripada segala penyakit yang kau hadap selama ini.
Terima kasih untuk berbelas tahun kita berkawan.
Kau ajar aku erti bahagia, sedih dan yang paling penting, kau ajar aku jadi gila dan kuat seperti kau.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku.
Kau akan selalu ada dalam ingatan aku sampai bila-bila. Kau sahabat aku dunia akhirat.
Tunggu aku disana tau?
Aku sayang kau, Syazlin Ameera.
Sleep well.
Adam tersenyum hambar sebelum bangun dan bergerak menuju ke arah keretanya.
Terima kasih Ya Allah kerana pernah hadirkan dia dalam hidup aku.
Tempatkanlah dia didalam golongan orang yang beriman.
Setiap yang bernafas, pasti akan mati - Kullu nafsin za iqatul maut
TAMAT (NOVELPLUS)
03/05/2023 - 11/07/2023
TAMAT ()
10/1/2018 - 27/6/2020
Republished ()
31/12/2022 - 04/04/2023
Terima kasih kepada para readers kesayangan saya.
Sentiasa support cerita saya walaupun hambar nak mati.
Sentiasa vote.
Sentiasa komen.
Sedarlah, anda berada di tempat yang special dihati saya.
Saya minta maaf jika ada salah dan silap.
Maafkanlah atas kekurangan buku ini pada awal hingga akhir.
Saya start menulis cerita ini ketika tingkatan 4, jadi ayat tunggang langgang dan sekali lagi mianhae mianhae hajima.
Yang penting, kita akan berjumpa lagi di next book inshaAllah. Dan akan ada special chapter selepas ini, jadi stay tuned!
Doakan saya!
Nanti apa-apa boleh cari saya di ig @tien.qowiy
Share this novel